wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, December 14

1st anniversary.. :)









Oohoiii.. Setelah sekian lamanya tak mengupdate blog. Baru hari ni nak update blog. So nak update cerita2 yang dah lama nak post kan kat sini.. Ok tak yah lar kita cerita panjang2.. Lets Start~



Hari ni nak cerita pasal Anniversary yang untuk pertama kali nya kawan2.. Agak nervous! walaupon sudah delay 2 hari nak celebrate atas sebab2 tertentu.. Takpa.. Mood kena jaga. wink wink! :P




Malam tu aku pakai dress (wit wit!). Nice gitu (haha! puji diri sendiri) Sebenarnya aku agak letih hari tu. Sebabnya aku baru balek traveling dari KL. So rushing lar balek rumah nak iron dress tu.. hee.. then nak wangi2 lagi.. memang berendam lar kan bilik mandi bagi wangi2 (excited lar katakan)





Nak dekat pukul 8, Anep pon call tanya dah siap ke? Aku reply dah lama siap sayang. tinggal nak tidur je ni (perli terbaek kan?) Anep pon reply Sorry2, lambat sikit yer. Ayah I tak balek lagi ni. I tunggu kereta.. Aku pon reply yelar..




15 minit pon berlalu....




Aku dah mula nak berangin dari excited cantik2 dah jadi selekeh.. Mana lar mamat ni.. Lambat betol! Maka aku pon call lar dia.. heyy you kat mana ni? Lamanya.. Tukar baju lar cam ni.. Anep.. eh! I kat air terjun ni (kira dah dekat dah tu) aku : yelar! (end call)



5 minit berlalu....






Bunyi meseg kat phone aku. Aku tak yah tengok dah tau meseg dari siapa. Apa yang ada dalam meseg tu. So teros pergi cermin tengok muka.. Tarik nafas hembus! then senyum :).. Ambik beg.. yang paling penting kunci rumah.. :) Turun je tangga kereta MyV dah ada kat depan tangga.. so aku bukak pintu kereta teros duduk.. Anep tengok aku.. senyum2..



perbualan antara aku dan anep :




anep : :) bunga untuk I takda ?


aku : huhh ? I ke yang kena bagi ?

anep : yelar!

aku : alaaa.. tak beli lar tak tau pulak kena bagi lelaki bunga..

anep : hmph!





10 minit diam...





aku : kita nak pergi mana ni ?

anep : kita makan kat kedai kelantan nak? (kedai tu dah selalu pergi)

aku : kelantan? Bungkus je lar you. Kita makan dalam kereta..

anep : hahahaha! kelakar lar you ni..

aku : you ni macam takda kedai lagi romantik nak pergi ke ?

anep : hmm..





10 minit berlalu...





Anep lalu jalan yang aku tak pernah lalu.. Aku jenuh perah otak kat mana dia nak bawak ni.. romantik sangat ke tempat tu? (mula lar imagine benda2 yang special.. hahaha!) Tiba2 dia corner satu simpang.. tadaaaa!! kat sini ok tak you.. aku tengok dia senyum2.. heeee~ ok! (nada manja.. ngahahaha!)




Turun je dari kereta. Semua pandang aku.. haha! shy2 cats.. (blushing) dapat pulak malam tu lalu pintu gerbang macam orang kawen tu.. hahaha! Dah macam princess cuma takda red carpet je.. :P OK sambung cerita. Kami tuju kat meja hujung sekali. (dah reserve tau!) bila waiter dia datang kami order lar makanan.. (takda candle.. kalau tak dah jadi candle light dinner.. wahahaha! melampau zurin ni)




aku : kenapa you lambat sangat tadi.. I rasa rumah you dengan rumah I takda lar jauh sangat kan?(start saiko dia)
anep : hahahahhaa!! hee I sebenarnya dah dapat kereta dari ptg td lagi..
aku : huhh? dah kes tipu ni.. Habis tu kenapa lambat..
anep : I cari tempat ni lar.. I dah pening pikir nak pergi mana..
aku : hmm.. patot lar..(tak jadi marah.. alasan munasabah)





tetiba makanan pon sampai..



borak2 punya borak.. siap snap gambar lagi.. anep angkat tangan panggil waiter tadi.. dia tanya kat sini boleh smoke tak? waiter pon cakap boleh encik sambil tersenyum..





sambung borak lagi..(sambil borak tu aku tau anep record video aku.. so aku wat tak kesah je..) tiba2 tengah seronok borak sambil gelak ni.. ada lar seseorang kat tepi aku (waiter tadi)



waiter : excuse me.. miss ni zurin?

aku : huhh? ya saya.. (tengok dia pengang bunga aku dah start gelak da)

waiter : ni ada bunga dari encik hanif. selamat menyambut anniversary.. :)

aku : hahahaha.. ok2.. thank you.. (aku pandang anep je)

waiter : teros bla...





aku : you.. I tak expect pon you nak bagi bunga.. thank you..
anep : maseh record lagi.. ok welcome.. I nervous ni you.. hehehe..
aku : hehehe...
anep : first time I buat macam ni.. :)





** Setelah pengakuan di buat. Anep lambat sebab dia setting nak cari tempat. Setting ngan Waiter macam mana nak bagi bunga. Bila masa yang sesuai nak bagi bunga. (bukannya kereta lambat dapat tau..) Rupa2nya tanya kat situ boleh smoke ke tak tanda2 bila nak bagi bunga.. hahaha! good job!







ni ada beberapa gambar kitorang..














