wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Friday, October 28

Antara fakta yg betul agaknya.


Hari ni saja je cerita pasal fakta yang kemungkinan peratusan nya agak tinggi adalah betol. Mari lar sama-sama kita baca dan hayati.



Jangan gelak. Kalau korang baca ni gelak bermakna apa yang aku post ni betol lar agak.. hehe..


Jom kita share 15 fakta ni (sebelum dan selepas kahwin) :

1. ANGKAT BEG

Sebelum kahwin - Come sayang, let me carry your bags. Kesian you!

Selepas kahwin - Tu beg u kan? Angkat ler sendiri. Beg sendiri pon malas. Lain kali jangan bawak beg.


2. JATUH SEBAB TERSUNGKUR BATU

Sebelum kahwin - Sayang intan payung, you ok tak? Ish! Siapa lar yang bodoh sgt letak batu ni kat tengah jalan.

Selepas kahwin - Jalan betul2 ler. Buta ke? Mata tu letak kat mana? Lutut ea?


3. PAKAI SEXY

Sebelum kahwin - Lawanya you ni!! Turn on I. Rasa nak gigit2 je you sekarang.. aumm!

Selepas kahwin - Ni apa pakai baju macam ni? Nampak tetek terjojol. Babat berlipat haa..! Tak malu ea?


4. MANJA DI PUBLIC

Sebelum kahwin - Manjanya sayang I ni! Meh cium sikit.. Lembutnya pipi you.. :)

Selepas kahwin - Oi! Orang tengok lar! Tunggu kat rumah nanti boleh tak? Malu ler orang tengok2.


5. KEMPUNAN

Sebelum kahwin - You nak makan burger Mcd? Ok! Nanti I belanja you makan ea..

Selepas kahwin - Burger semua sama lar! Makan je! Jangan jadi cerewet boleh tak? ish!


6. KECANTIKAN

Sebelum kahwin - Cantik nya you hari ni. Eye shadow you pon soft je.. Berseri-seri muka you hari ni..

Selepas kahwin - Ni apa ni muka macam tepung gomak? Opera cina pon tak macam ni lerr! Setiap bulan asyik beli make up je..


7. KEKAYAAN

Sebelum kahwin - You takde duit pon takpe, I tetap sayangkan you apa. Kekayaan tak menjanjikan kebahagiaan.

Selepas kahwin - Tu lar! Dulu taknak belajar betol2. Sekarang baru nak menyesal. Duit rumah bulan ni macam mane?


8. SEX

Sebelum kahwin - Nanti dah kahwin, hari2 I nak main ngan you.

Selepas kahwin - Eh, I penat tau! Ingat I ni robot ke?


9. KESABARAN

Sebelum kahwin - Sudah lar sayang, jangan merajuk. Sorry ea sayang. Yer salah I. I mintak maaf ea sayang.

Selepas kahwin - Salah you. You nak suruh I cakap sorry plak. Banyak cantik muka you! Dah buat salah taknak mengaku plak. Tau nak merajuk je. Kau punya pasal lar! Tak kuasa aku!


10. MASAKAN

Sebelum kahwin - Sedapnya you masak! Mana you belajar ni.. (walaupon tak sedap)

Selepas kahwin - Eh! You ni tau masak ke tak? Ni nasi ke bubur? Lembik semacam je..


11. DUIT NO PROBLEM

Sebelum kahwin - Eh jom kita pergi makan kat Restoran XXX tu. Sekali sekala mahal takpe kan..

Selepas kahwin - Mak oi! Mahal nyeee!! Kalau macam ni Mee Goreng Pak Dollah lagi sedap! Murah pon murah.. Macam ni 50:50 bayar..


12. LOVE PERGI LOVE BALEK

Sebelum kahwin - Bye sayang! Love you.. Miss you lar sayang (padahal semalam baru jumpa)

Selepas kahwin - Ok bye! Kawan I ada lar.. bye lar! bye lar!


13. PENGORBANAN

Sebelum kahwin - Takpe sayang. Takde hal lar! Anything for you! I will fetch you later k..

Selepas kahwin - You.. I baru balek kerja ni.. penat lar! Apa salah nya you balek sendiri kan? Teksi ada kan. Bas pon banyak..


14. JUMPA LAMBAT

Sebelum kahwin - Takpe sayang. Janji you selamat sampai.

Selepas kahwin - Dah biasa dah!!!


