wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Wednesday, May 25

Selamat tinggal melaka :(








Phone ringing...





Me : Hello, Airofluid.. :)

Mr.S : Hello zurin, Shankar here..

Me : Alamak! Si gelap ni nak apa lagi ni. Yes Shankar.

Mr.S : Okay zurin, our company will do audit for fiinance next week. And I think you need to involve.

Me : Okay! so? -.-"

Mr.S : Mr. Kamarul want you to come here and preparing the document.


Me : Huh?

Mr.S : Yes. You need to come here as I have done the schedule for you.

Me : Schedule? *bisik dalam hati schedule apa pulak ni?

Mr.S : This thursday you come here and going back the evening. Same with friday. Then next week you come here on monday and friday you will going back. Repeat the same thing the next week until the the audit done.


Me : Huhh? Really? Are you sure need me to involve? *aku tak rela! aku tak rela!

Mr.S : Yess! *nada agak keras yer.

Me : Okay!!!!!! *tapi takde lar aku jerit cuma rengusan yang agak kuat lar.

Mr.S : And one thing zurin. Please tell Leong to call me back ok.

Me : Ok bye kelingggg.. (dalam hati je)






Huhhuuhuu.. Agak lama yer untuk aku berhijrah ke KL. walleehell lar. Adoy! Serious aku mesti takde kawan nanti kat sana. Huhuhu! Mesti bosan gila kat sana. Kalau ada broadband boleh jugak lar aku hadap muka anep. Hmm.. Ouh Shittttt!!! Kenapa mesti aku? Kenapa? Aku tak suka wehh pergi KL even boleh claim makan sehari RM30.








Aku dah plan banyak benda dah wehh. Sebulan yang lepas aku plan ni semua. Nak balek kampung. Nak save duit bulan ni sebab nak jalan bulan depan. Nak bayar duit roadtax motor lagi. Nak bayar duit PTPTN lagi. Nak belanja adik makan lagi. Kalau dah aku outstation kat KL tu, everything aku kena pakai duit sendiri dulu pastu claim dia ntah bulan depan atau 2 bulan baru dapat. Dah tu bila dah outstation, part-time pon kena cuti gak lar. Duit tak jalan. Haihhhhhh -.-"






Sambil menyanyi lagu, " I want nobody nobody but you, money!"






* Kesian lar aku nanti 2 minggu lar tak jumpa anep. Sobs Sobs!

** Hahahaha! Aku saja je buat Kontorversi murahan dekat facebook.

*** Malam ni tengok Nur Kasih The Movie with my sweetie boo. Berkemungkinan besar ada pian jugak dan nana.. :)





Monday, May 23

Kau ingat kau terlalu bagus?





Sebenarnya aku sekarang agak busy.

busy dengan kerja yang agak melambak..

Biasa lar kalau company dah dapat duit.

Bila dah dapat duit, aku lar yang busy dok call sana sini.

Tapi aku meluangkan masa aku yang agak nyawa2 ikan ni.

Demi hati aku yang tak berapa nak puas.

Tak puas!!

Tak puas tahu?










Hari demi hari...

Hari bertukar hari..

Aku tengok cara kau makin lama makin agak melampau..

agak lar..

Atau mungkin aku je yang tiba2 rasa macam tu.

Takpe lets to think positip zurin..

need to more positip..










Tapi aku agak tak puas hati lar jugak kan..

Bila kau tak suka orang tu..

Kau kutuk dia kaw2..

Sebab kau tak suka kat dia.

Mungkin si dia agak hot berbanding dengan kau yang agak hot2 suam gitu..

Tapi apa hak kau nak buat orang macam tu.

Kau pon aku tengok tak lar berapa bagus sampai nak kutuk2 orang lain.










Then aku tengok sekarang kalau nak cakap tu,

Main sedap sembur je ek?

Tak pernah nak fikir orang lain terasa dengan sepatah dua patah kau tu?

tu baru sepatah dua, belum yang panjang lebar lagi..

haihhh.. Kadang2 aku boleh sabar.

Kadang2 aku tak boleh sabar tapi aku still lagi macam kau kenal.

Diam seribu bahasa.

Tapi tak bermakna diam tu aku buat derk je.

Kau kena faham semua tu..

TAPI bila aku dah tak sabar, nanti lagi teruk dari sound macam ni.

Direct je terus..








Kau jangan fikir semua orang boleh suka kau,

Kau jangan fikir semua orang boleh terima cara kau,

dan kau jangan fikir orang boleh terus bersabar dgn tindakan kau.