Awak ni cute lar.. aww!


Hey kawan2.. Sekarang ni saya dah ada kekasih baru. Saya dah jatuh cinta dengan dia. Mula2nya tak cinta sangat. Pandang pon tak hingin (dulu2 punya cerita lar). Tapi sejak ayah saya kenalkan dia pada saya. Saya mula2 lar jinakkan hati saya terima dia. Ayah saya pujuk saya. Saya tengok hmm... (macam cute jugak dia ni.) mula dekat kan diri pada dia.. :)


Sekarang aku memang pandang dia je. Asyik pikir bila dia nak jadi milik aku. arggghhh!! aku dah jatuh cinta ni! Makan tak kenyang. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Hanya kerana awak!!


Mehh tengok kekasih aku yang baru ni. Pujangga ayahanda dan juga aku.. meow meow! :D


Ayah sayang, bila ayah nak belikan kakak yang ni..

kakak nak ni je. Tak mintak lain..

promise!! :)

Friday, December 10

mood : cuti :)



Ada siapa2 kat sini nak ikot aku balek kampung tak ? Cuti aku dah approve & & confirm. ngehehe.. Baru pagi tadi aku isi form cuti.. Disebabkan aku dah lama tinggalkan kampung halaman.. cube korang teka berapa lama aku cuti.. Seminggu wehh!! :) Lama tak? haha.. Korang dapat bayangkan tak risiko cuti yang agak lama ni mengakibatkan gaji aku akan menjadi sikit.. uhhh! Takpa.. Mood tengah excited nak cuti.. Gaji belakang kira.. :) hepp hepp hoorey!



Mama.. Kakak balek ni! Mama masak pe tu ? Perot ni dah lama tak melantak makanan sedap2 lagi lazat.. :D. Seminggu ni perot ni akan berbahagia dan dimanjakan dengan makanan yang lazat2.. hiarrgghhh! Pastu balek kampung ni dah plan macam2.. hahaha! Bayar hutang yang dah lama tertunggak!! hepp! jangan fikir bukan2 yer.. bukan hutang bil air yer.. Tapi ni hutang tidur. Hutang makan makanan sedap. Hutang cerita Hot ngan mama. Hutang pelukkk adik2.. Bangchik Myn Giti.. Juin balek ni. Ada siapa2 nak pelukk dulu.. heee.. :)



Perbualan antara aku dan boss :

aku : tuk! tuk! (senyum kambing :D )

boss : (pandang aku dari dalam sambil tangan dia suruh masuk) haa.. nak apa.?
aku : boss, I dah isi form cuti. hee.. (sambil serahkan form tu)

boss : hmm.. (membaca form tersebut satu persatu) reason dia apa?

aku : hmm.. tak tau lar nak tulis macam mana? nak kawen lar boss.. :)

boss : (pandang aku sambil buat muka pelik) tulis lar ..
aku : (pinjam pen boss) ok.. (then tulis back to hometown)
boss : (baca balek) aikk! nape tak tulis back to hometown and getting married..

aku : $%^&& (pandai nya boss buat lawak.. :) )

boss : (ambik pen then sign kat tempat approve..) so you on handphone kan time cuti..

aku : haa?? alaa.. cam tak cuti je..

boss : apa dia zurin?

aku : hee .. takda pape.. (jangan harap aku nak pick up.. cuti tetap cuti.. wekk boss wekkk)


Balek kampung.. oOOooO..
Balek kampung.. hati riang..!!
:)
bye semua.. bye Melaka.. bye kerja..
bye anep!

Thursday, December 9

Keadaan kembali pulih



Selamat tengahari teman-teman.. (sambil muka dengan senyuman yang agak selekeh) .. Ok lar hari ni mood saya dah kembali pulih. Dah kembali tenang. Let's bygone be bygone. Hidup kat dunia memang selalu ada cabaran dan dugaan. Aku lar salah seorang yang selalu mengalami dugaan yang boleh dikatakan agak parah. Kesiaannn kat aku kan.. hee.. :P Takpa.. semua tu asam garam kehidupan. Kalau takda masalah tak best jugak. Macam takda corak kehidupan.. (ayat pancing hati sendiri.. konon nak sedapkan hati sendiri.. hakhak!)



