wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Thursday, April 14

Dia 'hero' saya..



Hari ni tak lah sebusy mana pon, so sempat lah aku mengepek dalam blog ni. Hari ni aku nak cerita pasal 'hero' aku ni. Dan selama aku berblog ni, aku tak pernah cerita pasal 'hero' aku ni. Dia 'hero' yang aku sayang sangat. Sangat sangat ok. Tak terhingga sayang aku dekat dia. Aku tak sanggup terima kalau dia takda. Mungkin takda siapa akan dapat gantikan dia dalam hati aku ni...



Sumpah sayu hati aku nak memulakan cerita pasal dia ni. Mata aku sudah mula dengan cebisan-cebisan air. Secara tibatiba hati aku ni teringat kat dia sehinggakan aku tak dapat nak concentrate nak buat kerja aku hari ni. Aku kuatkan jugak hati aku hari ni. Mungkin rasa bersalah. Mungkin jugak aku rindu... Yaa!! Aku memang rindu! Rindu yang teramat sangat yang aku sendiri tak pernah mengaku. Bukan malu nak mengaku tapi itu lah aku.. Malu tapi mahuuu..




Aku cerita ni bukan sebab hari ni birthday dia atau hari ni 'Hari Bapa Sedunia'. Aku cerita ni sebab aku memang rindu..


Ini lah cerita 'hero' aku.





Ayah! Kakak rindu dengan ayah. Rindu sangattttt! Ayah, kakak tahu ayah pon rindu kakak jugak. Ayah, even kakak ni ego tak pernah salam ayah time raya bukan sebab kakak tak hormatkan ayah. Tapi kakak rasa macam "ouh god! Aku tak kuat nak buat macam orang lain. Salam ciom2 bagai." Dah banyak dosa yang kakak dah buat yang kakak sendiri tak boleh nak kira. Ayah, kakak terlalu sayangkan ayah.



Kakak pergi jauh ni bukan kakak nak jauhkan diri kakak dari ayah, ataupon kakak nak lupakan ayah. Tapi kakak duduk jauh dari ayah dengan mama sebab kakak taknak susahkan ayah dengan mama. Dah banyak benda yang kakak dah buat yang menyebabkan ayah tersinggung. Kakak tahu ayah kecik hati. Kakak nak mintak maaf depan ayah, tapi kakak tak mampu nak buat semua tu.



Dari kecik aku tak pernah berpisah dengan ayah. Aku sangat manja dengan ayah dulu. Ayah lar yang jaga aku masa kecik. Ayah tidurkan aku. Aku tidur atas dada ayah dan memang situ lar port aku akan landing kalau ngantok. Kalau ayah tidurkan aku kat bilik, bila aku dah tidur then turn dia pulak nak tidur kat bilik. Aku terjaga ayah takda kat sebelah, aku pon jerit..



"Ayah! Ayah mana? Ayah amek lar kakak kat bilik ni cepat. Kakak takottt!!!"



Ayah lah yang banyak habiskan masa dia membesarkan aku. Yang hantar aku pergi sekolah dan jugak amek. Ayah jugak yang masak dan suapkan aku makan. Aku sangat rindu waktu2 tu. Banyak benda yang buat untuk aku yang aku sendiri tak boleh nak balas jasa dia. Apa aku nak seboleh-boleh ayah akan tunaikan even susah untuk ayah bagi.



(ayah memang suka tolong mama masak. Bahagian prepare bagi je kat ayah.)



peace!



Contohnya : MOTORSIKAL

Korang ingat dulu ayah aku nak belikan aku motor tu. Ayah paling sayang kat aku, aku lar anak perempuan sulung dia yang tak banyak kerenah dulu. Tapi kali ni anak perempuan dia dah mula minta sesuatu yang dia taknak bagi sebenarnya. Sebab dia dah tahu anak perempuan dia yang sorang ni gila dia lain sikit. Kalau bawak motor macam orang gila. Tapi aku cakap aku nak jugak. Aku pujuk lar dia. aku katalah susah lar nak pergi sekolah nak naek basikal. Kat luar sana panas (kecik2 dah gedik) lagipon kat luar sana jalan besar. So lori banyak. (alasan semata2 sebab tengah 'nak' kan?) TAPI akhirnya ayah akur dengan permintaan aku. Sehingga sekarang dia masih lagi takot sekiranya berlaku perkara yang tak di ingini berlaku kat aku. Dan aku akan berdoa hati ayah akan tenang dan aman. Aku taknak susahkan hati ayah..



Contoh lain : BELAJAR JAUH DARI DIA

Bila dia dapat tahu aku dapat sambung DIPLOMA. Aku tahu dia gembira dan tersenyum dalam hati. Dari riak wajah dia aku dapat agak. Tapi dalam gembira tu, aku tahu terselit rasa takut, rasa cemas, rasa kehilangan aku.. Akhirnya, dia lepaskan aku jugak dan bagi aku peluang untuk sambung belajar jauh dari dia dan hidup berdikari. Mungkin setiap malam tidur dia tak lena sebab memikirkan tentang anak perempuan sulung dia sehat atau macam mana keadaan anak dia.

Anak perempuan dia msg dia : "Ayah, kakak demam lar.."