15. BUANG ANGIN

Sebelum kahwin - You kentut ea?? Hehehe! Cute lar you ni.. *cubit-cubit*

Selepas kahwin - Asal boleh je lar dia ni! Kentot merata-rata.. ish! *pukul-pukul badan*




hihihihi renung2 kan. selamat beramal... :P



Tuesday, October 25

Hati aku sakit!



Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!

Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi! Macam babi!


MACAM BABiiiiiiii!!!!



Hati aku sakit sangat ni! Pergi mati larrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... Aku tension sangat niii!! Tak pernah nya hati ni nak aman. Ada je benda yang nak menyakitkan hati aku! Hari2 kalau macam ni, boleh kena tekanan perasaan lar.



Friday, October 7

Persediaan?



Bersedia kah aku? Ouh serious lah tidak dari segi mental dan juga fizikal. Ouh bagai nak tercabut jantung dari jasad aku ni bila fikir banyak kali tentang masalah aku yang kena transfer ke KL tuuu.. Korang tau tak hati aku dah melekat bagai di patri kat melaka ni. Well, its really hard for me to leave here (melaka).



Now is October then next month is NOVEMBER!! Huhuhu! How about my second anniversary. Anniversary tu pulak hari selasa. Memang tak boleh lar kan nak mintak cuti. Dah takde lah celebrate lagi macam dulu tu. Mungkin yang akan datang aku akan kenangkan memori lama je lar kan? pheww! Seksa jiwa raga ni..




I'm in stresss! stresss! Aku Stressss ni nyah oiii....!




Sejak kebelakangan ni aku banyak mengalami stress di mana aku pon tak pasti aku stress pasal apa. Kadang tu benda kecik pon aku boleh nak maki2 marah2. Campak barang tu dah jadi macam kebiasaan pulak yang dulu nya aku ni seorang yang sangat ler sopan *ok dah boleh muntah hijau. Contohnya macam handphone tu, aku balingkan aje bila aku tengah marah. Contoh kedua, jam tangan aku. Aku nak pakai then pengetip dia degil taknak ketip2. Laju je aku maki dia bodoh! sial! Maka tercampak lar jam tu jatuh terseret bawah sofa. Tapi last2 kutip balek demi mengenangkan kasih dan sayang yang tertumpah kat jam tangan aku yang tercinta tu..




Adakah aku sekarang ni mengalami tekanan perasaan? Atau otak aku dah terlalu full dan tak mampu lagi menampung segala beban yang aku fikir dari yang kecil masalah ke sebesar2 masalah. Adakah aku dah sepatotnya disarankan untuk pergi berjumpa dengan kaunselor.




Mungkin aku ni seorang yang terlalu banyak berfikir sampai melepasi kotak seseorang berfikir. Kadang uh tidow pon aku boleh fikir macam2. Kadang sampai aku rasa nak nangis bila tidow aku tak selena orang lain. Bila bangun pagi aku rasa penat sangat macam orang tak tidow. Shit sungguh wehh rasa dia. Terseksa jiwa raga wehh... Rasa macam nak turn Off je otak pergi charge lepas tu sok turn on boleh lar rasa macam fresh sikit kan? boleh ke macam tu? macam nonsense pon ada gak tu?




Mungkin aku perlu berhenti kat sini sebelum aku merapu yang bukan2 yang aneh2 lagi.. bye!




Thursday, October 6

How to say..




Kelmarin dapat berita. Berita yang mengejutkan dan sangat2 ler terkejut. Its make me feel sadddd.. So sad.. I need to transfer to Kl office. Berat hati ni wehhhh...! Boss kata preparation untuk berkemas ni sampai 15 Oct ni, tinggal berapa hari je lagi weehh.. huhuhu.. Kalau aku ada penyakit athma. Confirm aku dah masuk ward amek oxygen 2 malam. Kalau aku ada penyakit jantung confirm dah jalan dah.. Mengejut sangat berita ni..




Complicated sangat nihhhh!! Aku dengan tak ready apa2.. hati lagi lar kan. Memang tak lah aku nak tinggalkan melaka ni. As you all already know kenapa aku datang sini. Kenapa aku tabahkan hati aku tinggal kat sini... Ni semua sebab anep. Hurrrggghh!! Berat nya macam tangan aku kena gari kat sini. Tapi boss tarik jantung aku pergi KL.. Bukan tarik lagi dah. RENTAP terosss!!




Lepas ni.. Just boleh meseg2 dengan 3G jelar. Kalau laptop ok pastu ada wifi ke boleh ler webcam. Nak keluar macam selalu tu memang tak lar.. Nasib badan kan? :(




Dah lar kalau nak merungut ke menangis air mata darah sekali pon. Tetap kena pergi sana. Tetap kena tinggalkan melaka ni. Sekarang baru boleh cakap GOOD BYE MELAKA...!!



