wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, December 28

Toblerone besar. :)






Ok! Taknak cakap pape.. Sebenarnya nak menunjuk coklat TOBLERONE basar saya je.. hihi! Jangan marah. Jangan jealous ea. Jemput makan.. Kalau rasa2 nak sikit tu datang lar rumah. Amek kat peti ais tu.. :P

mood : nak senyum je..

:)

Lambat sikit. :P



Baru nak upload hari ni. Gambar kek. Walau pon bukan lar kek 2 tingkat. TAPI boss aku tetap belikan kek.. makasehh boss..! Tahun depan boleh belikan lagi.. :P



HAPPY BIRTHDAY
TO ME.....!
for the 21 years old..

cheese cake! cuma takda strawberry je.. ;)

RTW vs BOLA. Siapa menang?



Hai semua pembaca setia blog ni. Penat aku tak habis lagi ni. Dari pagi tadi asyik menguap je. Seharian tidow pon tak dapat ganti penat hari ahad hari tu.. huuu...




Hari ahad lepas aku anep ngan kawan2 dia naek KL. Kitorang gerak dari Melaka pukul 11.00 pagi. Discuss malam tu gerak pukul 10.00 pagi. Dah kata janji melayu kan? So memang lambat lar kan.. Takpa dah biasa dah. :P Niat di hati mula2 nak tengok RTW. Sampai je Bukit Jalil mula2 beli tiket RTW. Ehem! RM 30 (terbang duit) so lepak kat dalam tu kejap. Member anep ni nak jalan2 lak. Ok kitorang pon jalan2 lar kat KL.







Ok cut! kita teros cerita time nak balek Bukit Jalil lar eh.. hmm.. Dalam train memang confirm lar kan ramai gila orang (padat!) dorang semua penyokong malaysia (pakai baju warna kuning) ok sampai je Stesen Bukit Jalil, time pintu terbukak semua jerit.. (wooooo!!! termasuk anep) aku senyum je.. Aku tau anep ngan kawan2 dia dah teruja nak tengok bola sebab dah meriah sangat tapi dorang ngah pening sebab dorang dah terbeli tiket RTW..huu...




anep : you ok tak kalau kita tengok bola..
aku : hmm.. (tengok muka dia) berapa tiket dia..
anep : belom cari lagi..
aku : ok je..
anep : you ada cash lagi tak?
aku : ada lagi.. You pegi lar cari tiket dulu..
anep : ok.. :)




Cari2 punya cari. Tanya punya tanya.. Korang rasa patut tak dorang jual tiket tu RM 70 sekeping. Gila tak. Harga asal RM 30. Mati2 memang takkan beli lar tiket dengan harga tu. Gila!! Nak untung lebih sampai lebih dari harga sebenar. hmm.. Tanya lagi ada yang letak RM 50, RM 40 lar.. Last tanya kat sorang abang tu mula2 dia letak RM 40. Memang kena pujuk lar kan.. Dapat RM 70 dua keping. Kitorang dah bayar RM 70 then dia offer 3 keping RM 100. Adoy cam tercepat bayar plak. Sebab member anep lagi sorang dapat bayar RM 30 (harga asal).. amacam? adoyaii.. Takpa lar janji puas.. :)





Malaysia menang!! 3-0 hihihi.. Untuk pertama kali nya aku beriya tengok bola live.. Depan mata wehh!! dan dan menang plak tuuuu..! Caiyaa lar Malaysia.. weeehooo!! (walaupon ada pemain yang agak bermain2 ketika bermain bola.. Harap korang lar ayat aku.. Malas nak explain panjang2. hihi!)




Sekarang siapa yang menang ? RTW ke BOLA ?

tapi untuk tak rasa menyesal beli tiket RTW tu, kitorang masuk lambat sikit. Lepas je sakit tekak akibat terlalu asyik menjerit. HIHI !





Ni ada beberapa gambar kitorang kat sana.. Totally have fun!! :)





Tengok muka semua2 nya.. Excited kan? Paling excited dagu ngan anep.. Serious! tengok lar tu..

Ok! jangan layan muka saya.. Saya tau muka saya buruk.. :) and and saya takda baju warna kuning.. pfffhtt! Apa2 pon bola malam tu memang best.. Even nak keluar stadium tu cam haram j sikit..

2 tiket tu siapa nak jawab.? Balik rumah termenong atas tilam. Gaji lambat lagi pulak tu. Haihhh kena puasa lar nampak nya nihh.. -.-"



Tengok anep.. Dia punya peloh cam dia yang main bola.. Kemain lagi.. Ok nak cerita satu hal ni.. Tak goal pukul aku.. Dah goal pon pukul aku gak! aku ni yang jadi mangsa keadaan..asyik kena pukul.. Peringatan kat korang, kalau nak pergi tengok bola jangan pergi ngan anep. Paling koman pon duduk jauh2 jangan dekat2 dengan dia. Nanti jadi mangsa keadaan cam aku.. sigh! -.-'



Friday, December 24

Recycle.



Ok.. Tetiba lak hari ni tengok gambar2 lama yang ada dalam hard disk ni.. Gambar masa muda bergetah dulu. :P Buruk plus selekeh.. haha! Zurin je pon. Memang lar.. nak kutuk silakan..



OK jom tengok sama2 gambar2 aku masa zaman kegemilangan dulu.. hikhik!