Aku taip panjang2 ni semua untuk kau perlu yang perlu kau tahu aku masih lagi ambil kisah pasal kau. Aku taknak terus tengok kau dalam situasi yang salah. Aku tahu aku tak berapa bagus bila taip panjang2 yang agak sinis macam ni. Sekurang-kurangnya aku masih sedar yang kau dalam keadaan salah, dan aku masih ada untuk nasihatkan kau macam ni.







Entry ni memang untuk kau. Kau jangan toleh kiri ke kanan ke. Memang kau. Please! you need to understand what I mean in this entry. The most important thing is what should you do.. I think now you are already enough to think and choose the best way.








Monday, May 16






Dear Friday, please come fast.


I can't wait anymore...
















status : coughing! not feeling well.. :(





Pulun habis wehh!

.. May ..


Bulan May ni je aku dah banyak habiskan duit gaji aku untuk beli semua yang aku nak. Hahahahaha! Ni semua atas hasutan hati yang membuak2. Penat kerja then beli baru nampak hasil titik peluh kerja kita selama ni. :P (mana ntah duit nak beli myV.. hihihi!)




3 hari tak hapdet blog rasa macam 3 bulan tak makan. HAHA! tipu je.. Hari rabu minggu lepas, boss ajak aku dengan officemate lain tengok wayang cite "Fast & Furious 5". Aku macam nak mengelak lar kan bukan sebab apa. Sebab aku kerja, so taknak lah cuti sangat bulan ni sebab nak cover duit nak jalan sakan bulan depan. Bulan ni pon dah berhabis sakan beli 2 macam jeans yang beratos ratos tu.




Boss marah aku tahu tak?? Dia kata cuti lar rehat asyik kerja je. Saya belanja lar. BELANJA? BELANJA? Pantangkan dengar perkataan belanja tu? Tapi tu tak dapat lagi nak memenangi hati yang kental ni.. hihi! yelar kalau kerja dapat duit. :P Alaa boss nanti kalau cuti tak dapat duit lar boss. Okay you cakap berapa. Hahahaha! Korang tengok effort boss aku nak ajak tengok wayang. Sanggup tu..




Bila je dengar macam tu, aku apa lagi on lar kan? kan? kan? Tiba je hari jumaat boss kata dia tak dapat join tengok wayang sebab dia ada hal. Dia bagi duit je untuk tengok wayang dengan makan. Duit aku? takda.. :( tipu lar boss ni. Tapi takpa lar dah bagi duit tengok wayang pon kira ok lar..




So hari jumaat tu kitorang tengok wayang bertiga. Aku Dayah dengan Surayah. Besstttt gila tengok cerita tu. Yang aku seram suara si Dom. Umaggg aihh! aku rasa kalau dia tengking aku, pengsan 3 hari kott. Bergegar jantung aku. Cerita dia best! 9/10. Okay nak komen2 ala ala juri Maharaja lawak. Ada banyak unsur2 kelakar. Banyak action saya suka so teroskan. HIHIHI!




Hari sabtu su ajak pergi tengok wayang tapi tak dapat join sebab penat dan takde duit sebenarnya.. Sorry a lott! Next time kita keluar ok.. :)




Okay lepas ni ada plan wayang lain pulak. Cerita "Nur Kasih The Movie". Yang ni aku excited gila nak tengok. Minggu depan hari rabu mungkin. Insyaallah! Yang penting kena bawak tisu. Yelar hati aku ni hati tisu kan? Anep pon ntah2 hati tisu jugak. eleyyhhhh!




Hari ni 16 May, merupakan hari guru. Setelah 4 tahun termasuk tahun ni tak dapat menyambut hari guru. Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari tadika hingga lar aku menghabiskan pengajian aku. Esspecially to my ayah, Happy Teacher's Day.. :) Senyum yah jangan tak senyum..... :P




Thursday, May 12

In stresss!





Terasa dunia luar begitu asing di jiwa. Terasa batu berat menghempap bahu. Berat! Tapi terpaksa juga dipikul dengan hati yang redha.Terasa diri di belai kepenatan bekerja. Penat! Tapi itu adalah keperluan. Mula merasakan kekesalan kecuaian dan kelalaian diri di masa lampau. *Hanya menangis di dalam hati...




Wahai zurin, jangan di kenang masa lalu. Menangis air mata darah sekali pun dah tak guna. Bukan boleh di putarkan balek masa. Sekarang pandang lah ke depan, cari lah kesenangan yang ingin di cari. Atau dengar lah kata2 ayah mu untuk menyambung pelajaran mu.. *Melepaskan keluhan..




