wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Showing posts with label ok luahan hati. Show all posts
Showing posts with label ok luahan hati. Show all posts

Wednesday, May 15

Kisah disebalik PRU 13

Hmm camne nak start ek!?

Cerita dia bermula macam ni. Memandangkan aku adalah sangat jarang untuk balek kampung. (*kawan aku cakap aku ni macam dok obersi pastu nak balek kampung tapi tiket mahal) hahaha... Okay berbalik pada tadi, aku ni jarang balek kampung, balek pon atas request makpak aku. Kalau depa tak panggil cheq balek, memang tak lah cheq nak balek.


mama : kak, ni ada surat untuk ko.
aku : surat apa tu ma?
mama : surat mengundi.
aku : huh? surat mengundi? eh kakak belum daftar lagi la ma. belum layak lagi. (perasan muda jap)
mama : (dengan rasa tak bersalah) dulu mama yang daftarkan.
aku : eh eh sukati dia je.. haha.. haa surat tu nak apa?
mama : ko balek mengundi tau nanti..
aku : bila tu? (sambil pikir ada duit ke tak nanti haa? hmm hujung bulan kan.)
mama : 5 May nanti.. Balek lar awal nanti..
aku : okay..


Aku pon balek lah kampung hari jumaat 3 May haritu lepas kerja. Masa aku drive nak balek tu hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aku drive macam hanjenggg la sikit. Sorry tak nampak jalan, wiper pon mcm bunyi dia macam *tett tett*. 


So, sampailah aku kat rumah dalam pukul 10 lebih macam tu.. letih yang teramat sangat. Lapar pon lapar gak la.. Aku makan then tidur.


Skip hari sabtu.

Sesi makan malam bersama mama dan ayah di dapur dengan suasana yang hening.

mama : Kak, bila anep nak masuk meminang.
aku : Huh? (sambil mata membulat mulut ternganga)
mama : Korang kawan dah lama kan. Ni jehan (anak jiran sebelah) dah bersalin dah. Ko bila lagi.
aku : Ntah anep. (haha anep sila tersedak)
mama : Mama tak suka tau korang ke hulu ke hilir. Lagi satu, jangan kerap sangat pergi Melaka tu. Tak manis orang tengok nanti.
aku : (sambil senduk lauk buat muka seposen) Yer okay.


Tiba-tiba je ayah menyampuk.


ayah : Ayah taknak nanti korang buat yang bukan2 kena tangkap, ayah malu tau nanti. Malu tu satu hal. Sekarang ni ayah yang tanggung dosa kakak tau.
aku : hmm.. (buat muka macam bersalah)
ayah : pok pek pok pekkkkkkk.................
aku : (berangan jap interaksi dalam otak) Apa maksud dorang ni. Dorang nak aku kahwin cepat ke? Eh tibatiba seram pulak pikir pasal kahwin. Dah ready ke aku ni? Masak tak pandai lagi. Pandai ke aku layan suami aku nanti... uisshhh! seram lahh.. Tibatiba terdengar cakap anep tu tak pernah pon jumpa ayah. Serious ke dia dengan ko? aku jawab hmm sebab tengah berangan ni. sambung balek berangan cukup ke duit nak kahwin nanti? Lepas kahwin nak duduk mana? 
aku : (sambil ayah aku potpet pasal aku pasal kahwin aku menyelit) yer la yah, nanti kakak suruh dia datang sini. Dia tak ready lagi tu.


Perbualan berakhir di situ.


Malam tu aku tidow tak lena. Dalam tidow aku terpikir macam2 perkara. Macamne la situasi dah kahwin nanti ek? Kenapa orang kata kahwin tu berat la. Banyak dugaan la. Astagfirullah mintak2 di jauhkan dugaan tak tertampung tu. Tapi dalam masa yang aku pon gatal jugak nak terpikir nak bagi hantaran apa. Berapa dulang. Pelamin warna apa. Tema apa. Kihkih... Then aku terpikir macamne aku nak cerita kat anep ni. Takut anep macam cakap belum ready lagi la nak pikir pasal ni.. haaa tak ke malu..


Di akhir cerita ni, nak jugak la selitkan gambar.. hihi..

mek memang suka yang ada blink blink ni buat masa dan ketika ini. hihi :)


Tuesday, March 15

Dua cerita dalam masa satu hari.



Setelah sibok seharian bekerja di pejabat (aiceceh buat2 busy pulak), maka terbiar lagi blog aku ni kesepian tanpa khabar berita. Hajat di hati nak jugak lar meng-update apa2 ceritacerita baru. Tapi tu lar, masa untuk melepakkan diri tu kurang. Dalam maksud tersirat yang nak aku sampaikan ni masa mengular dalam pejabat. HIHI!



