wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, February 8

Bagaikan panahan petir.




Lupa pulak nak wish Selamat Tahun Cina kat colleagues yang berbangsa cina.. Sebabnya awal2 lagi dorang dah cuti.. Ok di sini saya zurin binti mohd zuhir mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua rakyat di malaysia yang berbangsa cina.. :)




Cuti dari petang rabu sampai lar ahad.. Kejap je.. Pejam celik pejam celik dah hari isnin.. Kena pergi kerja balik.. Disebabkan aku malas sangat pergi kerja semalam (isnin) * hari kemalasan semua pekerja di Malaysia (kepada yang membangkang kata2 aku.. go to hell.. jangan nak fake sangat ok!) ok sambung cerita, disebabkan malas sangat. Aku pon meseg lar boss kesayangan aku tu. Aku tak dapat datang kerja hari isnin sebab aku balik kampung, so tiket nak balek Melaka dah habis. Hehe! Approve wehh! Tapi boss aku cakap kena isi emergency leave form. HAHA !




Padahal aku memang kat Melaka. Lama gila kot dah tak balek kampung. Seriously! Yang ni aku tak tipu.. Seronok aku tidow semalam.. HEAVEN!




Berbalek pada tajuk UTAMA. Wahh macam seram je kan sampai colour merah. Sebenarnya hati aku telah dilukai lagi. Semalaman aku tak boleh tidow. Aku tak mampu kawal hati aku untuk terus menjadi seorang yang penyabar. Rasa sakit dihati menusuk2 hingga ke urat saraf dalam otak aku. Ligat kepala aku memikir kan apa yang aku dengar malam tadi adakah benar ?




Bagaikan panahan petir. Dari telinga terus menusuk ke dalam hati. Bagaikan di siatsiat hati aku bila mendengar pengakuan kau malam tadi. Sungguh tak ku duga. Pengakuan kau itu akan aku simpan jauh di dalam di sudut hati aku.




Aku sedar setiap kekurangan aku. Tak perlu kau jelaskan dengan terperinci. Aku sedar kekurangan aku tak dapat memenuhi kelebihan kau. Ramai lagi perempuan di luar sana yang setanding dengan kau.. Aku ? Aku hanya sampahan.. Aku ni tak ubah macam perempuan kampung. KUNO! then aku ni jalan macam budak gengster. Tak perlu kau bandingkan aku dengan perempuan yang kau puja2 dahulu..


Text Color

Yerrr!! Aku memang seorang yang sangat teruk. Tak dapat nak penuhi segala kehendak kau. Tahap pemikiran aku sangat cetek. Pemikiran aku kuno. pendek. Zurin berpijak lah di bumi yang nyata..




Andai lar dia yang terbaik pernah kau kenal. Kenapa terjalinnya aku dan kau ? Kenapa bukan dia dan kau ? Kenapa wujudnya aku antara kau dan dia ? Banyak lagi persoalan yang aku fikirkan malam tadi. Semalaman aku tak dapat tidur hanya kerana ini.


Sekiann.

No comments:

Post a Comment