wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, March 29

Kos berkahwin.



Khas buat mereka yang nak kahwin..

Yang dah kahwin tu pikir2 kalau nak kahwin LAGI.. (aku rembat kang!)



OK, sekarang ni ramai yangn ak dekat kahwin ataupon dalam plan nak kahwin. semua orang tau persiapan nak kahwin ni bukannya mudah, banyak persiapan yang perlu difikirkan. Ia memerlukan satu perancangan yang cukup teliti bagi kedua belah pihak.



Pasangan sekarang lebih stress fikir majlis ni daripada fikir masa depan dan hala tuju hidup diorang bersama. Konon majlis tu kena buat vogue baru famous. yelar! sekali je kahwin pasni takdah..



Ok kat sini jom kita share sedikit sebanyak panduan dan kos2 untuk persiapan majlis. Supaya manjadi pedoman untuk mereka yang ingin kahwin dan yang ingin kahwin lagi. HEHE! Ni semua diambil dari perbualan makcik pakcik mak ayah nenek atok mak jah mak ngah mak nenek apa lagi yer.. hmm..



1. Tok kadi


At least 6 month before the proposed nikah date tu, korang kena register kat jabatan and bila korang pegi register korang mestilah kena tahu asas kahwin.


kos kadi : RM80++ (jangkaan je)



2. Kursus Rumahtangga

Yang ni kira wajib kena pergi. Kalau tak pergi korang tak boleh nikah. Walaupon remaja zaman sekarang ni dah terror dalam bab kahwin ni tapi supposely korang pergi lar refresh balek.

kos kursus : RM80+ (tengok tempat jugak)


3. Book Mak Andam


Mak Andam ni is one the most important people dalam perkahwinan. At least 3 month jugak lar kena book.


kos : RM 1200 (tengok baju apa. Kalau ada baju batman ke takpon otomen mungkin mahal sikit)


4. Photographer

Selalunya mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau korang tanak korang kenalah pandai2 google. Sekarang orang melayu dah pandai nak amek studio lar outdoor lar indoor lar. opps!

kos : RM1,000 (nak murah amek pakai handphone masing2. kan korang punya phone canggih)


5. Kompang

Unless korang nak pakai recording sendiri takyah lar panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 month notice.

kos : RM 200


6. Dekorasi pelamin


Sekarang dah canggih. Dah blok diorang yang boleh transform jadi macam istana Taj Mahal. Kalau tak pon jadi macam lori cina nak mampos. Macammacam design macammacam pattern. Tinggal pilih je.


Kos : RM1,200


7. Tukang masak dan Khemah kerusi meja

Tukang masak kena ada beb. Kalau takde macam mana orang nak makan. Lain lar korang buat majlis kat Mc'D.

kos : RM 10,000 (tengok kepala jugak)


8. Berkat

Kira door gift lar. Yang biasa tu telur rebus tapi sekarang dah maju. Diorang lagi kreatif. Ada yang bagi tuala, coklat, mangkuk, gelas etc..

kos : RM 3,000



9. DJ/Karaoke


Kalau majlis senyap sunyi pon cam tak meriah kan? Selalunya orang akan engage DJ/Karaoke Service. Ada gak yang amek band. Contohnya band Hindustan. At least 6 month kena book.


kos : RM 400



Total estimated cost yang korang kena keluarkan ialah sebanyak RM 17,210



Yang ni hanya jangkaan je. Mungkin ada penambahan lagi dari segi luaran dan jugak dalaman. So prepare je lar lebih2.. Ni belom lagi termasuk hantaran lagi. korang pandai2 lar calculate sendiri..




Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang ni hantaran makin mahal. hah... korang baca lar..


SEBAB..

1. Anak perempuan sorang je.

2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat.

3. Anak perempuan paling jambu dalam family.

4. Anak perempuan kerja high post.

5. Anak perempuan biasa pakai barang branded.

6. Kakak dia belum kahwin, so kena double untuk belanja kakak dia sekali gus.

7. Anak perempuan yang rasa dirinya.. Lengkap segalanya.

8. Bapak perempuan tokey kayu balak ; emak pulak bekas eksekutip.

9. Anak perempuan tu pon jenis erkk.. (semacam je)




Selalunya jawapan yang diberikan oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni perbualan antara family lelaki je)

1. Eh! Nak jual anak ke pe?

2. Kalau pandai masak ke jahit ke satu hal jugak. Ni pandai mekap je.

3. Camni cakap kat diorang simpang anak tu dalam store buat perhiasan.

4. Kalau lawa cam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni hidung penyek cam kena lenyek je.

5. Apa diorang ingat kita ni sedare Bill Gates ke?

6. Lupakan je lar perempuan tu. Nanti mak carikan yang lagi power.



Kata2 dari sebelah perempuan yang lelaki ingin sangat nak dengar.

