wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Friday, February 25

Maaf lar ye.



Rasa macam nak cerita sesuatu. Tapi bila tengok jam kat pc ni pukul 5.25, rasa cam dah terlambat pulak. Kang dah cerita panjang lebar. Tak sempat pulak nak balek. Tak pe lar next time je lar cerita. Cuma nak cerita pasal nak mencuba benda baru. Baru je berapa minggu minat..


OK times up!! 5.30.. kringggggg!! Anda boleh berhenti sekarang. Sila letakkan pen anda. bla bla bla (macam dalam dewan peperiksaan lak pulak. HIHI!


Ok see you soonn bye!!!

Thursday, February 24

Tersenyum lagi.




Tak kisah lar korang nak kata blog aku ni jiwang ke sentimental lar. Kalau korang tak suka baca ke bosan baca ke.. takpa lar. Aku tak pernah peduli korang stalker blog aku ni. Aku tak pernah nak cerita buruk pon pasal korang dalam blog aku ni. So tak menjadi masalah bagi aku kalau korang tak suka blog aku. Ni blog aku, so aku punya suka lar..



TIBA TIBA, AKU SENTIMENTAL..


Sejak kebelakangan ni, aku dengan anep selalu je gaduh. Even hal kecik pon kitorang besar2 kan. Yelar rambut je sama hitam, hati lain lain. Ok, dah mula nak berperibahasa padahal dulu kat sekolah selalu kena perli sebab bahasa melayu paling ngokngek dalam class.

So malam tadi kitorang decide nak jumpa settlekan perkara yang menjadi masalah antara kitorang. So malam tadi sesi melepaskan geram masing2. Dalam erti kata lain, bagi tau lar apa yang masing masing rasa tak puas hati. So aku pon lepaskan apa yang aku dah lama simpan. Then anep pon buat benda yang sama. Then lepas tu masing2 diam. Muhasabah diri (konon2 pikir nak betulkan kesilapan masing2 and decide taknak buat lagi).


Malam tadi, lebih banyak dengar penjelasan anep. Kira dia nak betulkan lar apa yang aku dah salah pikir pasal dia. Ternyata aku dah terpesong pikir pasal dia. Aku dah salah hukum dia dan teros tuduh dia tanpa usul periksa. Aku selalu pikir diri ngan hati aku sendiri je. Bila aku rasa aku sakit hati aku teros je marah dia.


Kadang tu timbul rasa kesian bila aku selalu marah then buat dia kena pikir panjang nak explain kat aku. And aku tau dia tak suka aku pikir bukan2 pasal dia. Tapi aku pon selalu gak kena marah ngan dia.. Dia marah da lar cakap kuat2. Terkejot aku. Then aku teros jadi blurr (dalam erti kata lain bebal lar)

Untuk pengetahuan lebih, aku tak boleh kena tengking. Nanti aku blurr then apa aku buat teros jadi bukan2 sebab dalam kepala aku nothing.. So kalau korang nak marah. Korang baut muka ke merengus ke jalan hentak kaki pon aku dah tau korang marah. Tak pon satu lagi clue, Aku meseg korang. korang tak reply. Time tu confirm aku gelabah pikir kenapa korang tak reply.. hehehe!


Ok, setelah discuss malam tadi. Hati masing masing pon dah lega. Kami pulang dengan hati yang gembira.


NO MORE SUSPICION
NO MORE CURIOUS
NO MORE DISTRUSTFUL



Sunday, February 20

Ini fakta yang benar.





Woman was made from the rib of man ,

She was not created from his head to top him ,

Nor from his feet to be stepped upon ,

She was made from his side to be close to him ,

From beneath his arm to be protected by him ,

Near his heart to be loved by him .




New Lifestyle.





OK! Dari kita cerita segala sakit hati kita better kita cerita pasal kegembiraan yang kita lalui dan kegembiraan yang akan kita lalui.. Share benda happy kan best!





Benda paling best bagi aku keluar jalan2 ngan kawan2 termasuk lar bf aku. Kira keluar tu happy2 gelak2 then snap gambar kitorangyang comel lotey. HAHA ! Perasan kejap boleh ? Itu lar happy bagi aku.




Haritu time keluar ngan Fara and Mira, tengah seronok aku ngan diorang tu snap gambar posing maut bagai tetibasi mira jumpa spec kat satu tempat ni. Ok sekarang ni aki nak cakap kitorang curi sebenarnya ni.. HIHI! sorry! Means bukan lar curi selok dalam poket orang. Ni amek je spec tu. (tetiba rasa diri ni jahat lar pulak. Adoyy!) Aku tak lah rabun. Mintak2 tak rabun lar sampai bila2.. Tapi kadang2 tengok orang pakai spec ni comel.. so aku pon teringin and cuba lar pakai then snap beberapa keping gambar.. hihi..





ce tengok ce tengok. :P




Aku memang suka pakai baju warna merah.. Nampak hott ! HAHA ! yekew ? sukhatiakulah nak cakap pe pon.. hmm.. btw ok tak muka comel aku pakai spec nerd ni.. *kalau nak muntah dipersilakan.. saya setuju 100%..