Sekarang ni ada seketul dua ketul masa nak taip cerita semalam (padahal boss keluar kejap pergi bank, so takda lar dia asyik nak lalu2 kat belakang aku ni haa :D) akal si zurin ni..



Ni haa nak cerita pasal semalam (gaya makcik bedah menyinsingkan baju pastu nampak gelang emas dia sampai siku. Lorat!). Aku dapat offer kerja dekat area Ampang. Makaihhh jauh tuuu. Mula2 tu rasa excited nak mati. Tapi last sekali rasa down pulak nak pergi. Sebab mula2 sekali hajat nak kerja area kampung kat Sungai Buloh. Alasan nya dekat dengan rumah. Ni dapat kat Ampang yang dekat tengah bandar tu. huhhh! (dalam usaha nak menjimatkan duit, nak kawen! ok nak cakap gatal kan tau dah..)



Ni haa nak cerita pasal semalam (gaya makcik bedah mulut becok mula nak mengumpat) aku dapat offer kerja dekat satu company ni. Aku tak pasti lagi company apa. Tapi dengar cerita company pelancongan. Wahh! Aku ni cepat nervous. So nervous lar. Orang tu pulak beriya nak aku kerja kat tempat kerja tu. Kata aku punya resume tu menepati position yang dia nak tawarkan lar (bahagian akaun). Ditambah lagi aku ada Diploma Akaun. Basic Akaun SPM. bla bla bla. Wahh hebakk sangat aku ni.. (perasan.com)



Aku dah mula cemas cuak happy sedih takot menggelabah suka macam2 perasaan bercampur. Persoalannya macam mana kalau aku dapat kerja tu? Aku rasa happy sebab dapat balek selangor macam yang aku impikan dulu walaupun sebenarnya impikan tempat kerja dekat dengan rumah. (eleyhh tipu!! sebenarnya gaji kat selangor tinggi. hee!) Disebalik perasaan happy ni terselit perasaan sedih pilu yang teramat. Sebab terpaksa tinggalkan anep! :( Sedih kan??



Pikir punya pikir, pagi tadi aku rasa macam terpaksa cancelkan interview tu. So, aku pergi kerja macam biasa kalau tak aku amek EMERGENCY LEAVE. Then ramai member2 suruh aku call En.Din tu suruh postpone interview. Aku dah rasa malas dah. So, abaikan lar offer tu kan?



TIBA-TIBA......



Kring! Kring! (tipu je bukan macam ni ringtone aku) phone aku berbunyi (wahh! macam ayat karangan Bahasa Malaysia time exam PMR dulu lar) En.Din yang semalam tu call lagi lar. Nampak tak effort si En.Din ni nak amek aku kerja. Tak ramai orang macam ni. Bagus! Bagus! HIHI!


aku : hello...

En.Din : Hello Cik Zurin..

aku : yerr saya..(nada tak bersalah sepatotnya aku yang call dia)

En.Din : Cik zurin tak jadi datang ea interview?

aku : (huhh? diorang tunggu aku ke?) Haah lar En.Din saya tak dapat datang. Saya tak dapat cuti hari ni..

En.Din : Ouh yekew? (nada hampa.guest so!)

aku: Boleh tak kalau saya nak postpone interivew tu?

En.Din : Bila tu Cik Zurin?

aku : Bila paling lambat En.Din boleh bagi?

En.Din : Kalau sabtu ni boleh?

aku : saya cuba boleh?

En.Din : Boleh, tapi nanti saya discuss dengan boss yang interivew tu dulu.

aku : terima kasih En.Din.

En.Din : Nanti apa2 berita saya beritahu Cik Zurin yer..

aku : ok.

fuhhh! Sangat2 tak expect yang dia akan call balek.



Ok cerita yang lagi satu dekat Jusco..


Tengah aku khusyuk buat kerja aku macam biasa. Dah pukul 10.30 time tu. Memang saat2 kemuncak nak balek lar kan? tibatiba datang lar member seperjuangan aku (cashier nama IKIN) untuk tolong packing barang2 customer dalam plastic. Dia ada cakap dengan aku dia rasa tak sedap badan. Mata dia dah kelabu. Aku pon buat lar lawak hanjengg.. Dia kata dia dah tak larat nak gelak. Aku pon ok fine! tak buat lawak dah. Aku suruh dia duduk takyah tolong aku. Dia tengok je aku. Aku kesian tengok dia. Muka dia serious pucat.