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki nak bagi, kita ambik je. Member tak cerewet.

2. Takpe lar. Kalau tak boleh adakan sekarang, kita kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment. (banyak cantek!)

3. Don't worry. Korang just sediakan hantaran je. Duit mejlis semua kita sponsor.



Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak habis punya, jawapan dia..

1. Okayy setuju. Kita up lagi RM 10,000. Nothing much lar.

2. Ehh Sikit nah! Camni tanak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation lar.

3. Ni hantara kira pakai Rupiah ke?

4. Kita tak kasi pakai cash lar. Korang pilih nak AMEX ke Diners ke. Kira semua credit card kita ada lah.




Mak perempuan tu pon kalau nak letak harga, biar lar berpatutan dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berpeluh lalaki tu nak adakan hantaran mahal2.



Hati kalau dah suka punya pasal, semua boleh je. Cukup time badan cengkung-menkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam sebab nak kumpul duit. Ada pulak tu yang tepaksa amek personal loan. BANK RAKYAT.. BANK ISLAM.. lepas kahwin, kepala sewel sebab pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, 'loan bini'.. Maka tak tercapai lah maksud perkahwinan yang sepatutnya semakin memudahkan kehidupan...



Friday, March 25

Belajar bahasa baru.



Kita memang fasih dalam bahasa ibunda kita ni, iaitu Bahasa Melayu yang kita gunakan dari kecik sampai lar kita dah besar panjang sekarang ni dan mungkin sampai bila2 kita akan gunakan Bahasa Melayu. Sebabnya kita dari kecik dah diajar bercakap dan mendengar dan kita dah terbiasa gunakan bahasa tu.



Sama lar macam Mat salleh takpon Minah salleh ataupon foreigner dari mana2 lar pon. Diorang dah diajar dari baby lagi gunakan bahasa ibunda diorang. Kalau diorang dari kecik diajar cakap JAWA pon aku rasa diorang lagi pro dari nenek kita. kott tau!! Takpon diorang dah berborak panjang ketawa berdekah-dekah. Macam nenek2 kat kampung tu.. (aku akan selalu ternganga bila mak aku ngan jiran dok borak pasal apa ntah slank JAWA.. then gelak hampir separuh mati. Dan itu amat lah merimaskan aku. Aku nak tau cerita gak wehh!!)



Tapi aku salute tau dengan Bangla ke Nepal ke. Diorang datang negara kita tak macam kita datang negara orang. Diorang datang sini lepak je tak yah pergi class Bahasa Melayu. Mula2 diorang datang agak beputar2 la kot kepala diorang nak fahamkan apa kita cakap. Tapi aku boleh guarantee yang diorang boleh faham apa kita cakap tak sampai 3 bulan. Cepat je kan diorang tangkap bahasa kita.



Tengok orang melayu (bukan nak mengutuk sebab diri sendiri pon sama je), Bahasa Inggeris pon cukup2 makan je dalam report card. Liat sangat nak masuk dalam kepala ni. HIHI! Sebab apa? Sebabnya diorang tak dibiasakan bercakap, mendengar dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam hidup seharian diorang. Aku pon sekarang dalam pembelajaran melembutkan lidah untuk bercakap bahasa Inggeris ni, selalu mahir dalam menulis je. :)



Ni bukan nada nak menyalahkan mana2 pihak. Kalau ada pihak yang terasa dengan kata2 ni sila lah gunakan Bahasa Inggeris dari sekarang. penting sangat! :)



Kat office aku ni ada ramai foreigner dari filipine. Kadang dengar diorang bercakap bersembang macam kita ni tengah tengok cerita pangako sayo (entah betol ke tak aku eja ni) Sumpah sama! Berbulu je telinga aku ni. Kadang diorang ajar gak aku serba sikit word yang pronounce bahasa melayu ni yang lebih kurang sama dengan diorang.



Contoh :


Hati-hati : cutting two. (bahagi kepada dua)
Sayang : wasting. (pembaziran)
Hanif : Virus at chicken skin make itchy. (aku label kan mungkin HAMA ayam)



Serious lain kan maksud perkataan diorang dengan maksud kita. Maknanya kalau kita datang tempat diorang, kita tak boleh cakap sembarangan. Nanti ada pulak yang salah tafsir.



Tapi aku serious nak belajar cakap mexico.. ouh! Thalia come here teach me some of the word for beginning. HIHI!


Thursday, March 24

Entry hari ni untuk anep.



Hai anep!



Anep buat apa tu? I tau you tengah kerja. (HAHA! Jawab sendiri.) Yeke kerja? Ke duduk melepak ushar perempuan mana ntah tu? Tak pon tengah soroksorok tengok movie. aHaaa!!