Ok.. Ni roomate aku masa sem 1.. Hee comel kan ? cam anak Apek.. Ngan mata sepet dia.. Mulut muncung cam tu.. hehe.. Nama dia Noratika Binti Wahid. Muka aku memang tak boleh bla.. I know that! ok kutuk lar.. :)


Yang ni plak time sem 3. Muka maseh nerd. Badan maseh keding. Just muka dulu lebih bersih lebih innocent berbanding sekarang. Sekarang ni muka dah macam apa nth. Kongkang kot! eeuu! :)


Ni time makcik aku tunang. So dalam bilik pe lagi snap lar. Pakcik aku cakap aku make up cam aku yang nak bertunang. huhh?! wth?! Time ni aku takdak bopren pon.. Sempat lak nak pikir kawen.. hihihi..



Memang tengah takda kerja. Analisis gambar : gedik sangat! :P

ada lagi ni time 5. ieka aku and eka. Lama dah tak cam ni.. Keluar sama2 lepak sama2..Time ni kat Jusco Ayer Keroh. Tempat aku kerja part time sekarang ni.. hee.. Bosan dah jalan dalam Jusco ni..




haha! tengok yang kat belakang tu berbaju kurung kebaya.. selekeh kan!? Si keding pakai kebaya.. Tak nampak pon macam pakai baju kebaya.. Pakai selipar tu siapa nak jawab tu? -.-"




haa!! ada lagi satu gambar aku paling tak boleh bla.. jeng jeng jeng! Jangan gelak tau..





hehehe! Time ni aku ngah bergayut ngan anep! HAA! Untuk pertama kalinya aku call dia lama2. Sebab time tu birthday aku.. Lama gak lar borak ngan dia. Sampai panas telinga aku.. Kalau korang perasan. phone tu tengah charge.. Maknanya memang lama lar kan.. hihi.. Borak punya borak.. Pakcik aku pakai kan benda crown ni.. Then dia snap! bongok! kelakar ler!




ok lar sekian! Banyak lago gambar nak share sebenarnya.. Tapi nanti2 lar eh kita share lagi.. :)



Wednesday, December 22

mood : wayang jom!






Dah lama kot plan ni ( 3 minggu kot. Alaa kira lama gak lar tu.. kan? ) hee.. Malam ni offday kerja Jusco.. So boleh lar aku merayap ngan anep malam ni.. :) Mood : SUKA! heee..




Malam ni nak tengok wayang.. Ada sesiapa nak ikot? hee.. sorry! Kasi chance kitorang dating.. :) Time2 ni je dapat dating.. :B Malam ni kitorang tengok movie melayu (untuk pertama kali nya eh..) Mintak2 lar cerita ni best macam yang dorang dah iklan kan tu.. Cerita tentang pengajaran.. (insaf sekejap) -.-"



Mehh sini aku bagi sinopsis cerita ni...

Tajuk : Aku Masih Dara
Arahan : Ahmad Idham
Antara barisan pelakon : Asyraf Muslim, Dian P. Ramlee, Farid Kamil, Norliana Samsudin, Raja Farah.


- Mengisahkan tiga orang sahabat iaitu Aleesya, Sofea dan Hani yang datang dari latar belakang yang berbeza. Ketiga-tiganya mempunyai tafsiran yang berbeza tentang Islam berdasarkan bagaimana mereka telah dibesarkan. Akan tetapi walaupon persepsi-persepsi mereka ni berbeza mengenai agama langsung tidak menganggu persahabatan mereka sehinggalah kemunculan sepupu Aleesya iaitu Firdaus...


Kalau nak tau cerita yang selanjutnya.. tengok lar cerita ni.. :)

-.-"

(buat muka insaf kejap)




Tuesday, December 21

Semakin tua semakin mengancam.




Hai semua! Semalam tak update blog pon.. Biasa lar kan bila dah start kerja ni.. Blog mesti diketepikan. Huhuhu! Ok hari ni ada masa sikit so update lar cerita2 baru..




Semalam birthday gegirl! hee! for 21 years old. Orang kata umur 21 tahun ni dah boleh dapat kunci kebebasan. Kebebasan dari segi apa tu aku tak pasti. Mungkin bebas kemana2 (tapi aku dah kat melaka ni. Nak bebas apa lagi). Mungkin jugak bebas memilih pasangan. (mak aku dah bagi peluang ni berkurun lamanya. Malas dia nak cari kan siapa bakal menantu dia. Dengan aku ni memang suka merungut pening dia layan aku nanti). Banyak sangat kemungkinan. Pandai2 lar korang pikir.




Ok. Birthday aku semalam. Tapi disebabkan aku dah terlalu lama cuti. So aku tak dapat mintak cuti time birthday aku ni. Aku pon tak kesah kerja ke cuti. Asalkan duit masyuk! :D So semalam aku kerja pagi. Pagi tu aku terlambat lak bangun. Mana taknya 3G sampai battery dua kali flat.. Bukan setakat flat je. Siap mati terus. Siapa nak tolong jawabkan time tu. haha! Ni anep punya pasal. :P Ok sambung cerita. Sampai je office, aku ingat kan manager tu nak marah aku apsal datang lambat. tapi lain pulak jadi. Dorang tanya aku cuti pergi mana lar buat apa lar. Then last baru wish birthday. ok thank you semua..




Ok ni kes boss aku lak. Pagi tu dia datang. Selamba je. Dia tak tau pon semalam birthday aku.. Aku tengok dia panggil aku. S o aku pon masuk lar jumpa dia. Ok dia bagi kerja.. BANYAK! then dia kata suruh aku STAY petang tu. Aku dah merengus2! huhh! huhh! Boss aku tau aku tak nak stay. So LAJU2 aku siapkan kerja aku tu. Then tak sampai 15 minit. kringg! kringg! aku tengok boss aku call.. Yer boss! then dia kata masuk sekejap..



aku : yer boss..

boss : hey. birthday you eh hari ni..

aku : hee :) haah!

boss : happy birthday!
aku : thank you boss! cake? hadiah?
boss : lunch nanti I belanja you cake ok..
aku : hee.. (shy2 cat) 2 tingkat yer boss.. :D

boss : huhh? 2 tingkat untuk orang kahwin lar..
aku : hehe.. thank you boss!




