wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Friday, April 29

Have you?









Her heart is screaming "I love you!",

And her mind is yelling "I'm hurting!".















If you ignore me, I will ignore you...


If we don't start the conversation, we won't talk...


















If you don't put the effort,

What should I?












Thursday, April 14

Dia 'hero' saya..



Hari ni tak lah sebusy mana pon, so sempat lah aku mengepek dalam blog ni. Hari ni aku nak cerita pasal 'hero' aku ni. Dan selama aku berblog ni, aku tak pernah cerita pasal 'hero' aku ni. Dia 'hero' yang aku sayang sangat. Sangat sangat ok. Tak terhingga sayang aku dekat dia. Aku tak sanggup terima kalau dia takda. Mungkin takda siapa akan dapat gantikan dia dalam hati aku ni...



Sumpah sayu hati aku nak memulakan cerita pasal dia ni. Mata aku sudah mula dengan cebisan-cebisan air. Secara tibatiba hati aku ni teringat kat dia sehinggakan aku tak dapat nak concentrate nak buat kerja aku hari ni. Aku kuatkan jugak hati aku hari ni. Mungkin rasa bersalah. Mungkin jugak aku rindu... Yaa!! Aku memang rindu! Rindu yang teramat sangat yang aku sendiri tak pernah mengaku. Bukan malu nak mengaku tapi itu lah aku.. Malu tapi mahuuu..




Aku cerita ni bukan sebab hari ni birthday dia atau hari ni 'Hari Bapa Sedunia'. Aku cerita ni sebab aku memang rindu..


Ini lah cerita 'hero' aku.





Ayah! Kakak rindu dengan ayah. Rindu sangattttt! Ayah, kakak tahu ayah pon rindu kakak jugak. Ayah, even kakak ni ego tak pernah salam ayah time raya bukan sebab kakak tak hormatkan ayah. Tapi kakak rasa macam "ouh god! Aku tak kuat nak buat macam orang lain. Salam ciom2 bagai." Dah banyak dosa yang kakak dah buat yang kakak sendiri tak boleh nak kira. Ayah, kakak terlalu sayangkan ayah.



Kakak pergi jauh ni bukan kakak nak jauhkan diri kakak dari ayah, ataupon kakak nak lupakan ayah. Tapi kakak duduk jauh dari ayah dengan mama sebab kakak taknak susahkan ayah dengan mama. Dah banyak benda yang kakak dah buat yang menyebabkan ayah tersinggung. Kakak tahu ayah kecik hati. Kakak nak mintak maaf depan ayah, tapi kakak tak mampu nak buat semua tu.



Dari kecik aku tak pernah berpisah dengan ayah. Aku sangat manja dengan ayah dulu. Ayah lar yang jaga aku masa kecik. Ayah tidurkan aku. Aku tidur atas dada ayah dan memang situ lar port aku akan landing kalau ngantok. Kalau ayah tidurkan aku kat bilik, bila aku dah tidur then turn dia pulak nak tidur kat bilik. Aku terjaga ayah takda kat sebelah, aku pon jerit..



"Ayah! Ayah mana? Ayah amek lar kakak kat bilik ni cepat. Kakak takottt!!!"



Ayah lah yang banyak habiskan masa dia membesarkan aku. Yang hantar aku pergi sekolah dan jugak amek. Ayah jugak yang masak dan suapkan aku makan. Aku sangat rindu waktu2 tu. Banyak benda yang buat untuk aku yang aku sendiri tak boleh nak balas jasa dia. Apa aku nak seboleh-boleh ayah akan tunaikan even susah untuk ayah bagi.



(ayah memang suka tolong mama masak. Bahagian prepare bagi je kat ayah.)



peace!



Contohnya : MOTORSIKAL

Korang ingat dulu ayah aku nak belikan aku motor tu. Ayah paling sayang kat aku, aku lar anak perempuan sulung dia yang tak banyak kerenah dulu. Tapi kali ni anak perempuan dia dah mula minta sesuatu yang dia taknak bagi sebenarnya. Sebab dia dah tahu anak perempuan dia yang sorang ni gila dia lain sikit. Kalau bawak motor macam orang gila. Tapi aku cakap aku nak jugak. Aku pujuk lar dia. aku katalah susah lar nak pergi sekolah nak naek basikal. Kat luar sana panas (kecik2 dah gedik) lagipon kat luar sana jalan besar. So lori banyak. (alasan semata2 sebab tengah 'nak' kan?) TAPI akhirnya ayah akur dengan permintaan aku. Sehingga sekarang dia masih lagi takot sekiranya berlaku perkara yang tak di ingini berlaku kat aku. Dan aku akan berdoa hati ayah akan tenang dan aman. Aku taknak susahkan hati ayah..