Hari ni I saje je buat entry khas untuk you sayang. Tiba-tiba tangan terasa gatal. HEHE! Tapi nak cerita pasal apa yer? Hmm...




Sayang,
Selama setahun ntah berapa bulan ni, I nak mintak ampun dan maaf kalau selama ni I pernaj terkoyakkan hati you. Mungkin keterlanjuran perbuatan I yang salah yang menyebabkan you tak senang. Wahh! I tau I ni degil plus blurr tahap maximum. Yelar.. Semua orang cakap macam tu. So no wonder lar kan? Tapi I sekarang dalam proses mengurangkan tahap kedegilan dan juga keblurran I ni. Harap you bersabar dan teroskan bersabar lar yer. Doakan je yang terbaik. :)



Terima kasih untuk selama setahun ntah berapa bulan ni, you selalu ada dengan I. (even kadang2 you garang then I senyap tu tanda tunjuk protes!) Apa pon yang terjadi antara kita. Mungkin sekarang, mungkin kejap lagi, esok, lusa atau bila, semua tu memang dah tertulis untuk kita. Mungkin sekarang diorang musuh kita, mungkin juga diorang akan jadi kawan kita. Mungkin sekarang diorang jadi kawan kita, mungkin esok lusa diorang akan benci kita. Yang penting sekarang kita sentiasa doakan yang terbaik untuk orang sekeliling kita baru diorang akan doakan untuk kita.



Kalau ada yang tak suka kita tanpa kita sedar. Takpe biarkan! Bukan bermakna kita pon mesti tak sukakan dia. So, cara yang terbaik ialah LANTAKLAH DIA! HEHE!



ZURIN akan selalu sayang HANIF...



Wednesday, March 23

Pandai ke tak tu belakang cerita.



Mari memulakan hari KITA dengan senyuman. PEACE! (ni bukan fake smile. seikhlas yang mungkin akan aku sedekahkan. HEHE!)



Malam tadi aku tidur awal lagi dengan handphone tak lekang di tangan. Handphone yang sungguh setia. Seawal nya aku dah warning dekat anep yang mata aku dah pedih kalau tak reply meseg tu tandanya aku dah tidur. Tak sampai 10 minit lepas tu aku pon terlelap meninggalkan anep sendirian. Nasib baik dia memahami. *senyuman lega.



Ok sekarang aku nak bercerita tentang Perlu ke Seorang Perempuan Itu Pandai Memasak. Persoalannya sekarang adakah memasak tu merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada dalam diri seorang perempuan untuk menjadikan diri sempurna. Mehh kita selidik2 cari jawapan bagi persoalan diatas. :)



Bagi aku yang tak berapa pandai memasak ni, penting lar jugak untuk kita seorang perempuan untuk belajar memasak. Sedikit sebanyak belajar lar yang basic dulu tak perlu lar straight nak belajar buat nasi minyak nasi kerabu masak lemak ketam bagai. Contoh masakan yang simple lagi kacang, buat lar nasi goreng ke sambal udang ke sardin ke (sardin ni menu paling top aku pandai buat. hihi!)



Malu lar kita sebagai seorang perempuan pada lelaki (especially chef2 lelaki) yang pandai memasak even diorang ni masak agak kelamkabut sikit. Maaf kepada lelaki, kerana ini fakta yang tak boleh disangkal lagi. Mungkin hanya 25% lelaki dalam dunia yang pengemas dan baki nya alamak! jawab lar sendiri.



Masyarakat diluar sana tak perlu lar menyalahkan atau mengutuk secara berterusan kepada perempuan yang langsung tidak pandai memasak ni. Seeloknya pujuk lar diorang secara perlahan2 untuk belajar memasak.



Contohnya : kalau bf dia tau gf dia tak pandai masak. Cuba korang try suruh diorang masak pape yang simple then kalau diorang dah masak tu bagi lar pujian yang memberangsangkan. (even macam agak teruk lar jugak rupa masakan dia)



Dulu aku ni seorang yang tak suka masuk dapur. Paling terok lagi fakta tentang aku, dulu kalau boleh bau bawang goreng pon tak boleh. Kira benci lar bau tu. Pantang! Mengalahkan perempuan mengandung yang alah bau bawang goreng. Tapi setelah semakin matang ni, otak aku mula pandai memikirkan effect kalau aku tak pandai memasak. HASILNYA sekarang aku belajar memasak melalui telefon (dalam erti lain call mak tanya pasal menu) Malu tau! Dulu mak pernah cakap jangan sampai nanti dah jauh baru nak telefon tanya macam nak masak ni nak masak tu. see! apa betol tak mak aku cakap tu.



