wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Friday, January 28

Dengarlah wahai Hanif sayang.




Bukan niat nak mengongkong atau menjadi 'queen control'.. Atas desakan hati yang terlalu ingin mengetahui, I dah jadi seorang stalker. Maafkan I kalau I ni terlalu menjadi seorang yang terlalu menyebok hal-hal berkaitan dengan you. TAPI... makin lama sikap menguasai yang ada dalam diri I ni tak dapat nak dibendung lagi. Maafkan I...




Ouh Hanif sayang,
Dengar sini apa yang I nak sampaikan. I sememangnya sayangkan you. Sayangkan hubungan kita ni. I harap hubungan kita ni sampai bila2, mungkin hingga ke ahkir hayat kita akan bersama. Insyaallah begitulah.. Aminnnn!!




I tak mungkin lama dekat Melaka ni. I sendiri tak tahu sampai bila I akan menjadi seorang perantau di negeri orang. Tapi bila I dah takda kat Melaka ni, harap hubungan kita akan berterusan. Ramai orang cakap kalau berjauhan, nanti perasaan sayang tu makin lama makin pudar. Ouh NO! please don't talk like that. Tolong jangan takutkan aku. Jarak tak mungkin dapat memisahkan kita.




Seriously! I rindu dengan mama ayah myn adek. Semualah yang ada kat kampung tu. Walaupon merantau ni harapan yang I memang impikan. Tapi jauh di sudut hati I ni, I sangat2 rindukan diorang. I rindukan saat I bersama-sama diorang sewaktu ketika dulu..




Tapi.... dalam masa yang sama, I tak boleh berjauhan dengan you. I perlukan mama. ayah dan you jugak. I bukan tamak nak semua ada dengan I. Tapi keadaan selalu memaksa I untuk memilih yang mana satu. I jadi bingung antara kehendak atau keperluan.





KEHENDAK - Memilih duduk di Melaka. Menjadi seorang perantau. Hidup dengan berdikari.



KEPERLUAN - Duduk di bawah jagaan ibubapa. Mendapat perlindungan serta perhatian sepenuhnya. Tidak bebas membuat pilihan.




Sayang,
Bertahan lar demi hubungan yang dah lama kita jalinkan ni. Do you still remember what we have promise a year ago? Do you ? Yes, me too..





You, I rindukan kita yang dulu. I rindukan saat manis saat kegembiraan kita yang dulu. Kita ketawa bersama, menangis bersama. Tapi sekarang semuanya dah berubah, I terlalu busy dengan kerja I. I takda banyak masa nak luangkan untuk you. I banyak habiskan masa dengan kerja2 I. Tapi I masih ingat you. Perasaan I maseh sama macam dulu2.. You tak perlu risau. I takkan cari orang lain.
Even you garang, panas baran atau apa saja lar yang orang lain cakap pasal you. I tetap nak you. Hanya you!! Orang lain tak kenal you, so diorang boleh sewenang2nya cakap pasal you. I lebih kenal you. So I tak perlu dengar kata2 diorang yang mungkin hanya menghasut I.



Sayangku, you know what, I missing you so badly...


Dia yang kata. Bukan aku.



Hari ni mood rasa jealous ok. Tapi takpa masih boleh bertahan lagi. I'm Ok! I'm fine. Don't worry larr.. Hmm hari ni taknak cerita pasal jealous tu. Nanti kalau cerita takot melarat pulak kan ? Nanti jadi terlampau pulak kan ?




Baru je ni aku click kat member aku ni punya application - RAHSIA BULAN LAHIR - so macam teruja lar kan nak buat. Just click tak susah pon. Then pilih lar bulan apa kita lahir. Aku pulak pilih DISEMBER. hihi! Analisis dia ada dalam gmbr kat bawah ni. :)









Hehe! Rasa2 nya ada tak yang berkait rapat ngan aku ? :P Aku sendiri tak dapat nak pasti.. Ni cuma analisis dari Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah. Tak tau lar sejauh mana kebenaran dia kan. Whatever is it, kita ni yang kena pandai menilai yang mana baik yang mana buruk. Then jangan kita berbangga dengan apa yang kita ada atau perolehi. Tu semua hanya sementara. So jangan takbur ok.. (ustazah zurin)







Wednesday, January 26

Zurin&Hanif : 01 nov 2009.







Tak tau nak tulis apa, tiba-tiba rasa nak tulis pasal kami.. ngeee..
p/s : kepada sesiapa yang taknak or malas baca.. korang boleh lar klik close.. dipersilakan.. :p



Entry ini mungkin panjanggggg tau... :)





Mungkin kami berkenalan tak macam orang lain. Orang lain mungkin berjumpa di Kolej, di kelas, di pejabat atau di mana-mana sahaja. Tapi kami berkenalan secara tidak sengaja dan tidak diduga.




Ok. Pada 29 August 2008, kami bertemu di tangga Dataran Pahlawan (secara tak sengaja). Aku tengok dia dengan kawan2 dia tak ubah macam mat2 rempit lain. Time tu pulak aku memang f**k lar mat rempit. Hingga lar sekarang aku tak suka/benci dengan mat rempit (menyusahkan orang lain). Ok malam tu aku tipu nama aku, aku gelarkan diri aku sebagai NISA. Diorang kemain panggil aku nisa (bukan nama sebenar). At last eka kantoikan nama aku dengan memanggil 'ryn'. hmm.. eka! hmm..




Ok malam tu aku bertukar number phone ngan anep & kawan2 dia (Selalunya aku ni berat nak bagi number phone kat orang tapi dengan diorang tu aku relax je. Mungkin ada hikmah disebalik tu.. HIHI !)Tapi malam tu aku tengok anep relax je. Antara layan tak layan sangat aku ni. Yelar mungkin aku ni sekejap je bagi dia. Yang banyak layan kerenah aku si Tompel (bukan nama sebenar). Yang diorang tu beriya layan aku.. Siap nak tangkap gambar sama2. Aku pon on je time tu, bukan ada sesiapa pon nak marah. Dalam erti kata lain SINGLE & available lagi time tu.. :P




Ok, sambung cerita 30 August 2008, disebabkan dah pagi dan agak kemengantukan, kami pon decide nak balek merlimau. Tapi yang agak malang di situ, hujan yang agak lebat time tu. Sampai rumah je aku hampir demam. TAPI... Sebelum tidur, aku sempat lagi meseg si anep ni. (aku msg pon sebenarnya nak ckp thanks, tapi kalau korang nak tau.. Anep siap heboh kat kawan2 dia yang dia orang pertama antara semua yang dapat meseg dari aku.. wahhh kemain lagi! :P)




Aku : "Eh. Thanks tau bagi I pinjam sweater you tadi. Nanti dah basuh, I pulangkan balek kat you ok ?" (bunyi2 kentot macam ada hati nak jumpa lagi je kan? kan? kan? hee...)
Anep : "OK nanti pulangkan balek tau.. Sweater tu ayah I punya.."
Aku : "Yelar.. Nanti I pulangkan lar..(macam lar orang nak sangat sweater dia tu..banyak kali cakap pulak dia ni..) OK lar. I nak tidur ni. Bye!
Anep : OK.. Sweetdream.. Bye!



Ok masih di hari yang sama 30/08/2008 tapi waktu yang berbeza pukul 17.00 (mungkin). Anep meseg aku....


Anep : Eh you keluar sambut merdeka tak malam ni..

aku : hmm.. Tak keluar kot. I takda transport lar. Tapi ntah lar. Tengok lar cam ni nanti.. ok ?

Anep : Ok! tapi bila you nak pulangkan sweater I tu..

aku : Nanti ada masa I pulangkan lar.. (tak habis2 dengan sweater dia)




Malam tu aku ngan eka jadi keluar.. Lepak dengan anep lagi. heee... SAMBUT MERDEKA! for the first time (tapi agak malang sebab malam tu takda bunga api. errghh! macam tak best kan ?). OK! kali ni jumpa anep di tempat yang sama lagi TANGGA DATARAN PAHLAWAN. Tapi malam tu aku agak nervous tau nak jumpa anep, padahal aku memang dah janji nak jumpa kat situ pon. Nervous sampai sejuk kakitangan aku. Pelik kan!

Malam 31 August 2008 tu, kami lepak kat Hang Tuah Mall. Kat situ bukan ada sambutan pon untuk hari kemerdekaan. Tapi kami saja je lepak tengok mat2 rempit buat jalan jadi huru hara. Keadaan bising bunyi moto yang pelik2. Ditambah kereta yang perasan HOT!.



Selepas hari kejadian tu, kami sering jugak lar bertemu. Dan untuk pengetahuan korang, pertama kalinya aku keluar berdua je dengan anep. time tu belom ada apa2 hubungan lagi tau (tapi naluri aku percayakan dia memang ikhlas nak tolong aku). Time tu aku mintak tolong dia temankan aku beli tiket bas sebab nak balek selangor. Tolong tu tolong jgk. Tapi buka puasa aku kena belanja dia makan. but it's ok lar.. Setiap perkara mesti ada balasan nya kan.. :)





Ok! ni cerita time aku dah balek selangor untuk jangka masa yang agak lama. Sebabnya aku kena pergi latihan praktikal dekat area Kuala Lumpur. Time tu mula2 meseg anep macam biasa. TAPI..... makin lama dah tak meseg langsung. Bukan aku sengaja taknak meseg dia. tapi time tu aku dah couple ngan someone yang aku benci bila ingat balek kat dia sekarang ni. tapi perkara ni tak diduga.... Aku sendiri yang buta tak nampak ada orang yang sayang aku..




Tiba-tiba aku comment anep kat MYSPACE. Eh malam ni kita meseg kat phone yer.. Anep reply I takda credit lar. Tapi time tu aku tau dia ada girl lain (nama akan dirahsiakan). Aku dengan tiba-tiba rasa sakit hati dia dengan perempuan tu even perempuan tu takda pon buat hal dengan aku. argghh! tak kira siapa suruh kau ada kaitan dengan anep. Ditambah lagi gambar bermesra2. Bikin hati aku makin panas berasap je lar kan?? Tapi mengenangkan aku ngan anep takda pape. Aku biarkan je.




Lama kitorang berdiam... Aku pon mintak nasihat dari kawan aku ni (HELMI) pasal si Anep ni. Aku cerita lar semuanya.. Takda satu pon yang tinggal. Nak tau apa Helmi cakap.. "Pada pendapat aku lar kan, mamat tu sebenarnya suka kat kau. Tapi dia nak tengok cara kau dulu macam mana.." Aku ni pulak memang blurr.. Cara? cara apa tu mi.. Helmi diam jee....




Tengah seronok aku kerja. Tiba-tiba pakcik aku meseg. "Eh.. ryn dah clash ngan k**al ke ? Aku agak terkejot bila dapat meseg cam tu yer.. Aku reply : Eh mana ada. Kenapa antan cakap camtu.. mana bukti ? Pakcik aku reply : Siap dengan gambar dia tengah berpeluk dengan perempuan lain. Aku dengan perasaan yang marah teros decide yang aku memang dah putus dengan mamat tu.. Patut lar selama ni aku meseg ko berpuluh2 kali ko macam malas nak reply. F*ck lar mamat tu. Tak gentle langsung. kalau kau taknak aku cakap je. Tak payah buat orang lain macam tu. Ko ingat ko hot sangat ke buat camtu? eeyeerrkk!




Balek kerja aku teros je meseg anep. Time tu aku rasa nak luahkan kat anep (anep insan terpilih). Anep kata nangis lar. Tapi serious aku tak boleh nangis time tu setitik air mata pon takda cuma hati ni terasa sakit macam dah kena game. Atas apa yang mamat tu dah buat. Aku rasa rugi titiskan air mata. Lepas tu aku biarkan je diri aku single.. Hanya Anep yang jadi peneman aku time tu. Segala suka aku duka aku. Aku share ngan anep.




Semuanya kami dah lalui bersama. Suka. Duka. Pahit. Manis. Masam. Semuanya kami lalui bersama.




Tanggal 01 NOV 2009. Kami buat keputusan untuk couple. Cara anep mintak couple bagi aku suweet sangat! Aku suka sangat. Aku hargai sangat! He will be mine forever.. Aminnn!!



KAMI GADOH2.
KAMI MANJA2.
KAMI MERAJUK2.




Tu semua membuatkan hubungan kami lagi bertambah erat. Harap doa kesejahteraan dari orang2 sekeliling aku. Kalau korang nak tau doa orang2 yang ikhlas untuk kesejahteraan orang lain selalu di dengar oleh Allah S.W.T (hehe! cuba korang try hari2. Insyaallah apa yang korang doa tu berkesan.. :P)




Kini dah setahun dah kami bersama. Harap sangat hubungan kami ni hingga lar ke hayat..





Sakit gila hati aku ni.





Kerja ibarat bangla - Orang bangla kan kuat kerja. Apa pon kerja yang korang suruh mesti diorang buat, asalkan korang tunjuk duit. So perumpamaan bagi orang yang kuat bekerja akan dipanggil macam tu. So yang aku ni pulak. Bukan kuat bekerja sangat. Bukan 'workaholic' sangat. Tapi.......




Apa perasaan korang bila pagi dah (biasa lar kan kerja pagi tu). Petang pon pergi (yang ni pon memang dah biasa dengar lar kan). Yang aku tekankan sekarang niii.. Diorang (TRC Jusco) suruh aku kerja time aku offday. Apa perasaan korang bila berada dekat tempat aku ?




Bila kita dah plan macam2 apa nak buat time offday. Dan apa yang korang rasa bila plan tu cancel. Sakit kan?? Hmm time offday lar masanya aku nak layankan diri aku. And time tu jugak aku nak jumpa kekasih hati aku. Korang bayangkan, dalam seminggu tu 7 hari aku kerja..


Ok, jangan salah faham yerr..

Isnin - Jumaat
(8.30 - 5.30)
- Yang ni kerja pagi. Memang confirm lar.

Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad
(7.00 - 11.00)
- Yang ni pulak kerja kat JUSCO.
- Selalunya dalam jadual aku dapat offday hari rabu.




Tapi semalam...



Aku tengok dalam schedule ada pulak nama aku untuk hari rabu. Dekat market pulak tu. Confirm penat. Confirm ramai orang. Hisshh! Sakit lar hati aku ni. Rasa nak menangis je.



Tolong lar faham perasaan aku niii... :(



Sunday, January 23

Aku mahukan dia.







OK! Pertama kali nampak dia. Aku teros jatuh cinta konon2 macam cinta pandang pertama tu. Yess! Nak dia! Nak dia! Nak dia jugak! Gila teruja lar ni. Kira macam dia lar pilihan yang tepat. Dah tak pandang yang lain dah. Hee!









Mehh sini aku bagi korang tengok siapa dia yang telah menawan hati serta kalbu aku ni.. jeng jeng jeng !






ok ! Ni lar yang aku nak DOLCE & GABBANA rose the one. First time tengok kat magazine CLEO. Tengok je teros senyum cakap sorang nak ni nak ni..







Seriously freaking want this.. Tapi.......


Terus hampa bila tiba-tiba pikir balik pasal duit. Alaaa.. Sekarang tengah bulan lar.. Mana ada duit. :( Pastu nanti bila dah dapat gaji. Confirm benda yang dah lama aim teros cancel. Lupa! Selalu sangat jadi cam tu..



Contohnya macam ni..



Dalam purse memang dah ada duit siap ngan notes nak beli apa (barang dapur, syampoo, sabun etc..) OK! sampai je JUSCO teros je amek benda lain.. Nampak baju amek baju. Bukan satu bukan dua tapi tiga. Nampak tak ? Nampak tak keserongannya tu..





haihhh! sigh! -.-"









Persoalan : Rasa2 nya aku dapat tak beli perfume ni ?











Saturday, January 22

Lupa pulak.






Hehe baru aku perasan ni Entry ke-2 bulan Jan untuk tahun 2011.




Just want to say bye bye 2010. AND welcome 2011. Hope the coming of you will create and also bring me to happiness life.. Aminnn!!




Ceritera 2010 :

- Berakhirnya study ku di POLITEKNIK MERLIMAU dengan jayanya dan menghabiskan DIPLOMA AKAUNTANSI tepat pada masanya.

- Bermula lar aku dalam dunia bujang jauh dari pandangan mata ibu ayah.

- Bermula juga lah aku dalam alam pekerjaan yang sangat mencabar di tambah pula dengan dunia part time yang penuh menduga perasaan.

- Setahun sudah perhubungan aku dan anep (2 tahun perkenalan kita.. Harap sangat hingga ke akhir hayat.)

- 21 tahun sudah umur ku..



SELAMAT DATANG 2011 - Mengharapkan 2011 ini lebih mencorakkan cerita yang menarik untuk kehidupan aku. Dan mengharapkan jugak kejayaan untuk aku dan orang sekeliling aku.. :)



Rasa rindu yang mencengkam.




Ok bangun je pagi tadi teros basuh baju. Banyak wehh.. Korang bayangkan lar dari minggu lepas punya baju.. Relax je kan! haha! Habis lar tangan aku.. Then lepas aku menonggeng2 basuh baju.. Aku pi lar tengok2 kat dapur tu ada apa-apa tak yang boleh di makan. Ehem! Kak uji masak nasi goreng lar.. Hehehe.. (sebenarnya aku malas nak masak.. tu yang suka bila ada makanan kat dapur..)





Riak wajah : senyum macam kerang busuk





Haha! Kalau korang nak tau aku online ni pakai line curi.. hee.. Aku try ler kat line ni.. Tibe2 dia tak pakai password.. Apa korang rasa kalau ada kat tempat aku ? seronok kan ?





Tiba-tiba rasa rindu plak.. Rindu kat siapa? Ofcourse lar ehem-ehem saya.. Incek Anep saya.. Kalau nak kata dah lama tak jumpa. Tak jugak. Hari sabru lepas baru je jumpa. Time berjalan ngan budak2 kecik tu. Tapi tak puas lar jumpa cam tu, tak dapat nak manja2.. HEHE !





Hmm.. Pastu malam tadi ingat nak jumpa. TAPI penat tunggu jawapan dari anep. Aku tengok jam dari 15 minit ke 15 minit. Takde gak meseg dari dia. Confused gak ni.. Mana anep pegi. Then aku pon meseg dia. Tak reply2 gak. Mana dia ni.. Ishk! Aku tak puas hati aku pon call dia.. Dengan suara yang agak serak2 yang boleh menyebabkan perang besar.





aku : eh you buat apa tu ?
anep : I tidow lar..
aku : ouh ok lar ok lar.. tidow lar..
anep : ok..





Dengan perasaan yang agak bengang lagi nak meletop macam letusan gunung berapi kat indonesia tu tapi boleh di cover lagi, aku pon cakap ngan kak uji..




aku : akak nak tau tak anep buat apa ..
kak uji : dia buat apa ?
aku : dia tidow lar kakkkkk! penat zurin tunggu jawapan dia nak keluar ke tak.. geram ni!!
kak uji : sabar zurin.. sabar ea.. hehe!
aku : kak jom pegi JUSCO. Hari ni tutup pukul 11 kan ?
kak uji : ok jom jom!




Mood malam tadi : marah plus geram (tapi lepas pegi jusco ok dah..)







Alahai si anep ni! Geram sungguh aku kat ko ni..