wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Showing posts with label sukahatilabuair. Show all posts
Showing posts with label sukahatilabuair. Show all posts

Friday, October 7

Persediaan?



Bersedia kah aku? Ouh serious lah tidak dari segi mental dan juga fizikal. Ouh bagai nak tercabut jantung dari jasad aku ni bila fikir banyak kali tentang masalah aku yang kena transfer ke KL tuuu.. Korang tau tak hati aku dah melekat bagai di patri kat melaka ni. Well, its really hard for me to leave here (melaka).



Now is October then next month is NOVEMBER!! Huhuhu! How about my second anniversary. Anniversary tu pulak hari selasa. Memang tak boleh lar kan nak mintak cuti. Dah takde lah celebrate lagi macam dulu tu. Mungkin yang akan datang aku akan kenangkan memori lama je lar kan? pheww! Seksa jiwa raga ni..




I'm in stresss! stresss! Aku Stressss ni nyah oiii....!




Sejak kebelakangan ni aku banyak mengalami stress di mana aku pon tak pasti aku stress pasal apa. Kadang tu benda kecik pon aku boleh nak maki2 marah2. Campak barang tu dah jadi macam kebiasaan pulak yang dulu nya aku ni seorang yang sangat ler sopan *ok dah boleh muntah hijau. Contohnya macam handphone tu, aku balingkan aje bila aku tengah marah. Contoh kedua, jam tangan aku. Aku nak pakai then pengetip dia degil taknak ketip2. Laju je aku maki dia bodoh! sial! Maka tercampak lar jam tu jatuh terseret bawah sofa. Tapi last2 kutip balek demi mengenangkan kasih dan sayang yang tertumpah kat jam tangan aku yang tercinta tu..




Adakah aku sekarang ni mengalami tekanan perasaan? Atau otak aku dah terlalu full dan tak mampu lagi menampung segala beban yang aku fikir dari yang kecil masalah ke sebesar2 masalah. Adakah aku dah sepatotnya disarankan untuk pergi berjumpa dengan kaunselor.




Mungkin aku ni seorang yang terlalu banyak berfikir sampai melepasi kotak seseorang berfikir. Kadang uh tidow pon aku boleh fikir macam2. Kadang sampai aku rasa nak nangis bila tidow aku tak selena orang lain. Bila bangun pagi aku rasa penat sangat macam orang tak tidow. Shit sungguh wehh rasa dia. Terseksa jiwa raga wehh... Rasa macam nak turn Off je otak pergi charge lepas tu sok turn on boleh lar rasa macam fresh sikit kan? boleh ke macam tu? macam nonsense pon ada gak tu?




Mungkin aku perlu berhenti kat sini sebelum aku merapu yang bukan2 yang aneh2 lagi.. bye!




Monday, August 15

Tak sabar rasanya.





Nak tempah tiket dari sekarang boleh? haha!


Tuesday, June 21

new hair.




Rasa macam malumalu je nak tunjuk..








Ni lar rambut baru aku. Tak jadi nak buat macam Scha Alyahya lar. Tapi ada yang kureng sikit rambut ni. Esok petang nak pergi betul kan.. :) By the way aku suka rambut ni. Tapi agak malang susah nak jaga sebab suka sangat dia melentik..




Wednesday, March 9

Tentang hati.




Salam semua! Selamat tengahari hee! Ada siapa2 kat sini yang belum breakfast macam aku tolong angkat tangan.. Adoyy! Lapar macam nak mati ni wehh tinggal berapa saat je lagi ni.. Kriukk! kriukkk! kriukkkkkk!! Hoyy! pekak ke tak dengar ke perut aku dah menjerit ni.



wehh! Ntah2 kan cacing dalam perut aku dah buat konspirasi yang agak besar untuk membunuh aku secara perlahan2. 'Mereka2 mungkin dah gigit sikit sikit tisu usus aku. Then lama2 tisu usus aku takda... damnnnn! usus aku akan koyak! dannnn makin teruk lagi usus aku bocor. Oh god! aku disahkan oleh pakar doktor dari Amerika Syarikat yang aku akan mati akibat usus bocor. ouh shit! sungguh memalukannn! (ok dah jauh sangat ni zurin, macam cerita orang puith pulak nak overrr2. Ting! Back to normal)



OK hari ni aku layan lagu sentimental sikit. Dan sememangnya hari2 aku dengar lagu sentimental. Kalau nak diikotkan hampir setiap hari kot hidup aku dipenuhi dengan lagu yang mental2. Yang penting aku sukaaa!! Aku memang suka lagu yang mental2 ni. Penuh kat 'rumah' aku lagu mental2 ni.. Ditambah pulak time nak tidur dengar lagu2 camgitu.. Uhh! Sungguh aku cakap ni, sangat nyenyak untuk aku tidur. Korang tak suka? Suka hati korang lar. Ada aku kesah! :P



Cuba korang dengar lagu ni KU INTAI CINTA DALAM RAHSIA - Jeslina Hashim.


Berbisik di dasar hati
Bertanya kan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta...


Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Mencapai hanya
Ilusi mimpi..


Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan air mata..



ooppss! Mari kita ber'karaoke' secara berjemaah..



kriuk! kriuk!



adoyy dia buat hal lagi.. Please kejap je lagi sayang 12.30 nanti kita pergi makan ok?? Jangan macam ni.. Kita tak suka tau.. (dalam nada sopan lemah lembut gemalai. haha! Bapak geli lembut camgini zurin zuhir)