(gambar cake nanti aku upload)





haha! satu hari semalam aku 3G anep! untuk pengetahuan korang 2 kali aku charge phone tau.. hihihi.. Panas telinga aku.. Kitorang dah macam baru2 couple je semalam.. sembang2 malu2 gelak2.. :)




Dekat facebook pulak.. Ramai yang wish.. Makaseh yer semua!





Thursday, December 16

Video khas!






(maaf video senget) Ok tau dah nak cakap saya malu2 kan? Yelar celebrate anniversary for the first time in my life.. fewww! Nervous plus excited! even lambat sikit dari the actual date.. by the way great job! sayang.. I sukaaaa sangat! :P



I love you more than ever you tought

muahhhh!!! Really love you Hanif Osman...


Kepada semua yang membaca blog aku yang kurang menarik ni. Pesanan aku :


SEMOGA BERGEMBIRA

bila menonton video yang tak seberapa ni..



Wednesday, December 15

Menabung demi masa depan.



Ehem2! Kawan2.. Nak bagi tau ni.. Kelmarin mak saya belanja saya rantai EMAS.. Oohooii! Manyak terkejot oo.. Actually aku ni bukan peminat emas yang OBSESS lagi kemaruk. Aku ni bab barang2 kemas ni tak heran sangat. Tapi semenjak kerja ni aku dah berkenan nak pakai rantai emas start tengok manager aku pakai.. Nampak suweett je.. :D Tu yang balek kerja cerita kat mak aku.. Mak aku ni pulak bila aku kata nak pakai emas. Dia lak kemain excited nak belanja.. hehe! Anyway thank you maa!!



Ok nak cerita pasal menabung pulak.. Haha! Aku nak menabung tau.. Tolong bagi semangat kat zurin! Zurin boleh! Zurin Boleh! yeahh semangat2!!



Petang tadi aku dengan mak aku pergi bank sebab hari tu aku cakap dengan dia nak wat ASB. Then kami pon pergi lar Maybank.. Mula2 decide nak simpan RM 300. Tapi bila pikir2 balek, bulan ni aku nak pakai duit lebih. hee~ So next month baru aku plan gaji2 aku.. No more pembaziran! hehe!



Ok sambung cerita tadi. Di sebabkan zurin ni kuat membazir. Zurin ni pon membuat keputusan simpan RM 250 dalam akaun simpanan baru dia.. Senyum2 je tengok buku warna biru tadi.. :) Tak sabar pulak rasanya nak masukkan untuk bulan seterosnya.. serious tak tipu!! Percaya lar.. Tengok lar muka innocent ni.. -.-"


sayang!
cepat lar buat buku ASB tu..
:)

Convocation.. :)





Hi everybody!! Time2 cuti macam ni lar baru aku dapat update blog.. Termasuk entry aku yang baru ni.. Convocation.. hee.. :)



Setelah beberapa bulan tinggalkan poly (2 bulan kot) hari yang di tunggu2 oleh semua graduan telah pon tiba.. Antara graduan yang paling excited.. Aku lar.. :D Time tu sebenarnya excited nak jumpa kawan2 class dulu.. Rindu nya nak gelak2 dengan diorang.. Bayangkan 3 tahun beb kami bersama.. Gaduh Baik Gaduh Baik.. Normal lar tu kan.. Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hanya kawan sekelas.



Cerita pasal gaduh teringat plak aku kat member baek aku yang sorang ni.. Nama dia Morshid. Dia ni pelawak sebenar nya.. hepp! bukan pelawak kat rancangan Raja Lawak tu.. Tapi dia ni seorang yang suka buat lawak.. Kalau cakap ngan dia kalau tak gelak tak sah..



Ok sambung cerita.. Kejadian tu time aku sem 2. Time tu dia kenakan aku.. Dia konon nya bagi meseg kat aku "zurin.. Sok ada class pukul 8 tau.." Aku macam biasa.. memang tak reply kalau tak penting.. heee~ dah tu malam tu pulak aku tak sehat.. Badan sakit2.. Bila badan dah sakit hati pon sakit lar kan.. Bengkak je.. Time tu kalau ada yang cari pasal memang makan tangan lar.. Malam tu tidor pon macam tak tidor.. Pasal sakit semua tak kena.. Esoknya bangun je tidor cam biasa lar nak pergi class pukul 8.00. So dengan mata yang bengkak hati pon turut bengkak aku berjalan sorang diri pergi class. Sampai je class.. huhh?? Mana semua classmate aku ni?? Aku sampai awal ke?? Tengok jam hmmm...8.10 Aku pon pergi lar office jumpa lecterer subject time tu.. Aku tengok lecturer aku tengah melepek kat meja dia..