Nenek aku pon selalu gak tegur, perempuan kena pandai memasak kononnya nanti husband tak cari lain. Yekew? Kalau dah lelaki tu nak cari lain macam2 alasan diorang ni boleh bagi. Benda tengah excited 'nak' kan, 1001 alasan diorang boleh bagi. Ok! ni nada nak menjawab. Bukan macam tu maksud nenek aku tu. Betol lar apa nenek aku cakap tu cuma penyampaian dia lain. Sepatotnya dia cakap perempuan kena pandai masak sebab air tangan seorang isteri ni lar penguat sebuah ikatan perkahwinan. (cewahhh! ayat aku ni macam orang yang dah berpengalaman kahwin je kan? HEHE!) Tapi betol apa aku cakap. Korang tengok pasangan2 yang happy kat luar sana. Perut hsband dia mesti buncit tak banyak sikit pon ada. Sebabnya cukup makan cukup happy. Hasil air tangan isteri deme.



So, apa lagi perempuan2 di luar sana dan juga aku Jomm ramai2 pergi belajar memasak demi kesejahteraan diri sendiri. Tak rugi kot kita pergi belajar memasak even bukan untuk orang lain, yang penting bermula dari pangkal hati. :)


Tuesday, March 22

Kepenatan yang melampau.



Syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang untuk aku teros bernafas di satu ruang yang kecil di dunia ini serta memberikan peluang untuk aku teros mengarut mengepek dalam blog aku yang tak seberapa menarik ini. Teriam kasih yang teramat sangat..



Setelah berpenatan semalam, hari ini aku mengalami keletihan dan kemalasan untuk datang kerja, yang peratusannya agak tinggi. -.- Tapi apakan daya aku ini hanya kerani capuk (orang penting) dalam office. Lain lar kalau Sharon ke Leong yang tak datang. Takda siapa kot yang kesah..



Semalam macam2 hal yang terjadi before and after aku nak pergi interview tu. First, dapat berita kak anna langgar mat motor lar. kesian! Ni aku punya pasal lar.. Second, kitorang sesat di tengah Ampang. U-turn nak dekat 3 kali. Third, yang ni lepas interview. Disebabkan takda parking kat area tempat aku akan di-interview tu, kak anna tinggalkan kereta dia kat car wash. Sementara nak tunggu aku, dia pergi lepak minum teh tarik kat kedai mamak. Time dia melepak tu aku sedang di-interview. Lepas je keluar dari company tu. Aku pon join lar dia. borak2 dengan dia. Then aku ajak dia blah sebab aku nak pergi toilet. Sampai je kat car wash tu, then bayar upah semua. Nak start kereta dah tak boleh dah. eh eh apasal ni! Buat hal lar.. Naseb kedai repair kereta ada je kat situ (kebetulan). Check punya check. Rupa2nya BATERY kereta tu da kong. (orang yang basuh kereta tu tak tutup lampu kereta. spoil!) Habis RM200. (duit kak anna)



Then lepas tu, aku temankan kak anna pergi Midvalley. Dia kata nak makan. Sebelum pergi makan tu temankan dia hantar laptop dia kat lenovo. Lepas tu kitorang pergi makan2 kat apa ntah nama kedai tu. Kalau tak silap darenga kot. Ntah lar tak pasti. Biaq pi lar. Sembang2 then akak tanya nanti naek bus kat mana? aku cakap takyah hantar lar naek komuter je kat Midvalley ni nanti stop kat Seremban boleh naek bus. Akak kata ok. Masing2 layan nasi masing2.. senyum! (hati lega setelah interview)



Sebelom penghabisan untuk entry hari ni, saya nak mengucakan terima kasih yang teramat sangat kepada Anebella, Fara (si Gemok) Mira (si pendek) kerana memberi support dari segi mental, penginapan dan juga wang ringgit yang dihabiskan kerana saya sepanjang saya berada di Kuala Lumpur (2 hari 1 malam).



* lupa nak ambik gambar before pergi interview semalam. (kelamkabut)

* kemeja pon tertinggal dekat rumah fara.

* Akibat terlalu nervous atau terlalu happy, aku dah salah pakai seluar. Seluar slack siapa ntah yang aku salah pakai tu.. malu naseb takda siapa2 nampak. :P

* kaki melecet selepas hampir seharian pakai heels.

* Tertidur dalam train tak ingat dunia naseb baek tak patah balek midvalley balek. :)



Tuesday, March 15

Dua cerita dalam masa satu hari.



Setelah sibok seharian bekerja di pejabat (aiceceh buat2 busy pulak), maka terbiar lagi blog aku ni kesepian tanpa khabar berita. Hajat di hati nak jugak lar meng-update apa2 ceritacerita baru. Tapi tu lar, masa untuk melepakkan diri tu kurang. Dalam maksud tersirat yang nak aku sampaikan ni masa mengular dalam pejabat. HIHI!