Ayah dia reply : "Pergi lar makan panadol lepas tu tidur.."

Anak perempuan dia reply : "Ayah, susah lar belajar sini. Banyak kerja tak siap. (muka sedih)"

Ayah reply : "Memang lar susah. Nama pon belajar kan? Belajar je elok2 k.."

Anak perempuan dia : "ok ayah. Kakak makan panadol lepas tu tidur k."

Ayah reply : "ok."


Esoknya ayah kejut pagi2 tanya demam lagi ke tak? See how much my dad care to me.. (sedih)



Contoh lagi : KERJA

me : Ayah, kawan kakak ni ada carikan kerja kat area Melaka. Kakak nak kerja sana boleh?

Ayah : Kenapa nak kerja jauh sana?

me : alaa... Boleh lar ayah. Kakak kat rumah ni termenung habiskan duit je. Ayah pon bebel jugak kan. Boleh tak yah?

Ayah : Hmmm.. Company apa tu? Kerja apa?

me : Company tu taktau lagi apa. Tapi sebagai kerani akaun.

Ayah : Hmm.. Kakak kata nak sambung degree. Nanti dah kerja liat nak sambung belajar. Ayah taknak kakak sampai Diploma ni je tau.

me : hmm.. Yer nanti dah dapat mana2 tempat belajar kakak berhenti kerja k.



Cerita kat atas ni bukan lar mak aku tak pernah jaga atau biarkan aku macam tu ajeee.. Dulu hidup kami ni agak lar susah. Bukan susah tak makan semua. Mama banyak luangkan masa dia dekat luar berniaga atas kebenaran ayah. Ayah tak kisah semua tu. Mama tolong ringankan beban ayah dari segi kewangan.




Aku pon tak kisah semua tu. Bukan aku langsung aku tak dapat kasih sayang dari mak aku. Cuma mama aku terpaksa berniaga tolong kewangan ayah. Dalam masa yang sama aku respect dengan mak aku. Mama lah yang terbaek. Mama bangun awal pagi sebab nak masak nak prepare apa yang patot then baru lar keluar berniaga.



Tapi orang sekeliling tak faham mama. Diorang kata mama biarkan ayah jaga aku adek beradek. Sedangkan mama keluar bekerja. Takpa ma. Diorang tak faham takpe. Tapi kakak, banglong, bangchik, adek semua faham..



Berbalek pada cerita ayahanda. Time ayah aku sakit dulu, aku menangis siang malam. Aku kecik lagi time tu. Aku tahu je ayah sakit lepas kena masuk ward aku teros menangis tak berhenti. Ok! Tipu. Takda lar terok macam tu, sepanjang ayah sakit aku tu aku langsung tak boleh tengok perkara yang boleh buat aku menangis. Kalau aku menangis straight je otak aku set menangis pasal ayah. Even sebenarnya aku menangis sebab banglong cari pasal dengan aku.



Takpon aku tengok cerita kartun lar. Then part kartun tu menangis je aku pon join lar kartun tu menangis kuat2 sebab aku dok terpikir kat ayah jeee. Abang2 sedara aku pon dah naik pelik dengan aku ni. Diorang pujuk aku nangis, diorang pujuk aku lagi buat lawak semua tanda usaha nak suruh aku senyum. Tak jalan!! Lagi kuat aku nangis ada lar.. Diorang sampai tak boleh pujuk aku sebab aku menangis jeeee..



Tambahan lagi, bila jiran2 dok cerita pasal ayah. Tanya ayah macam mana. Aku taktau nak cakap macam mana sebab condition ayah time tu tak menentu. Ayah time tu kurus tinggal tulang je. For a long time ayah tak pulang rumah. Dia duduk dekat ward. Dalam masa yang sama mama tinggalkan kerja rutin dia untuk jaga ayah. So, kami adek beradik di jaga oleh nenek (kadang2) makcik2 (kadang2). Diorang dah buat schedule siapa yang akan jaga kitorang. Abang aku pulak time tu kira dah besar panjang lar jugak. Kira boleh diharap lah kan nak jaga kitorang yang time tu sangat comel lotey since aku baru darjah 3. So, kiranya dia pon berjasa dalam membesarkan kitorang.



Bila cuti sekolah panjang. Mama bawak kitorang tengok ayah. Time tu kitorang dah pandai berdikari. Mama kata mama balek rumah nanti mama amek nak bawak kitorang tengok ayah. Kitorang cepat2 packing baju sendiri. Kalau sebelum ni, mama yang packing kan baju kitorang. Mama kitorang dah boleh diharap.. Banglong Kakak Bangchik Adek dah besar dah. Dah boleh berdikari.. :)




Agak bertahun jugak lar nak amek masa untuk ayah kembali sembuh. Kini ayah dah boleh jogging dan buat kerjakerja berat. Kadang2 bila sakit dia datang balek, dia terbaring dekat bilik demam mungkin akibat tahan sakit. Dan aku sangatsangat lar bersyukur, aku masih lagi berpeluang untuk melihat ayah. Even ayah agak keras hati (macam aku) dan nampak garang. Takpa aku masih lagi kat sini menanti peluang untuk pelok ayah..




(ni gambar embam dengan ayah)


No comments:

Post a Comment