"Puan.. tak masuk class ke?" Puan tu pandang aku macam terkejot gak lar.. "eh zurin, kan saya dah bagi meseg kat morshid.. class pukul 8.00 batal. kita buat class pukul 11.00.. (muka aku time tu.. macam nak telan puan tu) erggghh! panas nya otak aku bila dengar puan tu cakap cam tu.. Aku apa lagi dengan pantas berjalan menuju hostel sambil tu call pain.. "wehh ada kat bilik tak? aku nak datang ni.." pain : ada.. (end call)



Sampai je bilik pain.. Pain bukak pintu konon nak gelakkan aku.. Dengan pantas aku cakap kat dia.. "aku tengah marah ni better ko jangan buat apa2.. aku nak sambung tidor.." ok (nampak muka kerelaan disitu)


Scene dalam class :
Morshid dengan selamba datang terhegeh2 masuk class tanya.. "Eh, siapa terkena wehh ?" Aku bila dengar dia cakap cam tu lagi panas lar kan? memang aku lar yang terkena kan? Morshid datang menuju ke arah aku.. Zurin ko datang pukul berapa td? 8.00 ea? hihihihihi... Aku warning dia "cik. diam cik.. aku tengah marah ni.. nanti ko kena nanti.. ko jangan buat sebarang bunyi sebarang reaksi yer.. (tengah tahan hati lagi tu).. si Morshid ni pulak jenis tak faham bahasa.. dia maseh lagi gelak cerita pasal datang awal tu.. cerita sambil gelak..



Aku pulak memang hati tengah bengkak.. Dia pulak buat macam tu.. Haa nak tau apa aku buat dekat dia..



Aku pergi menuju ke arah dia.. Then tengking dia depan2.. "Bodoh ar ko!! Aku dah suruh ko diam.. jangan buat aku marah.. Apsal ko gelak2 lagi.. Ko tambahkan lagi marah aku.. Ko ingat aku suka ke cam ni haa!! Memang bodoh lar ko ni!!!" then semua classmate aku diam tengok kitorang.. Datang lar member aku sorang ni kononnya nak sejukkan keadaan.. Tetiba perkara tak dijangkakan terjadi.. Si morshid ni tetiba lak baran dia datang..



nak tau apa dia buat...?



Dia capai kerusi yang dia tengah duduk tu konon2nya nak baling kat aku.. Aku tak mengelak.. Sikit pon tak.. Aku tengok je.. Tapi malang nya kerusi yang dia nak baling tu terkena dekat tangan member aku yang konon2nya nak sejukkan keadaan tu.. Pergghh!! Time tu kecoh gila..! Dan2 time tu lecturer pon masuk.. Keadaan berlakon tak ada apa2 terjadi..



Lepas dari kejadian.. Sem 2 tu aku tak bertegur pon dengan dia.. uhhh!! Seat kitorang depan belakang je kot.. tapi tak bertegur.. Aku tunggu dia tegur aku.. Dia pon tunggu aku tegur dia.. Sampai lar ada satu assignment ni kena satu group dengan dia.. So nak taknak kena lar bercakap dengan dia.. Lama lama kami pon ok.. :)



Kalau korang perasan Entry pasal convocation tapi at last cerita pasal member aku yang sorang ni.. ok lar! ok lar! ni aku upload gambar convo.. :)











Dah mula rasa rindu..









takda apa nak cakap..
cuma RINDU mereka..
DAT A terbaek!!
Really miss them so mucch!!

Tuesday, December 14

1st anniversary.. :)









Oohoiii.. Setelah sekian lamanya tak mengupdate blog. Baru hari ni nak update blog. So nak update cerita2 yang dah lama nak post kan kat sini.. Ok tak yah lar kita cerita panjang2.. Lets Start~



Hari ni nak cerita pasal Anniversary yang untuk pertama kali nya kawan2.. Agak nervous! walaupon sudah delay 2 hari nak celebrate atas sebab2 tertentu.. Takpa.. Mood kena jaga. wink wink! :P




Malam tu aku pakai dress (wit wit!). Nice gitu (haha! puji diri sendiri) Sebenarnya aku agak letih hari tu. Sebabnya aku baru balek traveling dari KL. So rushing lar balek rumah nak iron dress tu.. hee.. then nak wangi2 lagi.. memang berendam lar kan bilik mandi bagi wangi2 (excited lar katakan)





Nak dekat pukul 8, Anep pon call tanya dah siap ke? Aku reply dah lama siap sayang. tinggal nak tidur je ni (perli terbaek kan?) Anep pon reply Sorry2, lambat sikit yer. Ayah I tak balek lagi ni. I tunggu kereta.. Aku pon reply yelar..




15 minit pon berlalu....




Aku dah mula nak berangin dari excited cantik2 dah jadi selekeh.. Mana lar mamat ni.. Lambat betol! Maka aku pon call lar dia.. heyy you kat mana ni? Lamanya.. Tukar baju lar cam ni.. Anep.. eh! I kat air terjun ni (kira dah dekat dah tu) aku : yelar! (end call)



5 minit berlalu....






Bunyi meseg kat phone aku. Aku tak yah tengok dah tau meseg dari siapa. Apa yang ada dalam meseg tu. So teros pergi cermin tengok muka.. Tarik nafas hembus! then senyum :).. Ambik beg.. yang paling penting kunci rumah.. :) Turun je tangga kereta MyV dah ada kat depan tangga.. so aku bukak pintu kereta teros duduk.. Anep tengok aku.. senyum2..



perbualan antara aku dan anep :




anep : :) bunga untuk I takda ?


aku : huhh ? I ke yang kena bagi ?

anep : yelar!

aku : alaaa.. tak beli lar tak tau pulak kena bagi lelaki bunga..

anep : hmph!





10 minit diam...





aku : kita nak pergi mana ni ?

anep : kita makan kat kedai kelantan nak? (kedai tu dah selalu pergi)

aku : kelantan? Bungkus je lar you. Kita makan dalam kereta..

anep : hahahaha! kelakar lar you ni..

aku : you ni macam takda kedai lagi romantik nak pergi ke ?

anep : hmm..





10 minit berlalu...