Hari ni 6 Oct.. Esok 7 Oct.. Birthday budak kecik tu. Happy Becoming Birthday!! Aku tau ni terlalu awal untuk wish kat dia.. Tapi takpe lah at least aku wish jugak kira aku ingat lar jugak kan. Sekarang kita dah bersama lagi. Sekarang kita dah tak macam dulu. Kita dengan jalan masing2. Aku harap dia pilih jalan dia yang terbaik. Aku harap dia dah matang untuk pilih jalan dia sendiri sematang umur dia sekarang.. Aku just doakan yang terbaik untuk dia, kebahagiaan dia. aminnnnnn!!


HAPPY BIRTHDAY!
Semoga bahagia di samping keluarga dan juga kawan2..


TO
FARADILA

FROM
ZURIN ZUHIR

this is sincere come from deep in heart..



sekian....


Ada masa aku blogging lagi. Sekarang ni mood nak blogging pon dah tahap kritikal.. byeee....

Tuesday, August 23

Agak menarik.




Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terikat di mata kailmu, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh bisa dari ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.



Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya dia mengingat.



Jika kamu menadah air birlah berpada,
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menggangap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila ia sudah retak.
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula,
Akhirnya ia di buang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.



Begitu jugalah sekiranya kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia hanya manusia biasa,
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.



Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
yang pasti baik untuk diri kamu,
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu mengimpikan makanan yang lazat.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh lagi memakannya.
Akhirnya kamu menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan,
yang membawa kebaikan kepada dirimu,
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba meembandingkannya dengan orang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya ; apabila dia menjadi milik orang lain.
Akhirnya kamu menyesal.



* fikir fikirkan, selamat beramal.. :)


Monday, August 15

Tak sabar rasanya.





Nak tempah tiket dari sekarang boleh? haha!


Friday, July 22

Sorry seem to be the hardest word..




Aku hari ni nak cerita pasal balek kampung for Celebrating Raya Aidilfitri... Yeayyy! Raya is coming. Aku balek kampung raya ni bukan nak sambut raya sangat tapi aku memang hamak sangat nak balek raya ni sebab aku nak rehat sepenuh hati aku kat kampung nanti. Aku nak lampiaskan rasa rindu aku kat mama and ayah.



Cuba korang bayangkan seorang anak dara jauh di perantauan (iaitu jauh dari pandangan mak pak diorang). Sangat hiba ye kawan2.. Lagi hiba bila time nak buka puasa tu. Dulu masa kecik2, aku orang first yang pandang makanan tak pun aku orang first yang pegang sudu. Azan je terus masukkan dalam pinggan. Pantas kan? Sekarang ni aku tak dapat lagi rasa macam tu. Aku just tengok family dok melayan anak2 dorang kat food court. Dok happy2 melayan buka puasa dorang tu..



Mama : Kakak, dah siap meja makan? Dah masukkan lauk kat mangkuk.. Pinggan dah siap? Air dah buat?

Aku : Dah settle. (mak aku tak tahu yang aku dah hadap amek bau lauk tu, kalau tak, confirm kena!)

Adek : Kak! Adek nak yang peha tu tau.

Bangchik : Juin tepi lar sikit. Apa buruk perangai macam tu.

Banglong : Aku cop yang 'tu'.. Siapa amek aku sekeh!

Aku : Sorry yer! Aku yang tolong mama masak. So, aku boleh pilih yang mana aku suka. :)



Korang bayangkan kalau dalam sebulan tu hari2 kitorang buat perangai macam tu.. Aku rindu saat2 bersama dulu tu. Rindu saat berebut lauk paling sedap. Rindu saat tengok adek menangis kena marah sebab bergaduh tak dapat lauk yang 'tu' (bukan lauk dah habis, tapi nak yang 'tu' jugak). Paling aku suka kenakan adek aku macam tu.



Aku masih lagi menghitung hari ni nak balek raya ni.. Ada 12 hari lagi. Pejam celik pejam celik 12 hari. Jangan pejam celik pejam celik pejam dan teros pejam.. hihihi..



Hari raya mesti salam2 mak ayah. Mintak maaf bagai. Yang ni aku pening sikit. Aku dah 3 ke 4 tahun ntah aku pon tak hingat sangat, aku tak salam ayah cakap sorry, ampun. Bukan aku taknak. Aku nak sangat! Tapi aku takde kekuatan lagi. Aku takot nanti time tu aku hiba sangat2.. Jantung aku time tu mesti bergetar2 bagai nak rak macam nak pegi interview sejuk kaki tangan. hahaha! Demmm takkan nak practice kat sini, ikot step.



