wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Wednesday, March 23

Pandai ke tak tu belakang cerita.



Mari memulakan hari KITA dengan senyuman. PEACE! (ni bukan fake smile. seikhlas yang mungkin akan aku sedekahkan. HEHE!)



Malam tadi aku tidur awal lagi dengan handphone tak lekang di tangan. Handphone yang sungguh setia. Seawal nya aku dah warning dekat anep yang mata aku dah pedih kalau tak reply meseg tu tandanya aku dah tidur. Tak sampai 10 minit lepas tu aku pon terlelap meninggalkan anep sendirian. Nasib baik dia memahami. *senyuman lega.



Ok sekarang aku nak bercerita tentang Perlu ke Seorang Perempuan Itu Pandai Memasak. Persoalannya sekarang adakah memasak tu merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada dalam diri seorang perempuan untuk menjadikan diri sempurna. Mehh kita selidik2 cari jawapan bagi persoalan diatas. :)



Bagi aku yang tak berapa pandai memasak ni, penting lar jugak untuk kita seorang perempuan untuk belajar memasak. Sedikit sebanyak belajar lar yang basic dulu tak perlu lar straight nak belajar buat nasi minyak nasi kerabu masak lemak ketam bagai. Contoh masakan yang simple lagi kacang, buat lar nasi goreng ke sambal udang ke sardin ke (sardin ni menu paling top aku pandai buat. hihi!)



Malu lar kita sebagai seorang perempuan pada lelaki (especially chef2 lelaki) yang pandai memasak even diorang ni masak agak kelamkabut sikit. Maaf kepada lelaki, kerana ini fakta yang tak boleh disangkal lagi. Mungkin hanya 25% lelaki dalam dunia yang pengemas dan baki nya alamak! jawab lar sendiri.



Masyarakat diluar sana tak perlu lar menyalahkan atau mengutuk secara berterusan kepada perempuan yang langsung tidak pandai memasak ni. Seeloknya pujuk lar diorang secara perlahan2 untuk belajar memasak.



Contohnya : kalau bf dia tau gf dia tak pandai masak. Cuba korang try suruh diorang masak pape yang simple then kalau diorang dah masak tu bagi lar pujian yang memberangsangkan. (even macam agak teruk lar jugak rupa masakan dia)



Dulu aku ni seorang yang tak suka masuk dapur. Paling terok lagi fakta tentang aku, dulu kalau boleh bau bawang goreng pon tak boleh. Kira benci lar bau tu. Pantang! Mengalahkan perempuan mengandung yang alah bau bawang goreng. Tapi setelah semakin matang ni, otak aku mula pandai memikirkan effect kalau aku tak pandai memasak. HASILNYA sekarang aku belajar memasak melalui telefon (dalam erti lain call mak tanya pasal menu) Malu tau! Dulu mak pernah cakap jangan sampai nanti dah jauh baru nak telefon tanya macam nak masak ni nak masak tu. see! apa betol tak mak aku cakap tu.



Nenek aku pon selalu gak tegur, perempuan kena pandai memasak kononnya nanti husband tak cari lain. Yekew? Kalau dah lelaki tu nak cari lain macam2 alasan diorang ni boleh bagi. Benda tengah excited 'nak' kan, 1001 alasan diorang boleh bagi. Ok! ni nada nak menjawab. Bukan macam tu maksud nenek aku tu. Betol lar apa nenek aku cakap tu cuma penyampaian dia lain. Sepatotnya dia cakap perempuan kena pandai masak sebab air tangan seorang isteri ni lar penguat sebuah ikatan perkahwinan. (cewahhh! ayat aku ni macam orang yang dah berpengalaman kahwin je kan? HEHE!) Tapi betol apa aku cakap. Korang tengok pasangan2 yang happy kat luar sana. Perut hsband dia mesti buncit tak banyak sikit pon ada. Sebabnya cukup makan cukup happy. Hasil air tangan isteri deme.



So, apa lagi perempuan2 di luar sana dan juga aku Jomm ramai2 pergi belajar memasak demi kesejahteraan diri sendiri. Tak rugi kot kita pergi belajar memasak even bukan untuk orang lain, yang penting bermula dari pangkal hati. :)


No comments:

Post a Comment