Anep lalu jalan yang aku tak pernah lalu.. Aku jenuh perah otak kat mana dia nak bawak ni.. romantik sangat ke tempat tu? (mula lar imagine benda2 yang special.. hahaha!) Tiba2 dia corner satu simpang.. tadaaaa!! kat sini ok tak you.. aku tengok dia senyum2.. heeee~ ok! (nada manja.. ngahahaha!)




Turun je dari kereta. Semua pandang aku.. haha! shy2 cats.. (blushing) dapat pulak malam tu lalu pintu gerbang macam orang kawen tu.. hahaha! Dah macam princess cuma takda red carpet je.. :P OK sambung cerita. Kami tuju kat meja hujung sekali. (dah reserve tau!) bila waiter dia datang kami order lar makanan.. (takda candle.. kalau tak dah jadi candle light dinner.. wahahaha! melampau zurin ni)




aku : kenapa you lambat sangat tadi.. I rasa rumah you dengan rumah I takda lar jauh sangat kan?(start saiko dia)
anep : hahahahhaa!! hee I sebenarnya dah dapat kereta dari ptg td lagi..
aku : huhh? dah kes tipu ni.. Habis tu kenapa lambat..
anep : I cari tempat ni lar.. I dah pening pikir nak pergi mana..
aku : hmm.. patot lar..(tak jadi marah.. alasan munasabah)





tetiba makanan pon sampai..



borak2 punya borak.. siap snap gambar lagi.. anep angkat tangan panggil waiter tadi.. dia tanya kat sini boleh smoke tak? waiter pon cakap boleh encik sambil tersenyum..





sambung borak lagi..(sambil borak tu aku tau anep record video aku.. so aku wat tak kesah je..) tiba2 tengah seronok borak sambil gelak ni.. ada lar seseorang kat tepi aku (waiter tadi)



waiter : excuse me.. miss ni zurin?

aku : huhh? ya saya.. (tengok dia pengang bunga aku dah start gelak da)

waiter : ni ada bunga dari encik hanif. selamat menyambut anniversary.. :)

aku : hahahaha.. ok2.. thank you.. (aku pandang anep je)

waiter : teros bla...





aku : you.. I tak expect pon you nak bagi bunga.. thank you..
anep : maseh record lagi.. ok welcome.. I nervous ni you.. hehehe..
aku : hehehe...
anep : first time I buat macam ni.. :)





** Setelah pengakuan di buat. Anep lambat sebab dia setting nak cari tempat. Setting ngan Waiter macam mana nak bagi bunga. Bila masa yang sesuai nak bagi bunga. (bukannya kereta lambat dapat tau..) Rupa2nya tanya kat situ boleh smoke ke tak tanda2 bila nak bagi bunga.. hahaha! good job!







ni ada beberapa gambar kitorang..














Awak ni cute lar.. aww!


Hey kawan2.. Sekarang ni saya dah ada kekasih baru. Saya dah jatuh cinta dengan dia. Mula2nya tak cinta sangat. Pandang pon tak hingin (dulu2 punya cerita lar). Tapi sejak ayah saya kenalkan dia pada saya. Saya mula2 lar jinakkan hati saya terima dia. Ayah saya pujuk saya. Saya tengok hmm... (macam cute jugak dia ni.) mula dekat kan diri pada dia.. :)


Sekarang aku memang pandang dia je. Asyik pikir bila dia nak jadi milik aku. arggghhh!! aku dah jatuh cinta ni! Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Hanya kerana awak!!


Mehh tengok kekasih aku yang baru ni. Pujangga ayahanda dan juga aku.. meow meow! :D


Ayah sayang, bila ayah nak belikan kakak yang ni..

kakak nak ni je. Tak mintak lain..

promise!! :)

Friday, December 10

mood : cuti :)



Ada siapa2 kat sini nak ikot aku balek kampung tak ? Cuti aku dah approve & & confirm. ngehehe.. Baru pagi tadi aku isi form cuti.. Disebabkan aku dah lama tinggalkan kampung halaman.. cube korang teka berapa lama aku cuti.. Seminggu wehh!! :) Lama tak? haha.. Korang dapat bayangkan tak risiko cuti yang agak lama ni mengakibatkan gaji aku akan menjadi sikit.. uhhh! Takpa.. Mood tengah excited nak cuti.. Gaji belakang kira.. :) hepp hepp hoorey!



Mama.. Kakak balek ni! Mama masak pe tu ? Perot ni dah lama tak melantak makanan sedap2 lagi lazat.. :D. Seminggu ni perot ni akan berbahagia dan dimanjakan dengan makanan yang lazat2.. hiarrgghhh! Pastu balek kampung ni dah plan macam2.. hahaha! Bayar hutang yang dah lama tertunggak!! hepp! jangan fikir bukan2 yer.. bukan hutang bil air yer.. Tapi ni hutang tidur. Hutang makan makanan sedap. Hutang cerita Hot ngan mama. Hutang pelukkk adik2.. Bangchik Myn Giti.. Juin balek ni. Ada siapa2 nak pelukk dulu.. heee.. :)



Perbualan antara aku dan boss :

aku : tuk! tuk! (senyum kambing :D )

boss : (pandang aku dari dalam sambil tangan dia suruh masuk) haa.. nak apa.?
aku : boss, I dah isi form cuti. hee.. (sambil serahkan form tu)

boss : hmm.. (membaca form tersebut satu persatu) reason dia apa?

aku : hmm.. tak tau lar nak tulis macam mana? nak kawen lar boss.. :)

boss : (pandang aku sambil buat muka pelik) tulis lar ..
aku : (pinjam pen boss) ok.. (then tulis back to hometown)
boss : (baca balek) aikk! nape tak tulis back to hometown and getting married..

aku : $%^&& (pandai nya boss buat lawak.. :) )

boss : (ambik pen then sign kat tempat approve..) so you on handphone kan time cuti..

aku : haa?? alaa.. cam tak cuti je..

boss : apa dia zurin?

aku : hee .. takda pape.. (jangan harap aku nak pick up.. cuti tetap cuti.. wekk boss wekkk)


Balek kampung.. oOOooO..
Balek kampung.. hati riang..!!
:)
bye semua.. bye Melaka.. bye kerja..
bye anep!