Sekarang ni ada seketul dua ketul masa nak taip cerita semalam (padahal boss keluar kejap pergi bank, so takda lar dia asyik nak lalu2 kat belakang aku ni haa :D) akal si zurin ni..



Ni haa nak cerita pasal semalam (gaya makcik bedah menyinsingkan baju pastu nampak gelang emas dia sampai siku. Lorat!). Aku dapat offer kerja dekat area Ampang. Makaihhh jauh tuuu. Mula2 tu rasa excited nak mati. Tapi last sekali rasa down pulak nak pergi. Sebab mula2 sekali hajat nak kerja area kampung kat Sungai Buloh. Alasan nya dekat dengan rumah. Ni dapat kat Ampang yang dekat tengah bandar tu. huhhh! (dalam usaha nak menjimatkan duit, nak kawen! ok nak cakap gatal kan tau dah..)



Ni haa nak cerita pasal semalam (gaya makcik bedah mulut becok mula nak mengumpat) aku dapat offer kerja dekat satu company ni. Aku tak pasti lagi company apa. Tapi dengar cerita company pelancongan. Wahh! Aku ni cepat nervous. So nervous lar. Orang tu pulak beriya nak aku kerja kat tempat kerja tu. Kata aku punya resume tu menepati position yang dia nak tawarkan lar (bahagian akaun). Ditambah lagi aku ada Diploma Akaun. Basic Akaun SPM. bla bla bla. Wahh hebakk sangat aku ni.. (perasan.com)



Aku dah mula cemas cuak happy sedih takot menggelabah suka macam2 perasaan bercampur. Persoalannya macam mana kalau aku dapat kerja tu? Aku rasa happy sebab dapat balek selangor macam yang aku impikan dulu walaupun sebenarnya impikan tempat kerja dekat dengan rumah. (eleyhh tipu!! sebenarnya gaji kat selangor tinggi. hee!) Disebalik perasaan happy ni terselit perasaan sedih pilu yang teramat. Sebab terpaksa tinggalkan anep! :( Sedih kan??



Pikir punya pikir, pagi tadi aku rasa macam terpaksa cancelkan interview tu. So, aku pergi kerja macam biasa kalau tak aku amek EMERGENCY LEAVE. Then ramai member2 suruh aku call En.Din tu suruh postpone interview. Aku dah rasa malas dah. So, abaikan lar offer tu kan?



TIBA-TIBA......



Kring! Kring! (tipu je bukan macam ni ringtone aku) phone aku berbunyi (wahh! macam ayat karangan Bahasa Malaysia time exam PMR dulu lar) En.Din yang semalam tu call lagi lar. Nampak tak effort si En.Din ni nak amek aku kerja. Tak ramai orang macam ni. Bagus! Bagus! HIHI!


aku : hello...

En.Din : Hello Cik Zurin..

aku : yerr saya..(nada tak bersalah sepatotnya aku yang call dia)

En.Din : Cik zurin tak jadi datang ea interview?

aku : (huhh? diorang tunggu aku ke?) Haah lar En.Din saya tak dapat datang. Saya tak dapat cuti hari ni..

En.Din : Ouh yekew? (nada hampa.guest so!)

aku: Boleh tak kalau saya nak postpone interivew tu?

En.Din : Bila tu Cik Zurin?

aku : Bila paling lambat En.Din boleh bagi?

En.Din : Kalau sabtu ni boleh?

aku : saya cuba boleh?

En.Din : Boleh, tapi nanti saya discuss dengan boss yang interivew tu dulu.

aku : terima kasih En.Din.

En.Din : Nanti apa2 berita saya beritahu Cik Zurin yer..

aku : ok.

fuhhh! Sangat2 tak expect yang dia akan call balek.



Ok cerita yang lagi satu dekat Jusco..


Tengah aku khusyuk buat kerja aku macam biasa. Dah pukul 10.30 time tu. Memang saat2 kemuncak nak balek lar kan? tibatiba datang lar member seperjuangan aku (cashier nama IKIN) untuk tolong packing barang2 customer dalam plastic. Dia ada cakap dengan aku dia rasa tak sedap badan. Mata dia dah kelabu. Aku pon buat lar lawak hanjengg.. Dia kata dia dah tak larat nak gelak. Aku pon ok fine! tak buat lawak dah. Aku suruh dia duduk takyah tolong aku. Dia tengok je aku. Aku kesian tengok dia. Muka dia serious pucat.



