wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Monday, March 7

Customer oh customer.





Selamat pagi semuanyaa! Oh god! Pagi2 ni tibatiba rasa macam nak membebel lar pulak. Padahal takda point pon. HIHI! Takde lar takde nak bebel apa pon. Just nak share benda HAPPY & UNHAPPY pasal customer yang pelbagai ragam ni.



Korang boleh tengok kadang2 customer ni ragam dorang ni pelik sikit. Kadang rasa alaaa cute comel lote rasa nak cubit2 je pipi. Kadang rasa hempuk bagi back hand ke flying kick ke. grr! Apa pon jom kita share.. :)



Situasi pertama :

Aku : Selamat datang miss! :) Ada Jcard miss?

Customer A : Selamat datang :) Ada (sambil menghulurkan Jcard)

Aku : Nice je customer macam ni. (cakap dalam hati sambil tu ambik Jcard dia then swipe then scan barang2 dia macam biasa)

Customer A : (berdiri depan aku sambil tu dok ushar muka aku)

Aku : -.-" (dah malu2 dah ni)

Customer A : (mula ajak berbual) Dek, muka adik ni macam anak buah akak lar.

Aku : Ouh yeke?

Customer A : Bang, cuba tengok muka dia. Macam ni si putik bunga kan?

Husband A : Haah lar.

Aku : Dah bertambah malu da ni.. (blushing habis dah muka)

Customer A : Bang, nanti bila si putik bunga ni dah besar mesti muka dia cantek macam cashier ni kan?

Aku : (senyumsenyum then menyampuk sebab tertanya2) Berapa umur anak buah akak tu?

Customer A : Baru je 3 tahun.

Aku : harrrkkk?? Aku gelak dalam hati bagai nak mati. Aku tak imagine pon anak buah dia sekecik tu. phfftt.



Situasi kedua :

Aku : (macam biasa lar serve customer memang terbaekkk)

Customer M : Dek, anak abang ni minat kat awak ler. (sambil menunjuk ke arah anak lelaki dia)

Aku : (macam biasa senyum sambil tengok anak dia) haaahhh?? Budak lelaki kecik umur dia mungkin baru darjah 4 atau 5. Dek, please dek cari yang sebaya lagi comel lote. Cute lar adik ni.

Little boy : Lepas je bapak dia tunjuk. Laju je dia lari pergi mana ntah..



Situasi ketiga :

Yang contoh ketiga ni hampir setiap hari aku dengar.. :)

Aku : (serve customer macam biasa)

The Customers : Eh, you ni mix yerr..? (kebanyakannya chinese lar yang tanya)

Aku : ehh tak lar.. i'm pure malay.

The Customers : Ouh really? Tapi muka you look like chinese.. :)
Aku : Yup malay! (yeler kan dah cakap tadi. Lain kali kau cakap lar. Eh muka you ni mix mexico yer? kan sejuk hati ni.. :P ok nak cakap saya ni peminat cerita mexico)


Situasi keempat :

Customer ni muka dia kita dah dapat agak muka complaint punya orang. Aku ni pulak baru first time jaga kat counter barang stationery.

Aku : (macam biasa serve orang. The best kot tak dinafikan tu.)

Customer XX : Letak barang2 dia termasuk lar pembalut hadiah. (then muka cam nak kena sepak dari belakang. phhfftt!)

Aku : Scan barang dia macam biasa. Last sekali baru scan pembalut hadiah dia. Aku yang tak tau pape ni gulung lar dia punya pembalut then dalam kepala otak aku ni pikir gak apa aku nak buat dengan pembalut dia ni. cari cellotape takde. Last sekali aku ingat mungkin pakai sticker sold tu. Aku baru je nak stick benda alah tu. Customer tu tengking aku..

Customer XX : heeyyy!! you nak buat apa dengan sticker tu. Rosak lar I punya pembalut tu kalau you nak stick guna tu.

Aku : huhh? (terperanjat aku. malu habis. aku nak buat macam mana ni? Tanya je lar..) sorry miss! I first time kat sini. So tak tau nak buat macam mana.

Customer XX : (dengan nada yang agak kasar yang kurang sedap didengar) you ada kertas? pastu sticker tu.

Aku : (dengan gelabah bagi kertas and sticker) then cakap total dia..

Promoter area situ : Kenapa ni zurin?

Aku : Takde pape (muka sebak kena marah)



Situasi kelima :

Kira bulan nov 2010 sampai lar bulan feb 2011 ni Jusco ada buat satu contest untuk Cashier. Contest tu dinamakan 'SHOW AND TELL'. Kira semua cashier lar terlibat termasuk parttime. 'show and tell' ni untuk vote cashier mana yang terbaik. Kira dia serve macam mana memuaskan ke tidak. Kalau puas hati tulis kat situ puas hati. Kalau tak puas hati tulis kat situ apa yang diorang tak puas hati. Syarat2 kat dalam form 'show and tell' tu MESTI tulis nama. Then salah satu antara Jcard Number dengan Phone Number.

Aku : macam biasa..

Customer B : (lelaki dan gf dia) Takda Jcard.

Aku : Scan barang dia. Then tunjuk form 'show and tell' tu. Then cakap form ni kira vote untuk cashier. So boleh you isi form ni then tulis nama and number phone (sebab takda Jcard)

Customer B : ok.

Gf dia : Jeling aku then rampas pen kat tangan bf dia. Then tulis nama dia si bunga tahik ayam and number phone dia.

Aku : huhh? (perlu ke kau jeling aku macam tu.) Terima kasih lar cik kak sebab layan aku cam tu. comel sangat macam tu. grr!



Kalau korang nak tau macam2 lagi ragam customer yang aku tak boleh nak huraikan kat sini. Aku pon pernah jadi customer tapi tak pernah lagi aku buat hal macam customer2 aku. Kadang tu aku tak paham kenapa kebanyakan customer pikir cashier ni macam kecik je bagi dorang. Macam kerjaya cashier ni untuk orang yang kurang pandai je (ok ayat ni sedap sikit di baca)



Kalau hari2 customer buat aku naik hangin. Adoyy! Nampak tua lar aku.. Wahai customer2 di luar sana please bagi cashier tersenyum je.. Baru sejuk hati. Layanan pon first class.. :)



No comments:

Post a Comment