Haihh! tak boleh blah sungguh muka senyum nampak gigi. Cam weird sikit kan ? tapi aku cuba jugak senyum nampak gigi. sebab orang selalu kutuk aku senyuman fake even hati aku sungguh ikhlas gila babiii kan... takpa.. mencuba lebih baikkkk kan...

Encik Pengurus Colgate.. Boleh tak saya jadi model awak ? Part time pon takpa.. hihi! Muka tak berapa nak malu lar kan..

Wednesday, February 9

Terbiar.

Aku terkapai-kapai mencari kepastian. Di mana aku di hati mu ? Siapa aku di hati mu ? Aku bagaikan tiada makna di hati mu lagi. Setiap kali pergaduhan, walau puncanya dari aku mahupun dia, aku lah yang akan beralah. Memberi peluang kepada hati untuk terus menyayangi dan disayangi.



Betol lah kata orang zaman dulu membuat pepatah, Masa Wangi Semua Nampak Cantik, Baik. Bila dah terasa bosan atau terdetik rasa benci dalam hati. Mula lah nak marah, nak berangin satu badan. Segala kemarahan ditelan. Selalu dalam cerita melayu keluar kisah2 macam ni. Ending dia sedih.....



Bila tengok pasangan kekasih yang lain happy, mula timbul rasa cemburu, iri hati. Terasa dalam hati kenapa aku tak macam diorang. Happyyy.. Kalau aku, ada je yang tak kena kat mata dia. Itu salah Ini salah. Kesetiaan aku bagai tak di hargai. Kejujuran aku dikatakan palsu.



Bila hati telah dilukai. Apa penawar yang paling berkesan untuk mengubati nya ? Andai hati ini memerlukan teman untuk mengadu segala kegembiraan dan kedukaan. Pada siapa lagi yang mampu mendengar ? Hati ini tak mampu lagi untuk menahan segala kesakitan yang menusuk.



Pergi lar kau zurin membawa diri. Pergi lar kau ubati luka mu sendiri.

Tuesday, February 8

Bagaikan panahan petir.




Lupa pulak nak wish Selamat Tahun Cina kat colleagues yang berbangsa cina.. Sebabnya awal2 lagi dorang dah cuti.. Ok di sini saya zurin binti mohd zuhir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua rakyat di malaysia yang berbangsa cina.. :)




Cuti dari petang rabu sampai lar ahad.. Kejap je.. Pejam celik pejam celik dah hari isnin.. Kena pergi kerja balik.. Disebabkan aku malas sangat pergi kerja semalam (isnin) * hari kemalasan semua pekerja di Malaysia (kepada yang membangkang kata2 aku.. go to hell.. jangan nak fake sangat ok!) ok sambung cerita, disebabkan malas sangat. Aku pon meseg lar boss kesayangan aku tu. Aku tak dapat datang kerja hari isnin sebab aku balik kampung, so tiket nak balek Melaka dah habis. Hehe! Approve wehh! Tapi boss aku cakap kena isi emergency leave form. HAHA !




Padahal aku memang kat Melaka. Lama gila kot dah tak balek kampung. Seriously! Yang ni aku tak tipu.. Seronok aku tidow semalam.. HEAVEN!




Berbalek pada tajuk UTAMA. Wahh macam seram je kan sampai colour merah. Sebenarnya hati aku telah dilukai lagi. Semalaman aku tak boleh tidow. Aku tak mampu kawal hati aku untuk terus menjadi seorang yang penyabar. Rasa sakit dihati menusuk2 hingga ke urat saraf dalam otak aku. Ligat kepala aku memikir kan apa yang aku dengar malam tadi adakah benar ?




Bagaikan panahan petir. Dari telinga terus menusuk ke dalam hati. Bagaikan di siatsiat hati aku bila mendengar pengakuan kau malam tadi. Sungguh tak ku duga. Pengakuan kau itu akan aku simpan jauh di dalam di sudut hati aku.




Aku sedar setiap kekurangan aku. Tak perlu kau jelaskan dengan terperinci. Aku sedar kekurangan aku tak dapat memenuhi kelebihan kau. Ramai lagi perempuan di luar sana yang setanding dengan kau.. Aku ? Aku hanya sampahan.. Aku ni tak ubah macam perempuan kampung. KUNO! then aku ni jalan macam budak gengster. Tak perlu kau bandingkan aku dengan perempuan yang kau puja2 dahulu..


Text Color

Yerrr!! Aku memang seorang yang sangat teruk. Tak dapat nak penuhi segala kehendak kau. Tahap pemikiran aku sangat cetek. Pemikiran aku kuno. pendek. Zurin berpijak lah di bumi yang nyata..




Andai lar dia yang terbaik pernah kau kenal. Kenapa terjalinnya aku dan kau ? Kenapa bukan dia dan kau ? Kenapa wujudnya aku antara kau dan dia ? Banyak lagi persoalan yang aku fikirkan malam tadi. Semalaman aku tak dapat tidur hanya kerana ini.


Sekiann.