Disebabkan rumah dia jauh nun kat Jasin sana and dia drive seorang balek rumah, aku pon tanya lar dia macam mana nak balek rumah dengan keadaan dia macam tu. Dia kata dia pon tengah pikir perkara yang sama. Aku tak bagi dia balek seorang nanti jadi pape susah! Fyi, nak balek Jasin tu akan lalu hutan selama 20 minit. Korang dapat bayangkan kalau jadi pape kat dia nanti. haaa!!



Tengah aku duduk kira duit, anak mata aku ni still curi2 tengok keadaan dia. Dia tengah duduk tu teros je rebah. Tapi aku sempat tarik tangan dia. Aku tepok2 pipi dia. hey! hey kin! bangun kin! Jangan tutup mata kin! Ramai tak perasaan. Aku mintak tolong baru ramai datang. Diorang tak perasan. Ikin antara sedar dengan tak. Sebab bila kitorang teriak nama dia, dia bukak mata then pejam balek. Aku takot situasi camtu.. huuuu...



Agak kecoh yer malam tadi sebab ambulans datang Jusco. Ramai orang taktau pasal apa. Sian IKIN! Aku rasa lar dia penat sangat kot. Sebab dia kata dia full semalam dari pagi sampai malam.



Ok nak cerita tu je. Malam tadi cerita kat anep. Dia gelak2 langsung tak amek serious apa aku cerita. Aku ni pulak ngah seronok bercerita pasal semalam dia spoil mood aku nak sambung cerita.. Dia kata aku cerita macam budak2. one by one. (ok malas dah nak cerita pape. hehh! ingat heran!)

Saturday, March 12

Now I have the little boo.





Binatang peliharaan. Aku namakan dia JOHN.
(Nak bela anak kucing sebenarnya tapi anep tak bagi. hmph!)





JOHN aku ni agak pemalu yer. Aku nak snap gambar dia je, confirm dia lari. Sayang, jangan lar macam tu. I nak masukkan dalam blog tau. Famous tau you nanti. (puas dah pujuk tak jalan gak. Pujuk ajak jalan2 pon tak mau. Tak makan saman betol!)

Aku beli dia semalam, time tu jalan2 dekat Pahlawan Walk dengan officemate aku dayah dengan suraya. Macam2 benda ada kat situ tapi semua aku tak kenan. Last sekali nampak ada akak ni jual macam2 binatang peliharaan. Anak kucing lar anak arnab lar macam2 lar. Last sekali aku nampak si JOHN ni dengan kawan2 dia. Wahh! Cantekk! Biru ada merah ada macam2 warna ada. (pelangi takda kalau ada dah sapu dah)



Eh kejap2. Nak tau tak anak kucing tu berapa harga dia. RM300. Tecekik Mak Jah dengar. Kalau kat kampung besepah kucing kat belakang rumah aku. FREE je kot. Anak kucing ada mak kucing ada bapak kucing pon ada. Tinggal nak pilih je..



Ok sambung cerita pasal si JOHN ni, aku pilih lar ikanikan yang ada tu. Pening gak! Last aku pilih si JOHN ni. Aku panggil lar akak tu.. kak, ikan ni berapa seekor? Akak tu boleh layan orang lain tanpa memikirkan muka aku yang dah malu disebabkan soalan aku pending td. Aku pon jerit dengan sekuat hati. Eh takda lar aku panggil banyak kali je sambil ketuk meja.. Harga dia ehemm! RM2 Jeee..!! Rasa malam tu macam nak beli je semua tuuu.. HEHE!



Wednesday, March 9

Tentang hati.




Salam semua! Selamat tengahari hee! Ada siapa2 kat sini yang belum breakfast macam aku tolong angkat tangan.. Adoyy! Lapar macam nak mati ni wehh tinggal berapa saat je lagi ni.. Kriukk! kriukkk! kriukkkkkk!! Hoyy! pekak ke tak dengar ke perut aku dah menjerit ni.



wehh! Ntah2 kan cacing dalam perut aku dah buat konspirasi yang agak besar untuk membunuh aku secara perlahan2. 'Mereka2 mungkin dah gigit sikit sikit tisu usus aku. Then lama2 tisu usus aku takda... damnnnn! usus aku akan koyak! dannnn makin teruk lagi usus aku bocor. Oh god! aku disahkan oleh pakar doktor dari Amerika Syarikat yang aku akan mati akibat usus bocor. ouh shit! sungguh memalukannn! (ok dah jauh sangat ni zurin, macam cerita orang puith pulak nak overrr2. Ting! Back to normal)



OK hari ni aku layan lagu sentimental sikit. Dan sememangnya hari2 aku dengar lagu sentimental. Kalau nak diikotkan hampir setiap hari kot hidup aku dipenuhi dengan lagu yang mental2. Yang penting aku sukaaa!! Aku memang suka lagu yang mental2 ni. Penuh kat 'rumah' aku lagu mental2 ni.. Ditambah pulak time nak tidur dengar lagu2 camgitu.. Uhh! Sungguh aku cakap ni, sangat nyenyak untuk aku tidur. Korang tak suka? Suka hati korang lar. Ada aku kesah! :P



Cuba korang dengar lagu ni KU INTAI CINTA DALAM RAHSIA - Jeslina Hashim.