Okayy! Entry tu saja2 je nak buat hot post! Takda apa pon yang di-stress-kan melainkan kerja yang memenatkan.. Baru je tadi melepaskan rindu pada si bf dengan ber-IM di facebook.



Conversation between me and him.


Aku : Hi love!

Si bf : Ni awek dia yg on9 lar. Awak sape?


Aku : Hahaha! yang rambut kinting2 tu ye..

Si bf : Eyhh yg awak nak nganjing ni apsal? Awak sape?


Aku : Hihi! Betol pulak ea? Kebetulan. Pandainya teka.. Saya? Saya saya lar. Tak nampak nama ke? :P

Si bf : Eh I warning u ea jgn kacau bf saya lagi.. Tak maluuuuu!!!

(kejap I kejap saya. memang tak pandai berlakon betol.)


Aku : Tunjuk jari tak? Hahahaha!

Si bf : Yerrr tunjuk jari ni haaa. Middle fingerr.. seee???


Aku : Warning lar.. Apa dia? Bahabii.. Middle finger ea?

Si bf : Yerr so what?


Aku : Mati me kau ar... hahahaha!



Lepas dia offline sebab ada kerja.. okay sekarang dah pukul 12:31 so time to lunchhhh..




Laparrrrr!


okay bubye..


see you soon.....


Tuesday, May 10

Yes, I miss you.









Okay, pagi tadi aku breakfast.

Nasi goreng air tangan Kak Uji..

:)

Sedappppp!!




*untuk siapa yang tak pernah kenal aku, aku sangat lah tak suka breakfast, tapi tak tahu kenapa pagi tadi hati aku terbukak untuk breakfast. Hehehe!






Sampai office je tadi, abang storekeeper belikan nasi lemak untuk aku dayah and suraya..

Heaven tahu kalau hari2 orang belikan breakfast..

Bang, next time lunch pon belikan jugak lah. Ea? Hehe!






Hari sabtu lepas, my bestie call. Ahaaa! Rinduuu.. Macam2 aku cerita luar dalam kain aku cerita. Yelar Almost a year we are haven't meet. Lepas je konvokesyen tu. Masing2 dah kerja kan? So bila masa nak call msg2 bagai kan? Lain lar dulu time cuti sem. Kalau teringat kat dia je teros aku meseg dia "Hoii jom lar meseg2 ngan aku." takpon "woi bangun, jangan nak tidur je kau!"







Kitorang suka gaduh acah2. Tapi bila time gaduh yang real punya, aku buat macam gaduh acah2 jugak. At the end tak jadi gaduh.. Ahahaha! Dalam nak baik tu maki sambil gelak. Contohnya aku cakap "Haha kau bodoh aku dah cakap tapi kau taknak dengar cakap aku!" Dia pon maki aku balik "Haha kau lagi bodoh taknak paksa aku!" Tapi nak ending sem 6 dulu, kitorang mungkin ada masalah salah faham. So its take a long time to reconcile. Biasa lar kalau dah nama pon bff kan? Aku sayang kau! Kau sayang aku.. Kalau kau taknak baik jugak, aku tumbuk muka kau.. Ahaha! Ni kalau dia baca confirm kena terajang bila jumpa nanti. :P







Kalau dulu, nak keluar mesti dengan si gemok ni. HAHA! yelar memang dia jelar takde orang lain sebab dengan dia je aku kawan. Means bukan lar tak kawan dengan orang lain. Tapi dengan orang lain tu kalau bab nak berjalan ke berborak ke melepak ke tak masuk sangat dengan kepala aku. Nanti aku jadi keras. Sekarang pulak, keluar dengan bf sendiri. You, I nak pergi sana. jom ikot! Ahaha! Ajak secara paksa. :P







Teringat kisah kami dulu, pahit manis masam masin kelat. Kitorang sentiasa bersama. Baru nampak macam sweet kan? Kitorang tak pernah cakap belakang. Cakap mesti depan2. Kutuk kaw2. Prinsip kitorang, Kau tak suka tu kau punya pasal yang penting aku nak bagi tau. Nampak macam kejam kan? Tapi tu lar, aku suka cara macam tu. Kita akan tahu apa yang kawan tu tak puas hati dengan kita. Hasilnya hati kitorang dah stick for together. Always miss each other. HAHAHA!