Aku pernah rasa nak salam ayah, bila tengok banglong bangchik salam bagai. Aku lari. Sebelum turn aku, sebelum jugak ayah nampak aku. Aku buat lar rajin time tu. Konon basuh pinggan lar. Kemas meja lar, lap tingkap lar sampai semua kata ok jom amek gambar. Ok time tu aku seronok! Kalau time tu aku ngah lap meja, aku akan TINGGALKAN dia sementara waktu atau biarkan jeeee... :D



Ok sekarang aku tengah dengar lagu Nera AF9 - Hatiku milikmu
Sebak hati aku nak balek raya makin bertambah.
Walaupun lagu ni bukan lagu raya.



Akhir kata untuk entry ni hari ni.

Kepada ayah, mama, banglong, bangcik, adek, myn, anep, saudara tercinta, cikgu2 lecturer2, kawan2 rapat (tak kira lar kawan time sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, poly, time praktikal, kawan time kerja airofluid, kawan dekat jusco) musuh2 yang secara sengaja dan juga yang tak sengaja serta sesiapa saje :

Saya zurin binti mohd zuhir, mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri. Mohon maaf sekiranya pernah tersinggung atas segala kekasaran atau pernah tersinggung dengan kata2 yang tajam atau tinggah laku saya yang jelik. Sesungguhnya kebaikan itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kejahatan itu datangnya dari saya sendiri (ayat agak tak tahan sikit).



* Tak sabarnya nak main bunga api. Tak suka mercun!

Tuesday, June 21

new hair.




Rasa macam malumalu je nak tunjuk..








Ni lar rambut baru aku. Tak jadi nak buat macam Scha Alyahya lar. Tapi ada yang kureng sikit rambut ni. Esok petang nak pergi betul kan.. :) By the way aku suka rambut ni. Tapi agak malang susah nak jaga sebab suka sangat dia melentik..




titik noktah atau titik permulaan?





Hari ni aku takde ler nak intro hello hello bagai. Memang tak lar kan? Sakit hati punya pasal semua orang aku makikan hari ni. Sial betol! Hari ni je kau dah buat mood aku hilang lar sial. Sakit hati wehh tapi takpe aku tak lar gelabah kan. Nak tunjuk good2 bagai.












Hari ni aku dapat tahu kau block aku kat facebook. Fyi ini bukan kali pertama tau kau block aku. Mula mula dulu aku ada lar gelabah sikit bila aku search nama kau tak keluar pon. Tapi hari ni aku search je nama kau tak keluar teros je aku cakap shit! Fuck lar. Bajet! Hari ni kau buat aku. Aku tak kesah lar.. Eh apa pulak tak kesah. Kesah ler gila.. Okay kau nak tahu kan aku kesah ke tak. Ni cara aku amek kesah dengan cara kau tu.. "fullstop!"












Kau dah block aku kan? Kira dah okay dah tu jangan nak ubah2 lagi dah.. Dah hensem sangat dah tu. Aku pon tak hingin lar nak kawan dengan orang yang tak berapa nak kawan dengan aku ni. Yelar orang hot. Mana nak kawan dengan aku yang suam2 je. Okay cukup sekali je aku cakap ni. "The end of us."














Aku tak sekeji tu senang2 nak buang kau dalam hati aku. Banyak kali dah aku fikir nak buat keputusan ni. Ini ker yang kau nak sangat huhh? Ini ker? Tapi ni permintaan kau kan? Kau pon pernah mention yang kau tak kesah kalau aku buang kau kan? Hari ni aku tunaikan.











Apa maksud kau block aku?



Apa yang dalam kepala otak kau tu bila aku dah slow dengan kau?



Apa kau fikir aku ni nak terhegeh-hegeh bila orang dah tak suka?



Apa kau fikir kau ni bagus?



Apa kau nak aku yang buat keputusan?



Apa kau ingat aku ni baik hati nak tarik balik apa aku dah cakap?



Last, Apa kau ingat aku heran dengan kau?











Hati aku dah agak sejuk.. Okay dah, lepas ni jangan nak ambik kesah lagi tentang kita. Untuk tak menambahkan lagi dosa aku dengan mengeluarkan kata kesat yang agak kurang sedap didengar. Better kita berjauhan.










* sedap nya donut yang ada gula tuuu...
** makan nasi lemak bungkus daun pisang...
*** minum pulak air teh O. Teh susu pon ok jugak...






Friday, June 10

Apa kata hati.








Hi everybody!

Do you really miss me?

no?

Okay lar no wonder..

:)









Dua minggu dah aku kat Kolompo yang tak berapa sesuai dengan hati aku ni. Baru hari ni aku dapat lar membebel2 kat blog ni.











First of all, aku nak bagi tau hari ni hari jumaat. Dan aku happyyyy gila nak mati. Untuk sekian lama nya nak tunggu hari ni. Finally, yess I'm going back to Melaka. And hang out with my boo.. Dah dua minggu kot tak manja2 jalan2 ngan dia. Hahaha! okay.. Nampak sangat aku tipu.. Tak! Tak! Aku tak tipu sangat tapi tipu sunat je.. :P Hari tu just keluar teman dia pergi main futsal je. So takde lar manja sangat kan..hmmmmm..........











Rasa tak sabar pulak nak tunggu 5.30 ni.. Balek ni nak teros siap2.. Malam ni macam2 tempat nak singgah.. :D











Okay sebenarnya macam2 benda nak cakap kat blog ni. Tapi bila nak taip je idea aku pappp hilang. Ni yang paling aku benci sekali, aku dah excited gila nak taip tapi bila tangan kat keyboard ni teros blurr macam nothing to say.. Benci kan? Rasa macam nak jerit macam ni, "apa aku nak cakap ni setannnnnn!!"











Anyway thanks to Danisha Suraya Malek sebab menawarkan diri untuk teman aku pergi tengok anep maen futsal haritu. Sambil tengok sambil lah kitorang gosip2.. Biasa lah kami kan, Gossip Girl! hehehehe! Discuss punya discuss, kitorang nak potong rambut macam Scha Alyahya sama2. Tapi dia dah buat dulu.. Nak kena budak ni.. Grrr! Aku nak 3G dia tak dapat sebab phone dia dah takde 3G. Sigh! Kena lah tunggu jumpa kat melaka nanti baru dapat tengok rambut baru dia.. hmmmmmm!!











Ni aku nak cakap pasal duit.. Erggghhhhh!!! Tensionnya lar aku pikir pasal duit. Apasal lah kan bulan ni nafsu aku nak membeli barang tu tinggi.. Apasal huhh? Ushar punya ushar cakap dalam hati. Okay nanti dapat gaji nak beli.. Kalau boleh lah aku listkan apa aku nak beli dalam kertas, hahh! ambek kau 2 3 helai panjangnya.. Gaji pulak kalau 20ribu ke okay gak lar kan? hmmm...............











Cerita pasal rambut Scha kan.. Aku nak rebonding rambut lar.. Hihi nak buat sebijik macam dia. Hahaha! Korang mesti gelak sakan kan sambil cakap muka kau mana sama macam scha.. Biar lar muka tak sama pon. Janji rambut sama kira OK lar kan? hihihihi.. *Nada macam nak perasan sila korang muntah darah secara berjemaah. hihihi!











Aku tak tahu hati aku ni kadang2 macam lar ragam dia. Semua orang tak boleh aku nampak silap sikit. Aku mesti nak meradang. Tapi takde lar aku sound direct kat orang tu "kau apa hal?" Aku just meradang dalam hati lar. Apa yang aku boleh buat membebel lar dalam hati. Kesian kat hati ni.. Sabar sabar..











Kepada seseorang yang dah menyakitkan hati aku sebelum ni. Aku tahu kau ras bersalah kenapa aku senyap je then dah tak banyak gurau2 sengal kan.. Mungkin bila si dia baca entry ni sila jangan salah faham atas apa yang berlaku perubahan kat diri aku ni... You are already know me very well right? So you just give me some of the time to reconcile. Yes I admit, that not easy to cooling down on some of your action. On what I already listen from somebody, I feel like vexed when many people condemn and criticise you. I have already advise you but you never want to listen. Okay lah lepas ni kalau ada orang duduk mengutuk ke mengata ke kan. Aku just lepak dengar je lar kan, malas dah nak panjang lebar penat2 berbuih2 mulut ni nak membebel... Aku ni pon bukan suka sangat nak membebel ni. Macam orang selalu cakap, "Dah besar panjang kan? Dah boleh pikir kan?"











Apa korang rasa bila korang dah excited kan dari semalam pikir nak balek. Bukan semalam lagi dari mula datang lagi dah pikir nak balek. Pagi tadi pon dah cakap kat boss suruh hantar driver ambik aku kat sini 5.30 je aku teros keluar officce. Then petang ni dapat call dari Pak Senin dia tak dapat nak ambik aku. Sekarang pon dah pukul 4.30. So hati aku dah rasa macam nak meletop letop.. Like a SHIT!








Wednesday, May 25

Selamat tinggal melaka :(








Phone ringing...





Me : Hello, Airofluid.. :)

Mr.S : Hello zurin, Shankar here..

Me : Alamak! Si gelap ni nak apa lagi ni. Yes Shankar.

Mr.S : Okay zurin, our company will do audit for fiinance next week. And I think you need to involve.

Me : Okay! so? -.-"

Mr.S : Mr. Kamarul want you to come here and preparing the document.


Me : Huh?

Mr.S : Yes. You need to come here as I have done the schedule for you.

Me : Schedule? *bisik dalam hati schedule apa pulak ni?

Mr.S : This thursday you come here and going back the evening. Same with friday. Then next week you come here on monday and friday you will going back. Repeat the same thing the next week until the the audit done.


Me : Huhh? Really? Are you sure need me to involve? *aku tak rela! aku tak rela!

Mr.S : Yess! *nada agak keras yer.

Me : Okay!!!!!! *tapi takde lar aku jerit cuma rengusan yang agak kuat lar.

Mr.S : And one thing zurin. Please tell Leong to call me back ok.

Me : Ok bye kelingggg.. (dalam hati je)






Huhhuuhuu.. Agak lama yer untuk aku berhijrah ke KL. walleehell lar. Adoy! Serious aku mesti takde kawan nanti kat sana. Huhuhu! Mesti bosan gila kat sana. Kalau ada broadband boleh jugak lar aku hadap muka anep. Hmm.. Ouh Shittttt!!! Kenapa mesti aku? Kenapa? Aku tak suka wehh pergi KL even boleh claim makan sehari RM30.








Aku dah plan banyak benda dah wehh. Sebulan yang lepas aku plan ni semua. Nak balek kampung. Nak save duit bulan ni sebab nak jalan bulan depan. Nak bayar duit roadtax motor lagi. Nak bayar duit PTPTN lagi. Nak belanja adik makan lagi. Kalau dah aku outstation kat KL tu, everything aku kena pakai duit sendiri dulu pastu claim dia ntah bulan depan atau 2 bulan baru dapat. Dah tu bila dah outstation, part-time pon kena cuti gak lar. Duit tak jalan. Haihhhhhh -.-"






Sambil menyanyi lagu, " I want nobody nobody but you, money!"






* Kesian lar aku nanti 2 minggu lar tak jumpa anep. Sobs Sobs!

** Hahahaha! Aku saja je buat Kontorversi murahan dekat facebook.

*** Malam ni tengok Nur Kasih The Movie with my sweetie boo. Berkemungkinan besar ada pian jugak dan nana.. :)





Monday, May 23

Kau ingat kau terlalu bagus?





Sebenarnya aku sekarang agak busy.

busy dengan kerja yang agak melambak..

Biasa lar kalau company dah dapat duit.

Bila dah dapat duit, aku lar yang busy dok call sana sini.

Tapi aku meluangkan masa aku yang agak nyawa2 ikan ni.

Demi hati aku yang tak berapa nak puas.

Tak puas!!

Tak puas tahu?










Hari demi hari...

Hari bertukar hari..

Aku tengok cara kau makin lama makin agak melampau..

agak lar..

Atau mungkin aku je yang tiba2 rasa macam tu.

Takpe lets to think positip zurin..

need to more positip..










Tapi aku agak tak puas hati lar jugak kan..

Bila kau tak suka orang tu..

Kau kutuk dia kaw2..

Sebab kau tak suka kat dia.

Mungkin si dia agak hot berbanding dengan kau yang agak hot2 suam gitu..

Tapi apa hak kau nak buat orang macam tu.

Kau pon aku tengok tak lar berapa bagus sampai nak kutuk2 orang lain.










Then aku tengok sekarang kalau nak cakap tu,

Main sedap sembur je ek?

Tak pernah nak fikir orang lain terasa dengan sepatah dua patah kau tu?

tu baru sepatah dua, belum yang panjang lebar lagi..

haihhh.. Kadang2 aku boleh sabar.

Kadang2 aku tak boleh sabar tapi aku still lagi macam kau kenal.

Diam seribu bahasa.

Tapi tak bermakna diam tu aku buat derk je.

Kau kena faham semua tu..

TAPI bila aku dah tak sabar, nanti lagi teruk dari sound macam ni.

Direct je terus..