Contoh lain : BELAJAR JAUH DARI DIA

Bila dia dapat tahu aku dapat sambung DIPLOMA. Aku tahu dia gembira dan tersenyum dalam hati. Dari riak wajah dia aku dapat agak. Tapi dalam gembira tu, aku tahu terselit rasa takut, rasa cemas, rasa kehilangan aku.. Akhirnya, dia lepaskan aku jugak dan bagi aku peluang untuk sambung belajar jauh dari dia dan hidup berdikari. Mungkin setiap malam tidur dia tak lena sebab memikirkan tentang anak perempuan sulung dia sehat atau macam mana keadaan anak dia.

Anak perempuan dia msg dia : "Ayah, kakak demam lar.."

Ayah dia reply : "Pergi lar makan panadol lepas tu tidur.."

Anak perempuan dia reply : "Ayah, susah lar belajar sini. Banyak kerja tak siap. (muka sedih)"

Ayah reply : "Memang lar susah. Nama pon belajar kan? Belajar je elok2 k.."

Anak perempuan dia : "ok ayah. Kakak makan panadol lepas tu tidur k."

Ayah reply : "ok."


Esoknya ayah kejut pagi2 tanya demam lagi ke tak? See how much my dad care to me.. (sedih)



Contoh lagi : KERJA

me : Ayah, kawan kakak ni ada carikan kerja kat area Melaka. Kakak nak kerja sana boleh?

Ayah : Kenapa nak kerja jauh sana?

me : alaa... Boleh lar ayah. Kakak kat rumah ni termenung habiskan duit je. Ayah pon bebel jugak kan. Boleh tak yah?

Ayah : Hmmm.. Company apa tu? Kerja apa?

me : Company tu taktau lagi apa. Tapi sebagai kerani akaun.

Ayah : Hmm.. Kakak kata nak sambung degree. Nanti dah kerja liat nak sambung belajar. Ayah taknak kakak sampai Diploma ni je tau.

me : hmm.. Yer nanti dah dapat mana2 tempat belajar kakak berhenti kerja k.



Cerita kat atas ni bukan lar mak aku tak pernah jaga atau biarkan aku macam tu ajeee.. Dulu hidup kami ni agak lar susah. Bukan susah tak makan semua. Mama banyak luangkan masa dia dekat luar berniaga atas kebenaran ayah. Ayah tak kisah semua tu. Mama tolong ringankan beban ayah dari segi kewangan.




Aku pon tak kisah semua tu. Bukan aku langsung aku tak dapat kasih sayang dari mak aku. Cuma mama aku terpaksa berniaga tolong kewangan ayah. Dalam masa yang sama aku respect dengan mak aku. Mama lah yang terbaek. Mama bangun awal pagi sebab nak masak nak prepare apa yang patot then baru lar keluar berniaga.



Tapi orang sekeliling tak faham mama. Diorang kata mama biarkan ayah jaga aku adek beradek. Sedangkan mama keluar bekerja. Takpa ma. Diorang tak faham takpe. Tapi kakak, banglong, bangchik, adek semua faham..



Berbalek pada cerita ayahanda. Time ayah aku sakit dulu, aku menangis siang malam. Aku kecik lagi time tu. Aku tahu je ayah sakit lepas kena masuk ward aku teros menangis tak berhenti. Ok! Tipu. Takda lar terok macam tu, sepanjang ayah sakit aku tu aku langsung tak boleh tengok perkara yang boleh buat aku menangis. Kalau aku menangis straight je otak aku set menangis pasal ayah. Even sebenarnya aku menangis sebab banglong cari pasal dengan aku.



Takpon aku tengok cerita kartun lar. Then part kartun tu menangis je aku pon join lar kartun tu menangis kuat2 sebab aku dok terpikir kat ayah jeee. Abang2 sedara aku pon dah naik pelik dengan aku ni. Diorang pujuk aku nangis, diorang pujuk aku lagi buat lawak semua tanda usaha nak suruh aku senyum. Tak jalan!! Lagi kuat aku nangis ada lar.. Diorang sampai tak boleh pujuk aku sebab aku menangis jeeee..



