wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Wednesday, May 15

Okay dah boleh mengarut. :)

Okay!

Selesai sudah kerja ku yang sudah berminggu-minggu tertangguh (ehem, iaitu secara sengaja dan juga tak disengajakan. maaf!)


Setiap pagi aku akan mengalami masalah iaitu mengelamun depan pc dalam jangka masa yg agak lama. kira-kira sejam macam tu la. Akibat pc aku meragam. 


Sila lihat gambar yang tertera di bawah untuk lebih lanjut.


Setiap kali aku nak buka je pc ni, tekan start dekat cpu. Then tunggu lama dia loading. 



Loading...........................................................



Pastu key-in password.


Pastu tunggu sambil ditemani bunyi cpu aku mengerang. ngeenggggggggggg! haa lebih kurang macam tu la bunyi dia. (macam terseksa pulak aku dengar.)


Pastu tubtub monitor aku gambar dia macam kat bawah ni. So, aku ulang lah prosedur ni agak agak dalam 10 kali. Kalau bernasib baik dia akan muncul la icon2 excel ke folder ke. Kalau tak, cuba lah lagi sampai dapat nasib baik tu.. sadisss!!




(garangnya lah ikan jaws pelihara aku ni, tapi lagi garang muka aku kalau tiap2 pagi tak dapat buka pc nihhh)


P/S : Boss please dengar rintihan pekerja awak ini. Dia tersangatlah memerlukan cpu baru. Untuk mendapatkan productivity kerja yang lebih mantap dan juga terbaik, sila lah tukar cpu ini dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment