wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Tuesday, June 21

new hair.




Rasa macam malumalu je nak tunjuk..








Ni lar rambut baru aku. Tak jadi nak buat macam Scha Alyahya lar. Tapi ada yang kureng sikit rambut ni. Esok petang nak pergi betul kan.. :) By the way aku suka rambut ni. Tapi agak malang susah nak jaga sebab suka sangat dia melentik..




titik noktah atau titik permulaan?





Hari ni aku takde ler nak intro hello hello bagai. Memang tak lar kan? Sakit hati punya pasal semua orang aku makikan hari ni. Sial betol! Hari ni je kau dah buat mood aku hilang lar sial. Sakit hati wehh tapi takpe aku tak lar gelabah kan. Nak tunjuk good2 bagai.












Hari ni aku dapat tahu kau block aku kat facebook. Fyi ini bukan kali pertama tau kau block aku. Mula mula dulu aku ada lar gelabah sikit bila aku search nama kau tak keluar pon. Tapi hari ni aku search je nama kau tak keluar teros je aku cakap shit! Fuck lar. Bajet! Hari ni kau buat aku. Aku tak kesah lar.. Eh apa pulak tak kesah. Kesah ler gila.. Okay kau nak tahu kan aku kesah ke tak. Ni cara aku amek kesah dengan cara kau tu.. "fullstop!"












Kau dah block aku kan? Kira dah okay dah tu jangan nak ubah2 lagi dah.. Dah hensem sangat dah tu. Aku pon tak hingin lar nak kawan dengan orang yang tak berapa nak kawan dengan aku ni. Yelar orang hot. Mana nak kawan dengan aku yang suam2 je. Okay cukup sekali je aku cakap ni. "The end of us."














Aku tak sekeji tu senang2 nak buang kau dalam hati aku. Banyak kali dah aku fikir nak buat keputusan ni. Ini ker yang kau nak sangat huhh? Ini ker? Tapi ni permintaan kau kan? Kau pon pernah mention yang kau tak kesah kalau aku buang kau kan? Hari ni aku tunaikan.











Apa maksud kau block aku?



Apa yang dalam kepala otak kau tu bila aku dah slow dengan kau?



Apa kau fikir aku ni nak terhegeh-hegeh bila orang dah tak suka?



Apa kau fikir kau ni bagus?



Apa kau nak aku yang buat keputusan?



Apa kau ingat aku ni baik hati nak tarik balik apa aku dah cakap?



Last, Apa kau ingat aku heran dengan kau?











Hati aku dah agak sejuk.. Okay dah, lepas ni jangan nak ambik kesah lagi tentang kita. Untuk tak menambahkan lagi dosa aku dengan mengeluarkan kata kesat yang agak kurang sedap didengar. Better kita berjauhan.










* sedap nya donut yang ada gula tuuu...
** makan nasi lemak bungkus daun pisang...
*** minum pulak air teh O. Teh susu pon ok jugak...






Friday, June 10

Apa kata hati.








Hi everybody!

Do you really miss me?

no?

Okay lar no wonder..

:)









Dua minggu dah aku kat Kolompo yang tak berapa sesuai dengan hati aku ni. Baru hari ni aku dapat lar membebel2 kat blog ni.











First of all, aku nak bagi tau hari ni hari jumaat. Dan aku happyyyy gila nak mati. Untuk sekian lama nya nak tunggu hari ni. Finally, yess I'm going back to Melaka. And hang out with my boo.. Dah dua minggu kot tak manja2 jalan2 ngan dia. Hahaha! okay.. Nampak sangat aku tipu.. Tak! Tak! Aku tak tipu sangat tapi tipu sunat je.. :P Hari tu just keluar teman dia pergi main futsal je. So takde lar manja sangat kan..hmmmmm..........











Rasa tak sabar pulak nak tunggu 5.30 ni.. Balek ni nak teros siap2.. Malam ni macam2 tempat nak singgah.. :D











Okay sebenarnya macam2 benda nak cakap kat blog ni. Tapi bila nak taip je idea aku pappp hilang. Ni yang paling aku benci sekali, aku dah excited gila nak taip tapi bila tangan kat keyboard ni teros blurr macam nothing to say.. Benci kan? Rasa macam nak jerit macam ni, "apa aku nak cakap ni setannnnnn!!"











Anyway thanks to Danisha Suraya Malek sebab menawarkan diri untuk teman aku pergi tengok anep maen futsal haritu. Sambil tengok sambil lah kitorang gosip2.. Biasa lah kami kan, Gossip Girl! hehehehe! Discuss punya discuss, kitorang nak potong rambut macam Scha Alyahya sama2. Tapi dia dah buat dulu.. Nak kena budak ni.. Grrr! Aku nak 3G dia tak dapat sebab phone dia dah takde 3G. Sigh! Kena lah tunggu jumpa kat melaka nanti baru dapat tengok rambut baru dia.. hmmmmmm!!











Ni aku nak cakap pasal duit.. Erggghhhhh!!! Tensionnya lar aku pikir pasal duit. Apasal lah kan bulan ni nafsu aku nak membeli barang tu tinggi.. Apasal huhh? Ushar punya ushar cakap dalam hati. Okay nanti dapat gaji nak beli.. Kalau boleh lah aku listkan apa aku nak beli dalam kertas, hahh! ambek kau 2 3 helai panjangnya.. Gaji pulak kalau 20ribu ke okay gak lar kan? hmmm...............











Cerita pasal rambut Scha kan.. Aku nak rebonding rambut lar.. Hihi nak buat sebijik macam dia. Hahaha! Korang mesti gelak sakan kan sambil cakap muka kau mana sama macam scha.. Biar lar muka tak sama pon. Janji rambut sama kira OK lar kan? hihihihi.. *Nada macam nak perasan sila korang muntah darah secara berjemaah. hihihi!











Aku tak tahu hati aku ni kadang2 macam lar ragam dia. Semua orang tak boleh aku nampak silap sikit. Aku mesti nak meradang. Tapi takde lar aku sound direct kat orang tu "kau apa hal?" Aku just meradang dalam hati lar. Apa yang aku boleh buat membebel lar dalam hati. Kesian kat hati ni.. Sabar sabar..











Kepada seseorang yang dah menyakitkan hati aku sebelum ni. Aku tahu kau ras bersalah kenapa aku senyap je then dah tak banyak gurau2 sengal kan.. Mungkin bila si dia baca entry ni sila jangan salah faham atas apa yang berlaku perubahan kat diri aku ni... You are already know me very well right? So you just give me some of the time to reconcile. Yes I admit, that not easy to cooling down on some of your action. On what I already listen from somebody, I feel like vexed when many people condemn and criticise you. I have already advise you but you never want to listen. Okay lah lepas ni kalau ada orang duduk mengutuk ke mengata ke kan. Aku just lepak dengar je lar kan, malas dah nak panjang lebar penat2 berbuih2 mulut ni nak membebel... Aku ni pon bukan suka sangat nak membebel ni. Macam orang selalu cakap, "Dah besar panjang kan? Dah boleh pikir kan?"











Apa korang rasa bila korang dah excited kan dari semalam pikir nak balek. Bukan semalam lagi dari mula datang lagi dah pikir nak balek. Pagi tadi pon dah cakap kat boss suruh hantar driver ambik aku kat sini 5.30 je aku teros keluar officce. Then petang ni dapat call dari Pak Senin dia tak dapat nak ambik aku. Sekarang pon dah pukul 4.30. So hati aku dah rasa macam nak meletop letop.. Like a SHIT!








Wednesday, May 25

Selamat tinggal melaka :(








Phone ringing...





Me : Hello, Airofluid.. :)

Mr.S : Hello zurin, Shankar here..

Me : Alamak! Si gelap ni nak apa lagi ni. Yes Shankar.

Mr.S : Okay zurin, our company will do audit for fiinance next week. And I think you need to involve.

Me : Okay! so? -.-"

Mr.S : Mr. Kamarul want you to come here and preparing the document.


Me : Huh?

Mr.S : Yes. You need to come here as I have done the schedule for you.

Me : Schedule? *bisik dalam hati schedule apa pulak ni?