Tambahan lagi, bila jiran2 dok cerita pasal ayah. Tanya ayah macam mana. Aku taktau nak cakap macam mana sebab condition ayah time tu tak menentu. Ayah time tu kurus tinggal tulang je. For a long time ayah tak pulang rumah. Dia duduk dekat ward. Dalam masa yang sama mama tinggalkan kerja rutin dia untuk jaga ayah. So, kami adek beradik di jaga oleh nenek (kadang2) makcik2 (kadang2). Diorang dah buat schedule siapa yang akan jaga kitorang. Abang aku pulak time tu kira dah besar panjang lar jugak. Kira boleh diharap lah kan nak jaga kitorang yang time tu sangat comel lotey since aku baru darjah 3. So, kiranya dia pon berjasa dalam membesarkan kitorang.



Bila cuti sekolah panjang. Mama bawak kitorang tengok ayah. Time tu kitorang dah pandai berdikari. Mama kata mama balek rumah nanti mama amek nak bawak kitorang tengok ayah. Kitorang cepat2 packing baju sendiri. Kalau sebelum ni, mama yang packing kan baju kitorang. Mama kitorang dah boleh diharap.. Banglong Kakak Bangchik Adek dah besar dah. Dah boleh berdikari.. :)




Agak bertahun jugak lar nak amek masa untuk ayah kembali sembuh. Kini ayah dah boleh jogging dan buat kerjakerja berat. Kadang2 bila sakit dia datang balek, dia terbaring dekat bilik demam mungkin akibat tahan sakit. Dan aku sangatsangat lar bersyukur, aku masih lagi berpeluang untuk melihat ayah. Even ayah agak keras hati (macam aku) dan nampak garang. Takpa aku masih lagi kat sini menanti peluang untuk pelok ayah..




(ni gambar embam dengan ayah)


Wednesday, April 13

Populariti itu penting.





(ini lah yang dikatakan like mother like daughter.. wth!)



Mungkin designer zaman sekarang ni dah ketandusan idea-idea yang logik atau yang bernas sehinggakan mereka mencipta sesuatu yang nampak seperti urghhh! Wth berpakaian begitu..



Mereka ni terlalu taksub dan mengejarkan populariti..




(mungkin dia ni kurang kasih sayang dan perlukan perhatian yang lebih)

Takpa.. Biarkan...



Monday, April 11

Good job!




Kempunan nak makan durian dah berakhir 2 hari yang lalu apabila promoter jual durian menjualkan durian yang mahal kepada saya semahal RM5.00 adakah itu mahal? HEHE! Thank you. Bodek wehh.. Mana dapat RM5.00 kalau diam je.... :) (harga asal : RM 31.98)




Tapi kalau ada yang di luar sana nak hadiahkan satu lori durian, dengan lapang dada saya terima. ngehehe! Aku adalah seorang yang gila durian. nyumnyum! Tolong sesiapa yang ada dusun durian.. Please pinjamkan kat aku kejap. Sementara durian masih ada ni. Nanti bila aku dah puas makan durian nanti aku pulangkan balek.. Please.... :)




Ok sekarang nak cerita hari malang aku yang bertimpa lah timpa. Pagi Khamis, aku bersiap nak pergi kerja. Mungkin agak lambat macam biasa lar kan. Hmm. Setiba je kat 'tenggiling' aku tu nak start macam biasa lar kan pakai starter.. Tapi agak malang tak boleh! Then aku pon cuba lar start guna yang kat kaki tu.. Ouh TAK BOLEH JUGAK! Disebabkan aku ni perempuan memang lar kaki aku ni sangat tak larat nak start guna yang kat kaki tu. Since nak double stand pon kena panggil satu kampung tolong.




Dah macam2 gaya aku buat nak start 'tenggiling' tu. Malang nya tak boleh. Hampa! Then try lar call Kak Uji. Dia dengan muka baru bangun tidur pon tolong lar aku start 'tenggiling'. Finally! TAK BOLEHHHHH!!