Ok.. Sebenarnya hari ni nak cerita pasal kerja.. Kepala hotak aku sekarang ligat fikir kat mana nak cari kerja.. Untuk pengetahuan korang aku ni bukan lar seorang workaholic seperti yang korang tengok sekarang.. :) Aku sebenarnya rindukan kebebasan aku yang dulu.. Aku rindukan masa rehat aku yang aku dah bazirkan dulu-dulu. :') Aku bekerja keras ni pon atas banyak sebab.. Antara sebab2nya aku nak penuhi cita2 aku yang aku idam2 kan dulu.. Lagi pon banyak benda yang aku idam2kan sebelum ni tapi tak dapat.. hmm.. ehh!! apa cerita ni pulak.. Berbalik pada cerita asal.. Haaa.. Aku baru je melawat jobstreet atas nasihat kawan aku (ummi). Dia yang offer kat aku suruh hantar resume dekat jobstreet.. So aku pon turutkan apa dia kata.. Mintak2 lar dapat kerja yang sesuai dengan pengalaman yang aku ada sekarang ni.. lagi pon kepala sekarang memang tengah trend demand gaji nak tinggi.. :D








abang!
abc satu..
senyum lagi..
:)

Monday, December 6

Tolong tutup air.



Sejak beberapa hari ni aku faham kenapa macam2 hal yang aku tak di ingini berlaku. Aku punya hati. Aku punya perasaan. Orang sekeliling seakan2 tak faham apa perasaan aku. Aku punya kawan. Aku punya boyfriend. Aku punya segala2nya. tapi kebelakangan ni macam2 benda buruk berlaku. Tolong lar fahami perasaan dan kehendak aku. Aku tak mintak harta korang. Aku tak mintak simpati korang. Apa yang aku nak.. Perhatian dari korang sebagai kawan untuk terima aku seadanya aku.



Ya.. Aku sedar dan mengaku korang ada time aku susah.. Korang ada time aku perlukan korang.. Korang jugak ada time aku luahkan segala perasaan suka duka aku. Tapi bila dah gaduh macam ni.. Korang pergi jauh tinggalkan aku.. Korang tak kuat pertahankan yang korang ni kawan aku.. kenapa? kenapa? Aku taknak jawapan dia sebab aku ada Anep.. Dia bukan punca sekarang ni.. kalau korang kawan aku.. terima aku seadanya aku.. korang juga kena terima Anep.. So sekarang Anep bukan punca..



Betol cakap Kak Nem dalam blog dia.. Kawan ni ada macam2 jenis.. Aku tak peduli dengan siapa aku kawan.. Asalkan dia tak porak peranda kan hidup aku..


" Kawan kalau kita terlampau baik atau rapat sangat pon nanti jadi susah"


Mula-mula aku tak faham.. Tapi bila aku fikir2 banyak2 kali.. Baru aku faham maskud tersirat dan tersurat dalam ayat tu.. Korang mungkin faham.. Mungkin jugak tak faham.. Tapi suatu hari nanti bila korang dah dalam situasi tu korang fikir balek ayat tu.. Mungkin korang akan faham..



Aku sangat kecewa dan terkilan dengan apa yang dah berlaku.. -.-



Thursday, December 2

Siapa tau hati orang?



Kita semua tak kan tau apa yang ada dalam hati orang lain. Melainkan orang tu sendiri akan cakap apa yang dia sedang fikir kan atau apa yang ingin dia sampaikan. Tapi tak ramai orang boleh buat macam tu. Tak ramai orang boleh kuatkan diri diorang buat macam tu. Termasuk aku. Aku ni lagi lar teruk. Aku sendiri kadang2 terpaksa diamkan diri kalau aku tak kuat nak sampai apa yang tersimpan dalam hati even benda tu adalah sangat penting! Aku memang sangat dan terlalu sensitif dengan apa yang orang lain cakap. Boleh menyebabkan putus saudara. Bak kata pepatah.. ~kerana mulut badan binasa~



Hari ni aku memang tersangat lar takda nak buat kerja aku.. Even boss aku cakap urgent pon. Aku ambik tak peduli. Aku siap cakap... "Tak yah lar urgent sangat.. Esok pagi2 I letak atas meja you.." Entah betol ke tak entah aku letak. Entah petang esok baru aku baru aku letak.. sorry boss i'm not in the moooodd!!


Pada sesiapa yang hari ni kena marah ngan aku. Aku sangat2 lar takda moodd!! Maaf sekali lagi!!



Biarkan je diri ini keseorangan buat masa ni....... kerjasama anda amat dihargai.. terima kasih..


Wednesday, December 1

Its so nice :)




1st

December

2010



I really love December.. :)



Dan kerana december ni jugak aku akan mencapai umur 21 tahun.. and let we all count day by day.. semoga Tuhan panjang kan umur aku untuk capai segala kebahagiaan dalam hidup serta dirahmati-Nya.. aminnnn!!