Thursday, December 9

Keadaan kembali pulih



Selamat tengahari teman-teman.. (sambil muka dengan senyuman yang agak selekeh) .. Ok lar hari ni mood saya dah kembali pulih. Dah kembali tenang. Let's bygone be bygone. Hidup kat dunia memang selalu ada cabaran dan dugaan. Aku lar salah seorang yang selalu mengalami dugaan yang boleh dikatakan agak parah. Kesiaannn kat aku kan.. hee.. :P Takpa.. semua tu asam garam kehidupan. Kalau takda masalah tak best jugak. Macam takda corak kehidupan.. (ayat pancing hati sendiri.. konon nak sedapkan hati sendiri.. hakhak!)



Ok.. Sebenarnya hari ni nak cerita pasal kerja.. Kepala hotak aku sekarang ligat fikir kat mana nak cari kerja.. Untuk pengetahuan korang aku ni bukan lar seorang workaholic seperti yang korang tengok sekarang.. :) Aku sebenarnya rindukan kebebasan aku yang dulu.. Aku rindukan masa rehat aku yang aku dah bazirkan dulu-dulu. :') Aku bekerja keras ni pon atas banyak sebab.. Antara sebab2nya aku nak penuhi cita2 aku yang aku idam2 kan dulu.. Lagi pon banyak benda yang aku idam2kan sebelum ni tapi tak dapat.. hmm.. ehh!! apa cerita ni pulak.. Berbalik pada cerita asal.. Haaa.. Aku baru je melawat jobstreet atas nasihat kawan aku (ummi). Dia yang offer kat aku suruh hantar resume dekat jobstreet.. So aku pon turutkan apa dia kata.. Mintak2 lar dapat kerja yang sesuai dengan pengalaman yang aku ada sekarang ni.. lagi pon kepala sekarang memang tengah trend demand gaji nak tinggi.. :D








abang!
abc satu..
senyum lagi..
:)

Monday, December 6

Tolong tutup air.



Sejak beberapa hari ni aku faham kenapa macam2 hal yang aku tak di ingini berlaku. Aku punya hati. Aku punya perasaan. Orang sekeliling seakan2 tak faham apa perasaan aku. Aku punya kawan. Aku punya boyfriend. Aku punya segala2nya. tapi kebelakangan ni macam2 benda buruk berlaku. Tolong lar fahami perasaan dan kehendak aku. Aku tak mintak harta korang. Aku tak mintak simpati korang. Apa yang aku nak.. Perhatian dari korang sebagai kawan untuk terima aku seadanya aku.



Ya.. Aku sedar dan mengaku korang ada time aku susah.. Korang ada time aku perlukan korang.. Korang jugak ada time aku luahkan segala perasaan suka duka aku. Tapi bila dah gaduh macam ni.. Korang pergi jauh tinggalkan aku.. Korang tak kuat pertahankan yang korang ni kawan aku.. kenapa? kenapa? Aku taknak jawapan dia sebab aku ada Anep.. Dia bukan punca sekarang ni.. kalau korang kawan aku.. terima aku seadanya aku.. korang juga kena terima Anep.. So sekarang Anep bukan punca..



Betol cakap Kak Nem dalam blog dia.. Kawan ni ada macam2 jenis.. Aku tak peduli dengan siapa aku kawan.. Asalkan dia tak porak peranda kan hidup aku..


" Kawan kalau kita terlampau baik atau rapat sangat pon nanti jadi susah"


Mula-mula aku tak faham.. Tapi bila aku fikir2 banyak2 kali.. Baru aku faham maskud tersirat dan tersurat dalam ayat tu.. Korang mungkin faham.. Mungkin jugak tak faham.. Tapi suatu hari nanti bila korang dah dalam situasi tu korang fikir balek ayat tu.. Mungkin korang akan faham..



Aku sangat kecewa dan terkilan dengan apa yang dah berlaku.. -.-



Thursday, December 2

Siapa tau hati orang?



Kita semua tak kan tau apa yang ada dalam hati orang lain. Melainkan orang tu sendiri akan cakap apa yang dia sedang fikir kan atau apa yang ingin dia sampaikan. Tapi tak ramai orang boleh buat macam tu. Tak ramai orang boleh kuatkan diri diorang buat macam tu. Termasuk aku. Aku ni lagi lar teruk. Aku sendiri kadang2 terpaksa diamkan diri kalau aku tak kuat nak sampai apa yang tersimpan dalam hati even benda tu adalah sangat penting! Aku memang sangat dan terlalu sensitif dengan apa yang orang lain cakap. Boleh menyebabkan putus saudara. Bak kata pepatah.. ~kerana mulut badan binasa~



Hari ni aku memang tersangat lar takda nak buat kerja aku.. Even boss aku cakap urgent pon. Aku ambik tak peduli. Aku siap cakap... "Tak yah lar urgent sangat.. Esok pagi2 I letak atas meja you.." Entah betol ke tak entah aku letak. Entah petang esok baru aku baru aku letak.. sorry boss i'm not in the moooodd!!