Kak Uji tanya jom lar akak temankan pergi kedai motor. Kita pergi repair 'tenggiling' zurin ni.. Aku pon mengangguk tanda setuju. Tapiiiiiiiiiiiiiii.. Tapi macam mana nak hantar pergi kedai.. Tolak?? Tak boleh.. Berat! Then try lar tolak dengan kaki macam mat rempit tolak motor kawan dia. Tapiiiiiiiiiii lagi. TAK BOLEH!!




Maka, aku pon call lar orang yang kat kedai tu since aku memang penyimpan card2 serbaguna. HAHA! Call then cakap2, orang tu kata ok nanti dia datang. Agak lama lar jugak untuk dia sampai. Even dengan kiraan kasar sebenarnya tak sampai 3 minit untuk sampai rumah aku. sigh!




Aku pon termenung tengok 'tenggiling' aku.. Dengan muka penuh tanda tanya "Eh what wrong with you? Tahu tak aku dah lambat ni?" Dan kalau boleh dia jawab soalan aku tu mungkin terangkat bontot aku, mungkin jugak demam 3minggu.




Tiba-tiba.................




Ada something wrong kat 'tenggiling' aku tu. Ada benda dah terkopak, ada tempat yang dah takda skru dan ada wayar yang dah terkeluar dari tempat asal dan aku tak pasti itu wayar untuk apa. Ouh god! Spare Part 'tenggiling' aku kena rembat lar wehhh.. For you all information, 'tenggiling' aku tak pernah lagi jatuh atau dicederakan oleh tangan aku. Macam Baabiii Sialll!! Sangat lar tak puas hati kan?




Dan akhirnya orang tu pon sampai. Tengok 'tenggiling' aku. Tengok apa2 yang patot.. Auwww! Malu. Macam bahhbiii motor pon pandai malu.. Then dia kata ha'ah ada spare part 'tenggiling' aku dah kena rembat. Chisss!! Sumpah pening! Then tanya bila boleh siap. Dia kata petang ni atau esok. Deposit RM50. Then dia bagi tau lagi dia dah order. Barang takde barang biasa, yang ada original. RM140. Umaggg aihhh! Terbang duit macam tu je wehhhh!




Tunggu punya tunggu.. Sampai ke hari ni tak muncul2 orang tu. Eh aku ni pulak takde kerjaan lain nak buat sementara nak tunggu 'tenggiling' aku sehat..




Malam kejadian aku terpaksa lar suruh anep hantar aku pergi kerja Jusco disebabkan 'tenggiling' aku rosak. Then balek dengan Kak Uji. Bila time balek aku tengok aku helmet dah takda. Kena rembat?? Fakkopp lar. Apsal dengan aku hari tu.. Hari malang aku ke?




Hari ni aku pergi kerja pakai motor Kak Uji since dia offday hari ni.. Hari ni lepas lar aku nak pergi kerja esok? lusa kalau 'tenggiling' aku tak siap lagi. Macam mana nak pergi kerja? aihh! Sigh!




Mari kita layan lagu ni secara berjemaah.




For the first time dengar lagu ni, reaksi aku sangat lar, "Eh suka nya aku dengan lagu ni." Since aku memang suka dan memang gila dengan lagulagu macam ni. Melompat keriangan kot.



Aku memang suka lagulagu yang jenis jiwang ni. Orang lain kata Maen jiwa wehh.. HEHE! Ada aku kesah? Hmm.. Korang cuba lah fahami lagu ni. Besttttt sangat tau.



Bila aku nak tidur atau tengah tidur then dengar lar lagulagu cenggini ni. Its can make me feel myself swinging softly and I feel soooo comfortable.. And I love to stick with this way how I want to sleep. Dan kadang2 dengan cara ni jugak lar membuatkan aku terlena dan telah menyebabkan aku tak reply meseg anep atau terlupa nak meseg anep yang aku dah nak tidur. ngehehe! Dan telah menyebabkan anep bengang sebab terpaksa menunggu aku yang agak lama untuk reply meseg dia. HEHE! Maaf! Maaf yer! :)



Excuse me,


Sila lar dengar lagu ni,


:)


A free smile only for you.....








*Hari ni 11 April 2011 merupakan birthday bestfriend aku. Dan aku terlupa nak wish AWAL.. Since dah kerja ni macam2 benda aku lupa.. Ouh! Sorry yer Nursalma Syuhada Binti Mohd Nor (fullname amek ko!) hihihi.. Happy Birthdayyyy! :) and love you soo muchmuch more..


*Hari ni jugak sorang member baru ni, celebrate 1st year of Anniversary.. Heee! Tibatiba nak celebrate lagi.. Lagi tau wehh.. HIHI!



Wednesday, April 6

Tibatiba tersentap!






Semalam memang aku marah. Bukan setakat marah tapi marah sangat!! My bloods going to upstair. Dan marah aku tu berterusan sehingga ke hari ni.. Sentap! dan sekarang aku berlagak yang tengah cool and steady je. Tapi jangan ingat aku diamdiam ni aku suka.





(ok gambar kat ni gaya aku macam tengah annoying gila macam nak mati)



Eh kau tau tak apa aku rasa sekarang.. Eh?? annoyingggg gila bila kau buat macam tu! Aku memang betol2 tersentap dan tak sangka wehh! Kalau dipikirkan memang benda tu remeh tapi kau kena ingat hati orang bila dah tersentap macam aku ni susah nak baek. Luaran je kau akan nampak baek, tapi kau nanti akan dapat rasa layanan nya macam semacam je. Yang pastinya kau jugak akan tersentap..



Time tu kau jangan nak tersentap sangat tau. Buat relax je sebab kau kan cool di mata semua.. Aku pulak time tu of course lar, "Ouhh! Time to gets what you have done, Thanks god!". Nampak macam aku ni kejam kan? Dan sedikit lar rasa kurang ajar. Tapi ada aku kesah... hmmm....



Bukan niat nak membalas dendam (tapi ada lar sikit niat tu untuk sebagai pedoman terbaik) jangan ingat kita ni selalu di atas yang akan selalu di sanjung tinggi. Dan aku tak kata aku ni terlalu baik untuk marah2 kau macam ni. Aku sedar aku pon kadang2 buat orang lain tersentap. Tapi cara kau tu macam kau tu good good pulak lar kan? agak melampau kau tahu?



(aku kalau boleh nak masuk dalam pc kat office ni dan buat gaya macam yang kat atas ni)


Dan kau? Apa kene dengan kau ni? Aku kat sini masih lagi bersabar dan teros bersabarrrrrr.....



Tarik nafas lepas... Tarik nafas lepas.. Tarik nafas lepassssssssssssss...



*pesanan dari penaja : Kalau rasarasa tak bersalah tolong jangan tersentap sangat. Tapi kalau lah rasa diri tu bersalah. Jangan tanya aku, Eh saya salah ke? Apa saya dah buat? Caracara nak tau kau tu bersalah atau tak sila lah check balek apa yang kau dah buat kat aku, tak kesah lar kat facebook ke twitter ke blog ke myspace ke.. then betolkan. Dengan sabar nya time tu aku akan pejam mata maaf kan kau.


Ok, sekian terima kaseh. Harap maklum.



Tuesday, April 5

Drive Safely.


Fuhh! Fuhh! Morning Sharon! Morning Alex! Aku terpaksa buat2 berlari masuk office sebab datang kerja lambat. Sebabnya nak tunjuk effort yang aku rushing and kononnya baru hari ni datang lambat padahal harihari aku datang kerja lambat. HEHE! Apakan daya, setiap hari aku terpaksa berperang untuk membuka mata yang sangat lar liat. :P



Pagi pagi lagi sampai office aku telah dikejutkan dengan berita, anak kepada salah seorang collaegue di office ni mengalami kemalangan di Manila, Phillippine. Dan aku sangat terkejut bila bertanyakan umur dia, baru 5 tahun weyyhhh.. Dan collaugue aku tu pagipagi tadi dah gelak balik sana. Kesiannnn! Budak kecik tu kena langgar dengan motor. Mesti sakit kan? Aku tak dapat nak bayangkan betapa sakitnya nak tahan sakit lukaluka bengkak semua. uhhh! Seram!



Setiap hari Anep akan ingatkan aku untuk hati-hati. Jangan bawak motor laju2 macam keling pariya. Dan dia berpesan sekiranya berlaku apa2 kat aku time pagi2 macam tu dia akan mengamuk macam orang gila.. Ok aku bayangkan.. hmmmm...................... Setiap hari aku akan set dalam mind aku untuk berhati2 di jalan raya. Aku sendiri sebenarnya takot nak ride motor waktu pagi. Jalan aku selalu guna terlalu sesak. Mungkin tu jalan utama diorang untuk pergi kerja. Takpa! Biarkan...




Tengah aku bawak motor, tibatiba pulak aku terpikir yang bukan2.



Contoh lar situasi dia aku on the way nak pergi kerja ni....


Pergi kerja harus lar cantek2. Muka gembira relax je even bangun lambat. Tengah seronok bawak motor ni tak laju dan jugak tak lambat tapi taklah macam orang tengah cari rumah sewa. Kalau aku jumpa orang drive/ride kereta/motor macam nak cari rumah sewa for sure lar kena maki. syiaalll! faaahaakkk!! Ok sambung cerita tengah seronok nyanyi2 atas motor.. kat trafic light kononnya nak masuk susur kiri lar kan... mungkin salah aku mungkin salah orang lain.. tu tak pasti.. tibatiba je kena himpit dengan kereta.. Aku pon mesti lar eh! eh! hati dah takot dah nasib baek sipi sipi je.. ok! Agak malu di situ..



Ok aku teruskan perjalanan dengan agak cermatcermat cuai.. Tibatiba dengan tanpa disedari ada Mat motor di belakang yang jauhnya dia dengan aku mungkin 200 meter. Mungkin dia bekerja sebagai pelayan di Mc'D sebab pakai baju yang aku agak familiar, yang mungkin pada waktu malam menghabiskan masa sebagai Matrempit (Part time). Secara tibatiba dia memecut dan 'celok' kereta-kereta yang ada di situ. Mungkin nak tunjuk hebat atau mungkin dia sama macam aku (datang lambat tapi aku steady je tak pecut pon) atau mungkin dia sakit perut nak 'erk erk'..



Langit tak selalunya cerah. Disebabkan step dia yang tak terlalu bagos dalam aksi 'celok mencelok' ni, handle motor dia telah terlanggar side mirror kereta dan motor dia betol2 tepi motor aku. Kereta tersebut konon nak mengelak tapi tak tengok side mirror yang ada lori besar kat sebelah kanan. Dak berlaku lah kemalangan..



Dan akhirnya aku rebah ke jalan dan terseret sejauh 400 meter. Banyak darah kat jalan. Jalan jadi kucar kacir. Ramai orang berhenti tengok apa dah berlaku. Tidak sampai 10 minit bunyi nii nooo! nii nooo! Bunyi ambulans datang..



Ehh.. cerita ni aku sendiri reka dan imagine tapi aku sendiri tak tau apa yang akan berlaku seterus nya.. hehe!



Kemalangan berlaku di mana saja. Kita sendiri tak pasti. Even kita hati-hati dan orang lain tak hati-hati pon kita yang kena. Sebabnya aku adalah penunggang motorsikal. Hanya bergantung pada 2 tayar. Lebih selamat sekiranya ada kereta. Dan kepada yang ada kereta mereka adalah sangat2 beruntung. Tapi kena ingat jugak kemalangan bukan saja pada motor, tapi semua jenis kenderaan..



Pesanan kepada semua Pengguna jalanraya (termasuk aku) :

1. Jangan terlalu obses pada jalanraya.

2. Jangan terlalu berkuasa di jalanraya.

3. Jangan terlalu ikotkan perasaan, tak kira lar marah ke happy ke..


Kalau kita semua ikot peraturan jalanraya yang kerajaan dah tetapkan, mungkin kemalangan jalanraya dapat dielakkan.



Monday, April 4

Harry Potter Asia Version.




Aku dah lama kot nak upload pasal entry ni. Tapi takot kena marah. Tapi tak kesah lar nak marah ke tak, aku nak upload jugak..



Hensemm tak? Hensem tak? HAHA!



Ni lar perangai dia.. one word. GILA! HAHA!



Ada hati lar tu nak ganti kan Daniel Radcliffe dalam cerita Harry Potter.. Asia version lar tapiiiii.. HEHE! Cerita ni kalau keluar kat Panggung confirm lar cerita yang tengah famous sekarang ni, Hikayat Merong Mahawangsa kalah.. Fast to Furious pon jatuh tempat ke berapa ntah ni.. (ok lawak!)



btw. gilagila pon dia ni.. aku tetap sayang dia.