Kau jangan fikir semua orang boleh suka kau,

Kau jangan fikir semua orang boleh terima cara kau,

dan kau jangan fikir orang boleh terus bersabar dgn tindakan kau.










Aku taip panjang2 ni semua untuk kau perlu yang perlu kau tahu aku masih lagi ambil kisah pasal kau. Aku taknak terus tengok kau dalam situasi yang salah. Aku tahu aku tak berapa bagus bila taip panjang2 yang agak sinis macam ni. Sekurang-kurangnya aku masih sedar yang kau dalam keadaan salah, dan aku masih ada untuk nasihatkan kau macam ni.







Entry ni memang untuk kau. Kau jangan toleh kiri ke kanan ke. Memang kau. Please! you need to understand what I mean in this entry. The most important thing is what should you do.. I think now you are already enough to think and choose the best way.








Monday, May 16






Dear Friday, please come fast.


I can't wait anymore...
















status : coughing! not feeling well.. :(





Pulun habis wehh!

.. May ..


Bulan May ni je aku dah banyak habiskan duit gaji aku untuk beli semua yang aku nak. Hahahahaha! Ni semua atas hasutan hati yang membuak2. Penat kerja then beli baru nampak hasil titik peluh kerja kita selama ni. :P (mana ntah duit nak beli myV.. hihihi!)




3 hari tak hapdet blog rasa macam 3 bulan tak makan. HAHA! tipu je.. Hari rabu minggu lepas, boss ajak aku dengan officemate lain tengok wayang cite "Fast & Furious 5". Aku macam nak mengelak lar kan bukan sebab apa. Sebab aku kerja, so taknak lah cuti sangat bulan ni sebab nak cover duit nak jalan sakan bulan depan. Bulan ni pon dah berhabis sakan beli 2 macam jeans yang beratos ratos tu.




Boss marah aku tahu tak?? Dia kata cuti lar rehat asyik kerja je. Saya belanja lar. BELANJA? BELANJA? Pantangkan dengar perkataan belanja tu? Tapi tu tak dapat lagi nak memenangi hati yang kental ni.. hihi! yelar kalau kerja dapat duit. :P Alaa boss nanti kalau cuti tak dapat duit lar boss. Okay you cakap berapa. Hahahaha! Korang tengok effort boss aku nak ajak tengok wayang. Sanggup tu..




Bila je dengar macam tu, aku apa lagi on lar kan? kan? kan? Tiba je hari jumaat boss kata dia tak dapat join tengok wayang sebab dia ada hal. Dia bagi duit je untuk tengok wayang dengan makan. Duit aku? takda.. :( tipu lar boss ni. Tapi takpa lar dah bagi duit tengok wayang pon kira ok lar..




So hari jumaat tu kitorang tengok wayang bertiga. Aku Dayah dengan Surayah. Besstttt gila tengok cerita tu. Yang aku seram suara si Dom. Umaggg aihh! aku rasa kalau dia tengking aku, pengsan 3 hari kott. Bergegar jantung aku. Cerita dia best! 9/10. Okay nak komen2 ala ala juri Maharaja lawak. Ada banyak unsur2 kelakar. Banyak action saya suka so teroskan. HIHIHI!




Hari sabtu su ajak pergi tengok wayang tapi tak dapat join sebab penat dan takde duit sebenarnya.. Sorry a lott! Next time kita keluar ok.. :)




Okay lepas ni ada plan wayang lain pulak. Cerita "Nur Kasih The Movie". Yang ni aku excited gila nak tengok. Minggu depan hari rabu mungkin. Insyaallah! Yang penting kena bawak tisu. Yelar hati aku ni hati tisu kan? Anep pon ntah2 hati tisu jugak. eleyyhhhh!




Hari ni 16 May, merupakan hari guru. Setelah 4 tahun termasuk tahun ni tak dapat menyambut hari guru. Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari tadika hingga lar aku menghabiskan pengajian aku. Esspecially to my ayah, Happy Teacher's Day.. :) Senyum yah jangan tak senyum..... :P




Thursday, May 12

In stresss!





Terasa dunia luar begitu asing di jiwa. Terasa batu berat menghempap bahu. Berat! Tapi terpaksa juga dipikul dengan hati yang redha.Terasa diri di belai kepenatan bekerja. Penat! Tapi itu adalah keperluan. Mula merasakan kekesalan kecuaian dan kelalaian diri di masa lampau. *Hanya menangis di dalam hati...




Wahai zurin, jangan di kenang masa lalu. Menangis air mata darah sekali pun dah tak guna. Bukan boleh di putarkan balek masa. Sekarang pandang lah ke depan, cari lah kesenangan yang ingin di cari. Atau dengar lah kata2 ayah mu untuk menyambung pelajaran mu.. *Melepaskan keluhan..




