wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Monday, May 16

Pulun habis wehh!

.. May ..


Bulan May ni je aku dah banyak habiskan duit gaji aku untuk beli semua yang aku nak. Hahahahaha! Ni semua atas hasutan hati yang membuak2. Penat kerja then beli baru nampak hasil titik peluh kerja kita selama ni. :P (mana ntah duit nak beli myV.. hihihi!)




3 hari tak hapdet blog rasa macam 3 bulan tak makan. HAHA! tipu je.. Hari rabu minggu lepas, boss ajak aku dengan officemate lain tengok wayang cite "Fast & Furious 5". Aku macam nak mengelak lar kan bukan sebab apa. Sebab aku kerja, so taknak lah cuti sangat bulan ni sebab nak cover duit nak jalan sakan bulan depan. Bulan ni pon dah berhabis sakan beli 2 macam jeans yang beratos ratos tu.




Boss marah aku tahu tak?? Dia kata cuti lar rehat asyik kerja je. Saya belanja lar. BELANJA? BELANJA? Pantangkan dengar perkataan belanja tu? Tapi tu tak dapat lagi nak memenangi hati yang kental ni.. hihi! yelar kalau kerja dapat duit. :P Alaa boss nanti kalau cuti tak dapat duit lar boss. Okay you cakap berapa. Hahahaha! Korang tengok effort boss aku nak ajak tengok wayang. Sanggup tu..




Bila je dengar macam tu, aku apa lagi on lar kan? kan? kan? Tiba je hari jumaat boss kata dia tak dapat join tengok wayang sebab dia ada hal. Dia bagi duit je untuk tengok wayang dengan makan. Duit aku? takda.. :( tipu lar boss ni. Tapi takpa lar dah bagi duit tengok wayang pon kira ok lar..




So hari jumaat tu kitorang tengok wayang bertiga. Aku Dayah dengan Surayah. Besstttt gila tengok cerita tu. Yang aku seram suara si Dom. Umaggg aihh! aku rasa kalau dia tengking aku, pengsan 3 hari kott. Bergegar jantung aku. Cerita dia best! 9/10. Okay nak komen2 ala ala juri Maharaja lawak. Ada banyak unsur2 kelakar. Banyak action saya suka so teroskan. HIHIHI!




Hari sabtu su ajak pergi tengok wayang tapi tak dapat join sebab penat dan takde duit sebenarnya.. Sorry a lott! Next time kita keluar ok.. :)




Okay lepas ni ada plan wayang lain pulak. Cerita "Nur Kasih The Movie". Yang ni aku excited gila nak tengok. Minggu depan hari rabu mungkin. Insyaallah! Yang penting kena bawak tisu. Yelar hati aku ni hati tisu kan? Anep pon ntah2 hati tisu jugak. eleyyhhhh!




Hari ni 16 May, merupakan hari guru. Setelah 4 tahun termasuk tahun ni tak dapat menyambut hari guru. Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari tadika hingga lar aku menghabiskan pengajian aku. Esspecially to my ayah, Happy Teacher's Day.. :) Senyum yah jangan tak senyum..... :P




No comments:

Post a Comment