Berbisik di dasar hati
Bertanya kan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta...


Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Mencapai hanya
Ilusi mimpi..


Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan air mata..



ooppss! Mari kita ber'karaoke' secara berjemaah..



kriuk! kriuk!



adoyy dia buat hal lagi.. Please kejap je lagi sayang 12.30 nanti kita pergi makan ok?? Jangan macam ni.. Kita tak suka tau.. (dalam nada sopan lemah lembut gemalai. haha! Bapak geli lembut camgini zurin zuhir)


Tuesday, March 8

Putih itu suci murni.



Kredit to Fara Dila. :)



Sebab tolong editkan Blog aku yang sebelum ni rupa hanjenggg.. Makaseh yer gemok! huehuehue! Cuba korang tengok blog aku ni putih je kan? Suci je! Sejuk mata nak baca kan? HAA! Macam ni lar yang aku nak. Putih macam iklan DYNAMO! HEHE!

OK! Lepas ni nak edit banner untuk blog pulak.. tunggu yaaaa!!!




I LOVE YOU LAHH
Fara Dila
:)

Monday, March 7

Customer oh customer.





Selamat pagi semuanyaa! Oh god! Pagi2 ni tibatiba rasa macam nak membebel lar pulak. Padahal takda point pon. HIHI! Takde lar takde nak bebel apa pon. Just nak share benda HAPPY & UNHAPPY pasal customer yang pelbagai ragam ni.



Korang boleh tengok kadang2 customer ni ragam dorang ni pelik sikit. Kadang rasa alaaa cute comel lote rasa nak cubit2 je pipi. Kadang rasa hempuk bagi back hand ke flying kick ke. grr! Apa pon jom kita share.. :)



Situasi pertama :

Aku : Selamat datang miss! :) Ada Jcard miss?

Customer A : Selamat datang :) Ada (sambil menghulurkan Jcard)

Aku : Nice je customer macam ni. (cakap dalam hati sambil tu ambik Jcard dia then swipe then scan barang2 dia macam biasa)

Customer A : (berdiri depan aku sambil tu dok ushar muka aku)

Aku : -.-" (dah malu2 dah ni)

Customer A : (mula ajak berbual) Dek, muka adik ni macam anak buah akak lar.

Aku : Ouh yeke?

Customer A : Bang, cuba tengok muka dia. Macam ni si putik bunga kan?

Husband A : Haah lar.

Aku : Dah bertambah malu da ni.. (blushing habis dah muka)

Customer A : Bang, nanti bila si putik bunga ni dah besar mesti muka dia cantek macam cashier ni kan?

Aku : (senyumsenyum then menyampuk sebab tertanya2) Berapa umur anak buah akak tu?

Customer A : Baru je 3 tahun.

Aku : harrrkkk?? Aku gelak dalam hati bagai nak mati. Aku tak imagine pon anak buah dia sekecik tu. phfftt.



Situasi kedua :

Aku : (macam biasa lar serve customer memang terbaekkk)

Customer M : Dek, anak abang ni minat kat awak ler. (sambil menunjuk ke arah anak lelaki dia)

Aku : (macam biasa senyum sambil tengok anak dia) haaahhh?? Budak lelaki kecik umur dia mungkin baru darjah 4 atau 5. Dek, please dek cari yang sebaya lagi comel lote. Cute lar adik ni.

Little boy : Lepas je bapak dia tunjuk. Laju je dia lari pergi mana ntah..



Situasi ketiga :

Yang contoh ketiga ni hampir setiap hari aku dengar.. :)

Aku : (serve customer macam biasa)

The Customers : Eh, you ni mix yerr..? (kebanyakannya chinese lar yang tanya)

Aku : ehh tak lar.. i'm pure malay.

The Customers : Ouh really? Tapi muka you look like chinese.. :)
Aku : Yup malay! (yeler kan dah cakap tadi. Lain kali kau cakap lar. Eh muka you ni mix mexico yer? kan sejuk hati ni.. :P ok nak cakap saya ni peminat cerita mexico)


Situasi keempat :

Customer ni muka dia kita dah dapat agak muka complaint punya orang. Aku ni pulak baru first time jaga kat counter barang stationery.

Aku : (macam biasa serve orang. The best kot tak dinafikan tu.)

Customer XX : Letak barang2 dia termasuk lar pembalut hadiah. (then muka cam nak kena sepak dari belakang. phhfftt!)