Okayy! Entry tu saja2 je nak buat hot post! Takda apa pon yang di-stress-kan melainkan kerja yang memenatkan.. Baru je tadi melepaskan rindu pada si bf dengan ber-IM di facebook.



Conversation between me and him.


Aku : Hi love!

Si bf : Ni awek dia yg on9 lar. Awak sape?


Aku : Hahaha! yang rambut kinting2 tu ye..

Si bf : Eyhh yg awak nak nganjing ni apsal? Awak sape?


Aku : Hihi! Betol pulak ea? Kebetulan. Pandainya teka.. Saya? Saya saya lar. Tak nampak nama ke? :P

Si bf : Eh I warning u ea jgn kacau bf saya lagi.. Tak maluuuuu!!!

(kejap I kejap saya. memang tak pandai berlakon betol.)


Aku : Tunjuk jari tak? Hahahaha!

Si bf : Yerrr tunjuk jari ni haaa. Middle fingerr.. seee???


Aku : Warning lar.. Apa dia? Bahabii.. Middle finger ea?

Si bf : Yerr so what?


Aku : Mati me kau ar... hahahaha!



Lepas dia offline sebab ada kerja.. okay sekarang dah pukul 12:31 so time to lunchhhh..




Laparrrrr!


okay bubye..


see you soon.....


Tuesday, May 10

Yes, I miss you.









Okay, pagi tadi aku breakfast.

Nasi goreng air tangan Kak Uji..

:)

Sedappppp!!




*untuk siapa yang tak pernah kenal aku, aku sangat lah tak suka breakfast, tapi tak tahu kenapa pagi tadi hati aku terbukak untuk breakfast. Hehehe!






Sampai office je tadi, abang storekeeper belikan nasi lemak untuk aku dayah and suraya..

Heaven tahu kalau hari2 orang belikan breakfast..

Bang, next time lunch pon belikan jugak lah. Ea? Hehe!






Hari sabtu lepas, my bestie call. Ahaaa! Rinduuu.. Macam2 aku cerita luar dalam kain aku cerita. Yelar Almost a year we are haven't meet. Lepas je konvokesyen tu. Masing2 dah kerja kan? So bila masa nak call msg2 bagai kan? Lain lar dulu time cuti sem. Kalau teringat kat dia je teros aku meseg dia "Hoii jom lar meseg2 ngan aku." takpon "woi bangun, jangan nak tidur je kau!"







Kitorang suka gaduh acah2. Tapi bila time gaduh yang real punya, aku buat macam gaduh acah2 jugak. At the end tak jadi gaduh.. Ahahaha! Dalam nak baik tu maki sambil gelak. Contohnya aku cakap "Haha kau bodoh aku dah cakap tapi kau taknak dengar cakap aku!" Dia pon maki aku balik "Haha kau lagi bodoh taknak paksa aku!" Tapi nak ending sem 6 dulu, kitorang mungkin ada masalah salah faham. So its take a long time to reconcile. Biasa lar kalau dah nama pon bff kan? Aku sayang kau! Kau sayang aku.. Kalau kau taknak baik jugak, aku tumbuk muka kau.. Ahaha! Ni kalau dia baca confirm kena terajang bila jumpa nanti. :P







Kalau dulu, nak keluar mesti dengan si gemok ni. HAHA! yelar memang dia jelar takde orang lain sebab dengan dia je aku kawan. Means bukan lar tak kawan dengan orang lain. Tapi dengan orang lain tu kalau bab nak berjalan ke berborak ke melepak ke tak masuk sangat dengan kepala aku. Nanti aku jadi keras. Sekarang pulak, keluar dengan bf sendiri. You, I nak pergi sana. jom ikot! Ahaha! Ajak secara paksa. :P







Teringat kisah kami dulu, pahit manis masam masin kelat. Kitorang sentiasa bersama. Baru nampak macam sweet kan? Kitorang tak pernah cakap belakang. Cakap mesti depan2. Kutuk kaw2. Prinsip kitorang, Kau tak suka tu kau punya pasal yang penting aku nak bagi tau. Nampak macam kejam kan? Tapi tu lar, aku suka cara macam tu. Kita akan tahu apa yang kawan tu tak puas hati dengan kita. Hasilnya hati kitorang dah stick for together. Always miss each other. HAHAHA!






Setelah puas aku menyelak2 folder dalam hard disk. Aku jumpa gambar kitorang ni. :)