Pada sesiapa yang hari ni kena marah ngan aku. Aku sangat2 lar takda moodd!! Maaf sekali lagi!!



Biarkan je diri ini keseorangan buat masa ni....... kerjasama anda amat dihargai.. terima kasih..


Wednesday, December 1

Its so nice :)




1st

December

2010



I really love December.. :)



Dan kerana december ni jugak aku akan mencapai umur 21 tahun.. and let we all count day by day.. semoga Tuhan panjang kan umur aku untuk capai segala kebahagiaan dalam hidup serta dirahmati-Nya.. aminnnn!!




Tuesday, November 30

Bulan apa sekarang ni?



Aku nak tanya korang sekarang ni bulan apa? Bulan orang semua nak mengamuk ke? Atau bulan orang makan orang.. wuuu!! takotnya..



Bulan ni je berapa banyak aku kena marah ngan anep..
Bulan ni je berapa kali aku gaduh ngan anep..
Bulan ni je berapa banyak kali boss aku tegor aku..



bulan apa ni weeeehhhh? -.-"




Monday, November 8

Buang hati dalam laut je.



mood sangat lar takde hari ni.. down gila hari ni.. muka aku sendiri nampak pale je. tolong lar zurin. wake up! wake up! ko kena kuat! jangan lar lemah sangat.. jangan ikot kan perasaan ko.. memang ko bersalah.. tapi takkan kau sendiri nak salahkan diri kau sampai kau tak hiraukan diri kau.. please!!



berkata dalam hati : rasa cam nak shoot je aku ni..


~selamatkan lah dia~

Friday, October 29

Air Panas Gadek versi gambar :)


Hihi sambung post lama pasal Air Panas Gadek. Kali ni ada gambar. Walaupon tak banyak tapi ada lah untuk tatapan semua.. sebenarnya tak sempat nak snap gambar banyak2 sebab dah excited sangat.. ok .. Enjoy k tengok gambar yang tak seberapa ni.. :)



(dalam nada paling sayu..)

Aku rindu rambut lama aku..

:(





Haha! Cuba korang tengok rambut aku selekeh tu. Dengan rambut ala2 pontianak taknak sikat rambut lepas tu nak amek gambar. takpa pontianak pon pontianak lar.. Pontianak paling cun. (haha! gelabah puji diri sendiri)

Dah tu ada kacau hidop korang ? korang taknak puji aku. Biar lar aku puji diri sendiri...

Aku memang suka puji diri sendiri....

sumpah bahagia!! :)

Orang dah cakap amek lar background tulisan melayu. Mamat ni degil! nak gak kat tulisan cina.. Posing gaya paling poyo lak tu.. Mak aihhh!! Rasa nak sekeh2 jeee..!!

Thursday, October 28

Ouh leganya.



Hahaha.. Entry yang merbahaya dan sangat tak tahan yer. Sebenarnya bukan ape pon. Cuma nak bagi tau malam tadi saya dengan kekasih hati saya pergi mandi kat Air Panas Gadek. Yerr. Pertama kali saya menjejakkan kaki di sana setelah beberapa tahun lepas saya selalu mendengar nama tempat tersebut tetapi tidak pernah di ajak oleh sesiapa yerr.. Sangat sadis perasaan ini.



Ok sambung cerita. Tempat tersebut tak pernah di imaginasikan oleh saya yerr.. Lari jauh ape yang saya imagine kan. Hehehe.. Ini kerana saya mengimaginasikan nya sebuah tempat seperti air terjun tapi air nya panas.. Setibanya saya di sana.. Hanya ada beberapa buah kolam (macam swimming pool tu) yang berasap2 yang besar di penuhi oleh orang yang merendam kaki mereka. Saya sangat teruja yer kawan2..



Dengan pantas saya pergi tukar baju di bilik persalinan. then keluar je kekasih hati saya sedang menanti saya di luar sambil tersenyum ke arah saya.. Dia tau saya sangat teruja. :P.. Maka saya pon membalas senyuman nya dengan senyuman saya yang paling manja sekali.. :P ngehngeh! Tapi saya tengok kekasih saya itu berpakaian seperti kami datang tiada apa pon yang berubah..


saya : you tak mandi ke? nape tak tukar baju lagi?

anep : mandi lar.. (dia bukak baju ngan seluar dia depan aku).. ni I nak bukak lar ni.

saya : ish! perangai lar mamat ni..



Ape jadi dengan aku ni guna 'saya' cam sopan sangat..



Bila aku dah nampak air.. Apa lagi rendam kaki laju2. Dengan pantas aku tarik balek kaki aku.. Fuhhh! Fuhhh! Panas2! Zurin.. Kenapa lar gelojoh sangat ni.. Hehe.. Aku pon perlahan2 masukkan kaki aku.. Apa yang dapat aku gambarkan kat sini sedapnya.. leganya.. cam hilang penat kat kaki.. Hehehe.. Then aku nampak de orang berendam dalam kolam tu. Time tu aku pikir. Tak panas ke? Relaxnya dia.. Aku pon kena try gak.. Aku nak turun cam segan-segan.. Cam malu-malu.. Hikhokk! Then aku pon cakap kat anep..


aku : eh.. you taknak berendam cam tu?

anep : taknak lar..kalau you nak you berendam lar.. I kat sini je..

aku : alaa.. I cam malu lar nak turun..(sebab aku sorang je perempuan kat situ..)
anep : turun je..

aku : nape you taknak turun.?

anep : sebab nanti bebird I panas (sengih2)
aku : huhh? cam tu ea?

anep : yerr.. nanti mandul lar kalau panas sangat..

aku : ok..



