wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, August 23

Agak menarik.




Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terikat di mata kailmu, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh bisa dari ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.



Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya dia mengingat.



Jika kamu menadah air birlah berpada,
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menggangap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila ia sudah retak.
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula,
Akhirnya ia di buang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.



Begitu jugalah sekiranya kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia hanya manusia biasa,
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.



Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
yang pasti baik untuk diri kamu,
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu mengimpikan makanan yang lazat.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh lagi memakannya.
Akhirnya kamu menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan,
yang membawa kebaikan kepada dirimu,
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba meembandingkannya dengan orang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya ; apabila dia menjadi milik orang lain.
Akhirnya kamu menyesal.



* fikir fikirkan, selamat beramal.. :)


Monday, August 15

Tak sabar rasanya.





Nak tempah tiket dari sekarang boleh? haha!