Disebabkan rumah dia jauh nun kat Jasin sana and dia drive seorang balek rumah, aku pon tanya lar dia macam mana nak balek rumah dengan keadaan dia macam tu. Dia kata dia pon tengah pikir perkara yang sama. Aku tak bagi dia balek seorang nanti jadi pape susah! Fyi, nak balek Jasin tu akan lalu hutan selama 20 minit. Korang dapat bayangkan kalau jadi pape kat dia nanti. haaa!!



Tengah aku duduk kira duit, anak mata aku ni still curi2 tengok keadaan dia. Dia tengah duduk tu teros je rebah. Tapi aku sempat tarik tangan dia. Aku tepok2 pipi dia. hey! hey kin! bangun kin! Jangan tutup mata kin! Ramai tak perasaan. Aku mintak tolong baru ramai datang. Diorang tak perasan. Ikin antara sedar dengan tak. Sebab bila kitorang teriak nama dia, dia bukak mata then pejam balek. Aku takot situasi camtu.. huuuu...



Agak kecoh yer malam tadi sebab ambulans datang Jusco. Ramai orang taktau pasal apa. Sian IKIN! Aku rasa lar dia penat sangat kot. Sebab dia kata dia full semalam dari pagi sampai malam.



Ok nak cerita tu je. Malam tadi cerita kat anep. Dia gelak2 langsung tak amek serious apa aku cerita. Aku ni pulak ngah seronok bercerita pasal semalam dia spoil mood aku nak sambung cerita.. Dia kata aku cerita macam budak2. one by one. (ok malas dah nak cerita pape. hehh! ingat heran!)

Thursday, February 24

Tersenyum lagi.




Tak kisah lar korang nak kata blog aku ni jiwang ke sentimental lar. Kalau korang tak suka baca ke bosan baca ke.. takpa lar. Aku tak pernah peduli korang stalker blog aku ni. Aku tak pernah nak cerita buruk pon pasal korang dalam blog aku ni. So tak menjadi masalah bagi aku kalau korang tak suka blog aku. Ni blog aku, so aku punya suka lar..



TIBA TIBA, AKU SENTIMENTAL..


Sejak kebelakangan ni, aku dengan anep selalu je gaduh. Even hal kecik pon kitorang besar2 kan. Yelar rambut je sama hitam, hati lain lain. Ok, dah mula nak berperibahasa padahal dulu kat sekolah selalu kena perli sebab bahasa melayu paling ngokngek dalam class.

So malam tadi kitorang decide nak jumpa settlekan perkara yang menjadi masalah antara kitorang. So malam tadi sesi melepaskan geram masing2. Dalam erti kata lain, bagi tau lar apa yang masing masing rasa tak puas hati. So aku pon lepaskan apa yang aku dah lama simpan. Then anep pon buat benda yang sama. Then lepas tu masing2 diam. Muhasabah diri (konon2 pikir nak betulkan kesilapan masing2 and decide taknak buat lagi).


Malam tadi, lebih banyak dengar penjelasan anep. Kira dia nak betulkan lar apa yang aku dah salah pikir pasal dia. Ternyata aku dah terpesong pikir pasal dia. Aku dah salah hukum dia dan teros tuduh dia tanpa usul periksa. Aku selalu pikir diri ngan hati aku sendiri je. Bila aku rasa aku sakit hati aku teros je marah dia.


Kadang tu timbul rasa kesian bila aku selalu marah then buat dia kena pikir panjang nak explain kat aku. And aku tau dia tak suka aku pikir bukan2 pasal dia. Tapi aku pon selalu gak kena marah ngan dia.. Dia marah da lar cakap kuat2. Terkejot aku. Then aku teros jadi blurr (dalam erti kata lain bebal lar)

Untuk pengetahuan lebih, aku tak boleh kena tengking. Nanti aku blurr then apa aku buat teros jadi bukan2 sebab dalam kepala aku nothing.. So kalau korang nak marah. Korang baut muka ke merengus ke jalan hentak kaki pon aku dah tau korang marah. Tak pon satu lagi clue, Aku meseg korang. korang tak reply. Time tu confirm aku gelabah pikir kenapa korang tak reply.. hehehe!


Ok, setelah discuss malam tadi. Hati masing masing pon dah lega. Kami pulang dengan hati yang gembira.


NO MORE SUSPICION
NO MORE CURIOUS
NO MORE DISTRUSTFUL



Sunday, February 20

Ini fakta yang benar.





Woman was made from the rib of man ,

She was not created from his head to top him ,

Nor from his feet to be stepped upon ,

She was made from his side to be close to him ,

From beneath his arm to be protected by him ,

Near his heart to be loved by him .