Dengan tiba2 aku turun perlahan2.. Perlahan cam tu pon tiba2 aku tergelincir dalam kolam.. wuu.. Terkejot aku.. Semua orang tengok.. Malu pon ada jgk.. haihhh.. -..-".. Untuk cover malu.. Aku cakap ngan anep licin lar you.. Hakahakahak.. Aku pon berendam sampai paras bahu.. Terasa hangat satu badan.. Tapi best.. Then aku berendam lagi sampai kepala aku masuk dalam air.. Tapi tak lama.. Tak sampai beberapa saat.. Fuhhhh! Tak tahan.. Panas beb!! Anep tengok je aku buat cam tu.. Tak tau lar ape dia cakap dalam hati.. :P



Aku tengok anep tengah temenong.. Aku pon tanya dia.. You.. I nak pergi swimiming pool lar.. Anep gelak kuat2.. Aku dah malu gila semua tengok. aku tanya dia kelakar ke ape yang aku cakap tadi.. Then dia cakap.. you sedar tak ape you cakap tadi.. Huhh? Soalan ke tu you.. Hmm.. Then dia bagi tau yang aku cakap swimming pool tu dah lain.. Dah jadi swimiming pool.. Hahaha.. Aku sendiri tak sedar.. Hahaha.. Maaf saya khilaf..



Kitorang kat sana tak lama.. Pukul 11 kitorang dah gerak balek.. Then pergi kedai makan.. Nama kedai tu member2 panggil "RESTAURANT SYURGA".. Aku tak pasti plak bahagian mana yang diorang boleh tersesat panggil syurga.. haihhh! (-..-')






p/s :
1) bebird -> sejenis burung yang tak boleh terbang dan tak boleh berenang.. (hehe!)
2) anep : nanti kita pergi swimiming pool yerr.. hee.. pleasee!!
3) gambar nanti aku upload..




~riryn~

Wednesday, October 27

Jangan tunggu lama2.



hey kawan2 saje je nak bagi malam ni saya offday (kerja di jusco).. so malam ni saya ada program yang dah lama kami idam2kan.. mengimbau plan yang telah kami rancang ni. ikuti perbualan kami..



anep : eh.. you offday jusco bila erk?

aku : hmm.. jap ehh. i rasa bulan october ni 10, 13, 18, 20 dengan 27. nape? nape? (excited ni nak tau)

anep : hmm.. you tak pernah lagi kan pergi kolam air panas gadek tu.
aku : haah tak pernah. dulu selalu dengar diorang2 ni cakap nama tempat tu tapi tak pernah ajak pon.. (dalam hati nak ajak pergi ke?)
anep : ouhh.. you selalu merungut kaki penat lar letih lar.. kalau I ajak you pergi sana you nak pergi tak..?
aku : haah..kaki I ni start kerja kat jusco selalu lenguh2.. hee.. nak! nak! bila2? bila nak pergi? tak sabar nya..
anep : hm.. ok.. ok.. kita pergi time you offday lar.. hmm.. kita pergi 27 oct ok kan?
aku : ok!!! sukanya..!!



perbualan pada 20 oct 2010...



anep : you..nanti you offday 27 oct tu temankan I pergi ***** nak tak? (*sorry lupa nama tempat tu)

aku : tak nak lar..(ishh! dia ni lupa ke janji dia nak ajak pergi mandi manda ni..)
anep : ok.. tapi kita naek kereta lar.. tak nak jgk?
aku : taknak.. mmg lar hari tu kita kuar naek kereta..
anep : erkk? kita nak pergi mana?
aku : ..... (diam2 marah sebenarnya)

tetiba makanan yang di order pon sampai..

aku : I nak pergi mandi manda lar.. grr~
anep : Astagfirullah.. patut lar you cakap hari tu kita keluar naek kereta.. ok2 sorry! kita pergi mandi manda..lupa lar you..
aku : huhhh! lega.... (susah kalau orang dah tua sangat ni..)
anep : hari2 you kena ingatkan I ok.. kalau you tak then I lupa.. naseb you lar..
aku : grr~!!



p/s : selepas kejadian. setiap malam aku akan ingat kan dia untuk pergi mandi manda.. termasuk malam tadi.. :P


Wednesday, October 13

Pulangkan kembali hati ini..



Hari ini aku mengalami kemurungan dan kesedihan yang tersangat lar perit. demmm.. Jiwa aku sangat2 lah tidak tenteram. Ya Allah, Kau kuatkan lar iman aku. Kau berikan lar aku kesabaran. Kau tambahkan lagi kesabaran yang aku ada ini agar aku dapat lebih bertahan menampung segala cubaan yang telah Kau berikan kepada aku hari ini.



Aku tidak pasti cubaan yang telah diberikan ini untuk menguatkan lagi hati aku pada dia atau makin melonggarkannya. Aku sangat tidak pasti. Tapi apa yang penting aku masih cuba untuk bertahan. Ini disebabkan janji aku pada dia. Dan aku hanya untuk dia. Maka dia dia hanya untuk aku. And I real mean it.. Please tolong selamatkan hubungan kami ini. Aku tak minta lebih.. Aku tak minta jawapan. Tapi apa yang aku minta Kau kuatkan hati aku pada dia dan selamatkan hubungan kami..



I miss the pass moment..! :(
I miss the old you..
I miss the old of us..



Dear Hanif,

Please don't do that again. Hati I tersangat lar sakit.. Untuk seketika waktu ini I masih lagi dapat bertahan. Tapi akan datang?? Siapa yang tahu kan? I tetap setia pada you. Hanya you!! Please jangan ragu-ragu dengan apayang I buat..



:'(