Aku : Scan barang dia macam biasa. Last sekali baru scan pembalut hadiah dia. Aku yang tak tau pape ni gulung lar dia punya pembalut then dalam kepala otak aku ni pikir gak apa aku nak buat dengan pembalut dia ni. cari cellotape takde. Last sekali aku ingat mungkin pakai sticker sold tu. Aku baru je nak stick benda alah tu. Customer tu tengking aku..

Customer XX : heeyyy!! you nak buat apa dengan sticker tu. Rosak lar I punya pembalut tu kalau you nak stick guna tu.

Aku : huhh? (terperanjat aku. malu habis. aku nak buat macam mana ni? Tanya je lar..) sorry miss! I first time kat sini. So tak tau nak buat macam mana.

Customer XX : (dengan nada yang agak kasar yang kurang sedap didengar) you ada kertas? pastu sticker tu.

Aku : (dengan gelabah bagi kertas and sticker) then cakap total dia..

Promoter area situ : Kenapa ni zurin?

Aku : Takde pape (muka sebak kena marah)



Situasi kelima :

Kira bulan nov 2010 sampai lar bulan feb 2011 ni Jusco ada buat satu contest untuk Cashier. Contest tu dinamakan 'SHOW AND TELL'. Kira semua cashier lar terlibat termasuk parttime. 'show and tell' ni untuk vote cashier mana yang terbaik. Kira dia serve macam mana memuaskan ke tidak. Kalau puas hati tulis kat situ puas hati. Kalau tak puas hati tulis kat situ apa yang diorang tak puas hati. Syarat2 kat dalam form 'show and tell' tu MESTI tulis nama. Then salah satu antara Jcard Number dengan Phone Number.

Aku : macam biasa..

Customer B : (lelaki dan gf dia) Takda Jcard.

Aku : Scan barang dia. Then tunjuk form 'show and tell' tu. Then cakap form ni kira vote untuk cashier. So boleh you isi form ni then tulis nama and number phone (sebab takda Jcard)

Customer B : ok.

Gf dia : Jeling aku then rampas pen kat tangan bf dia. Then tulis nama dia si bunga tahik ayam and number phone dia.

Aku : huhh? (perlu ke kau jeling aku macam tu.) Terima kasih lar cik kak sebab layan aku cam tu. comel sangat macam tu. grr!



Kalau korang nak tau macam2 lagi ragam customer yang aku tak boleh nak huraikan kat sini. Aku pon pernah jadi customer tapi tak pernah lagi aku buat hal macam customer2 aku. Kadang tu aku tak paham kenapa kebanyakan customer pikir cashier ni macam kecik je bagi dorang. Macam kerjaya cashier ni untuk orang yang kurang pandai je (ok ayat ni sedap sikit di baca)



Kalau hari2 customer buat aku naik hangin. Adoyy! Nampak tua lar aku.. Wahai customer2 di luar sana please bagi cashier tersenyum je.. Baru sejuk hati. Layanan pon first class.. :)



Wednesday, March 2

Mari kita edit dia.



HAHA! Serious aku paling menyampah tengok blog aku ni. Rasa benci gila tengok blog sendiri. :) Bersepah. SEMAK. Tak terator. Hmm. Apa lagi ea word yang sesuai.

Ok! Sekarang nak tukar lagi. Tak selesa lar cam niiii..


:) ok bye!

Tuesday, March 1

Dia 'fan' yang sungguh taksub.



grrr!


grrr!


grrr!


Apa ni marah marah sangat ni.. huhu! Eh takda lar den goram yo.. Tadi dapat call dari anep. Dia kata malam ni ada game bola. Chelsea vs Manu. Pukul 3.40 pagi. Dia kata dia kena jugak tengok bola. (kalau dah fanatic memang cam ni.) So malam ni, dia kata dia kena tidow awal. Aku terus je merengus ketidakpuashatian yeeee... Sebab aku tau. Malam ni lepas je balek kerja Jusco mesti dia tak reply meseg aku. Sebab dia tidowww. Konon pagi nanti nak tengok bola then teros pergi kerja. errggghh!


Fanatic tak ? fanatic tak ? Sabar tak ? Sabar tak ?


Tension weyhhh kepulangan ku setelah pulang dari kerja tidak di sambut.. HEHE! Macam dah orang dah kawen pulak nak kena tunggu balek kerja... (dalam nada kegedikan) :)


So malam ni aku pon tidow awal lar jugak kan ? pfhht.


Doa aku : Mintak2 duadua kalah. Puashati aku.. yesss!!! Sorry CHELSA. Sorry MANCHESTER UNITED. Huehuehue! Kejam ark aku ?


OK BYE.. -.-"