Setelah puas aku menyelak2 folder dalam hard disk. Aku jumpa gambar kitorang ni. :)














Thursday, May 5

Dia datang tanpa di suruh.



Quick update :



Aku di office ni.


Bosan!


Pagi sakit perut tak boleh 'erk erk'


tapi sempat beli eye shadow 2 ketul & foundation dekat STAGE. (padahal duit tengah kering ni)


Lepas beli teros perut stuck pergi makan dekat Chicken Rice Shop. (rm6.90)








Sekarang ni rasa sakit perut tu dah naek dekat kepala..


Headache pulak!


Sigh! -..-"




Tuesday, May 3

Sumpah lawak!













Currently aku memang naik gila tengok diorang ni (even di utube sahaja)..



Superb lar wehh!



Yang ni aku memang tak boleh blaahh..


Memang sampai menangis lar aku gelak..


Yang part si syuib nyanyi tu..


kenapa abang? Kenapa abang?


Bersabar abang?


Mak aihhh mintak pelempang je cara dia nyanyi..


:DDD.



Bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali terjad.. diiiii...

(tune dia tak boleh blahhhhh doe!)



By the way GOOD LUCK SEPAH!!!


you make me laugh out loud!



Perit untuk ditelan.










currently at office.






bosan!












Actually hari ni antara busy dengan tidak. Dalam nada lain tak busy sebenarnya tapi aku saja cari kerja untuk busy kan diri. Sebab kalau dok melepak je kat office sangat bosannnn okay!












Dah banyak benda aku buat kat office sementara nak tunggu pukul 5.30 urghhh! Lama lagi kot nak tunggu. *tengok jam lagi 3 jam.. Shit!












Dalam banyak2 benda aku buat hari ni photostat scan lepas tu photostat scan balek. Dah takde kerja lain kot boss ni nak bagi. Puiih! HAHA! Lepas semua kerja tu siap aku apa lagi kan duduk depan pc ni online youtube tengok maharaja lawak minggu 5..












Aku takde lar tengok semuanya. Aku just tengok yang aku rasa aku minat. Contoh nya JOZAN, NABIL, SEPAH. Aku rasa dorang memang terbaek lar! Superb lar wehhh! Boleh kena sakit jantung yang melampau akibat tahan gelak. Aku rasa kalau aku ada kawan2 rupa dorang memang cepat lar aku akan diserang penyakit jantung.. HIHIHI!












Okay berbalik pada tajuk asal. Hari tu aku keluar dengan anep temankan dia sebab dia nak buat treatment muka. Konon nak nampak "hensemm". Cewahhh! Nampak gayanya aku akan ada banyak saingan selepas ini. Muahaha! Banyak ler banyak saingan. Aku takkan biarkan! Never and ever! HAHA!












Dalam kereta. Memula sekali dia tanya aku, "you tau tak pian dengan nana dah break?". Aku pon macam relax je lar kan tak terkejot sangat sebab dah biasa dah dengar. Aku cuma membalas, "Ouh, ala dah biasa lar dengan isu tu."









Anep gelak je, "I pon cakap macam apa yang you cakap tu kat pian. Tapi pian kata ni real2 punya. ahaa! You nak tau pasal apa?"















Aku ni yang menjadi pendengar yang setia mendengar lar semua cerita anep dari A to Z. (?!) Ada rasa kesian dekat Pian sebab terlalu percaya dan bagi semua kemudahan pada gf dia. And gf dia tak pernah rasa susah dan teros berlaku curang. Tapi kita nak buat macam mana, mungkin ada hikmah disebalik apa yang dah terjadi ni kan.












Cerita tu bukan berakhir macam tu je tahuuuu! Aku lar orang yang akan kena balek bila anep ada dengar cerita berkaitan curang2 ni. Cerita tu akan dikaitkan dengan luka lama yang anep pendam selama ni. Dan aku tau dia seorang Paranoid. Aku tak pernah rasa Paranoid dia sebagai satu bebanan dalam hidup aku. Okay aku tipu! Aku sangat2 terasa dengan apa dia alami. And some of the time aku rasa aku ni takde function dalam hidup dia bila dia sendiri mengaku dia langsung tak percayakan perempuan. Ouh sangat lar shit tahu rasa dia. Bagaikan hati aku ni tersiat2. Tapi aku yakin dengan hati aku. Hati aku kuat mengatakan aku milik dia dan dia juga milik aku. Selagi aku hidup aku akan terus berusaha memenangi hati dia.












Curang will never be part of my life...