wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Wednesday, May 15

Kisah disebalik PRU 13

Hmm camne nak start ek!?

Cerita dia bermula macam ni. Memandangkan aku adalah sangat jarang untuk balek kampung. (*kawan aku cakap aku ni macam dok obersi pastu nak balek kampung tapi tiket mahal) hahaha... Okay berbalik pada tadi, aku ni jarang balek kampung, balek pon atas request makpak aku. Kalau depa tak panggil cheq balek, memang tak lah cheq nak balek.


mama : kak, ni ada surat untuk ko.
aku : surat apa tu ma?
mama : surat mengundi.
aku : huh? surat mengundi? eh kakak belum daftar lagi la ma. belum layak lagi. (perasan muda jap)
mama : (dengan rasa tak bersalah) dulu mama yang daftarkan.
aku : eh eh sukati dia je.. haha.. haa surat tu nak apa?
mama : ko balek mengundi tau nanti..
aku : bila tu? (sambil pikir ada duit ke tak nanti haa? hmm hujung bulan kan.)
mama : 5 May nanti.. Balek lar awal nanti..
aku : okay..


Aku pon balek lah kampung hari jumaat 3 May haritu lepas kerja. Masa aku drive nak balek tu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku drive macam hanjenggg la sikit. Sorry tak nampak jalan, wiper pon mcm bunyi dia macam *tett tett*. 


So, sampailah aku kat rumah dalam pukul 10 lebih macam tu.. letih yang teramat sangat. Lapar pon lapar gak la.. Aku makan then tidur.


Skip hari sabtu.

Sesi makan malam bersama mama dan ayah di dapur dengan suasana yang hening.

mama : Kak, bila anep nak masuk meminang.
aku : Huh? (sambil mata membulat mulut ternganga)
mama : Korang kawan dah lama kan. Ni jehan (anak jiran sebelah) dah bersalin dah. Ko bila lagi.
aku : Ntah anep. (haha anep sila tersedak)
mama : Mama tak suka tau korang ke hulu ke hilir. Lagi satu, jangan kerap sangat pergi Melaka tu. Tak manis orang tengok nanti.
aku : (sambil senduk lauk buat muka seposen) Yer okay.


Tiba-tiba je ayah menyampuk.


ayah : Ayah taknak nanti korang buat yang bukan2 kena tangkap, ayah malu tau nanti. Malu tu satu hal. Sekarang ni ayah yang tanggung dosa kakak tau.
aku : hmm.. (buat muka macam bersalah)
ayah : pok pek pok pekkkkkkk.................
aku : (berangan jap interaksi dalam otak) Apa maksud dorang ni. Dorang nak aku kahwin cepat ke? Eh tibatiba seram pulak pikir pasal kahwin. Dah ready ke aku ni? Masak tak pandai lagi. Pandai ke aku layan suami aku nanti... uisshhh! seram lahh.. Tibatiba terdengar cakap anep tu tak pernah pon jumpa ayah. Serious ke dia dengan ko? aku jawab hmm sebab tengah berangan ni. sambung balek berangan cukup ke duit nak kahwin nanti? Lepas kahwin nak duduk mana? 
aku : (sambil ayah aku potpet pasal aku pasal kahwin aku menyelit) yer la yah, nanti kakak suruh dia datang sini. Dia tak ready lagi tu.


Perbualan berakhir di situ.


Malam tu aku tidow tak lena. Dalam tidow aku terpikir macam2 perkara. Macamne la situasi dah kahwin nanti ek? Kenapa orang kata kahwin tu berat la. Banyak dugaan la. Astagfirullah mintak2 di jauhkan dugaan tak tertampung tu. Tapi dalam masa yang aku pon gatal jugak nak terpikir nak bagi hantaran apa. Berapa dulang. Pelamin warna apa. Tema apa. Kihkih... Then aku terpikir macamne aku nak cerita kat anep ni. Takut anep macam cakap belum ready lagi la nak pikir pasal ni.. haaa tak ke malu..


Di akhir cerita ni, nak jugak la selitkan gambar.. hihi..

mek memang suka yang ada blink blink ni buat masa dan ketika ini. hihi :)


Okay dah boleh mengarut. :)

Okay!

Selesai sudah kerja ku yang sudah berminggu-minggu tertangguh (ehem, iaitu secara sengaja dan juga tak disengajakan. maaf!)


Setiap pagi aku akan mengalami masalah iaitu mengelamun depan pc dalam jangka masa yg agak lama. kira-kira sejam macam tu la. Akibat pc aku meragam. 


Sila lihat gambar yang tertera di bawah untuk lebih lanjut.


Setiap kali aku nak buka je pc ni, tekan start dekat cpu. Then tunggu lama dia loading. 



Loading...........................................................



Pastu key-in password.


Pastu tunggu sambil ditemani bunyi cpu aku mengerang. ngeenggggggggggg! haa lebih kurang macam tu la bunyi dia. (macam terseksa pulak aku dengar.)


Pastu tubtub monitor aku gambar dia macam kat bawah ni. So, aku ulang lah prosedur ni agak agak dalam 10 kali. Kalau bernasib baik dia akan muncul la icon2 excel ke folder ke. Kalau tak, cuba lah lagi sampai dapat nasib baik tu.. sadisss!!




(garangnya lah ikan jaws pelihara aku ni, tapi lagi garang muka aku kalau tiap2 pagi tak dapat buka pc nihhh)


P/S : Boss please dengar rintihan pekerja awak ini. Dia tersangatlah memerlukan cpu baru. Untuk mendapatkan productivity kerja yang lebih mantap dan juga terbaik, sila lah tukar cpu ini dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Entry pertama dalam tahun 2013

Assalamualaikum semua!

Ni merupakan entry pertama aku dalam tahun 2013 ni. Macam dah lapuk pulak blog ni setelah sekian lamanya aku biarkan tegendala. Membesar dengan sendiri nya. Tapi takpe la akan ku belai2 blog ni. 

Tengok la entry sebelum ni pon dah sama tajuk dengan entry sekarang ni, nampak kan betapa busy nya aku mengalahkan semua menteri2 dalam Malaysia ni. 


Sebenarnya hari ni banyak kerja lagi. Tapi takpe lepas settle semua kerja ni, akan ku update la apa2 yang aku nak mengarut jap lagi.. 

okay byee.. see you soon! :)