Mr.S : This thursday you come here and going back the evening. Same with friday. Then next week you come here on monday and friday you will going back. Repeat the same thing the next week until the the audit done.


Me : Huhh? Really? Are you sure need me to involve? *aku tak rela! aku tak rela!

Mr.S : Yess! *nada agak keras yer.

Me : Okay!!!!!! *tapi takde lar aku jerit cuma rengusan yang agak kuat lar.

Mr.S : And one thing zurin. Please tell Leong to call me back ok.

Me : Ok bye kelingggg.. (dalam hati je)






Huhhuuhuu.. Agak lama yer untuk aku berhijrah ke KL. walleehell lar. Adoy! Serious aku mesti takde kawan nanti kat sana. Huhuhu! Mesti bosan gila kat sana. Kalau ada broadband boleh jugak lar aku hadap muka anep. Hmm.. Ouh Shittttt!!! Kenapa mesti aku? Kenapa? Aku tak suka wehh pergi KL even boleh claim makan sehari RM30.








Aku dah plan banyak benda dah wehh. Sebulan yang lepas aku plan ni semua. Nak balek kampung. Nak save duit bulan ni sebab nak jalan bulan depan. Nak bayar duit roadtax motor lagi. Nak bayar duit PTPTN lagi. Nak belanja adik makan lagi. Kalau dah aku outstation kat KL tu, everything aku kena pakai duit sendiri dulu pastu claim dia ntah bulan depan atau 2 bulan baru dapat. Dah tu bila dah outstation, part-time pon kena cuti gak lar. Duit tak jalan. Haihhhhhh -.-"






Sambil menyanyi lagu, " I want nobody nobody but you, money!"






* Kesian lar aku nanti 2 minggu lar tak jumpa anep. Sobs Sobs!

** Hahahaha! Aku saja je buat Kontorversi murahan dekat facebook.

*** Malam ni tengok Nur Kasih The Movie with my sweetie boo. Berkemungkinan besar ada pian jugak dan nana.. :)





Monday, May 23

Kau ingat kau terlalu bagus?





Sebenarnya aku sekarang agak busy.

busy dengan kerja yang agak melambak..

Biasa lar kalau company dah dapat duit.

Bila dah dapat duit, aku lar yang busy dok call sana sini.

Tapi aku meluangkan masa aku yang agak nyawa2 ikan ni.

Demi hati aku yang tak berapa nak puas.

Tak puas!!

Tak puas tahu?










Hari demi hari...

Hari bertukar hari..

Aku tengok cara kau makin lama makin agak melampau..

agak lar..

Atau mungkin aku je yang tiba2 rasa macam tu.

Takpe lets to think positip zurin..

need to more positip..










Tapi aku agak tak puas hati lar jugak kan..

Bila kau tak suka orang tu..

Kau kutuk dia kaw2..

Sebab kau tak suka kat dia.

Mungkin si dia agak hot berbanding dengan kau yang agak hot2 suam gitu..

Tapi apa hak kau nak buat orang macam tu.

Kau pon aku tengok tak lar berapa bagus sampai nak kutuk2 orang lain.










Then aku tengok sekarang kalau nak cakap tu,

Main sedap sembur je ek?

Tak pernah nak fikir orang lain terasa dengan sepatah dua patah kau tu?

tu baru sepatah dua, belum yang panjang lebar lagi..

haihhh.. Kadang2 aku boleh sabar.

Kadang2 aku tak boleh sabar tapi aku still lagi macam kau kenal.

Diam seribu bahasa.

Tapi tak bermakna diam tu aku buat derk je.

Kau kena faham semua tu..

TAPI bila aku dah tak sabar, nanti lagi teruk dari sound macam ni.

Direct je terus..








Kau jangan fikir semua orang boleh suka kau,

Kau jangan fikir semua orang boleh terima cara kau,

dan kau jangan fikir orang boleh terus bersabar dgn tindakan kau.










Aku taip panjang2 ni semua untuk kau perlu yang perlu kau tahu aku masih lagi ambil kisah pasal kau. Aku taknak terus tengok kau dalam situasi yang salah. Aku tahu aku tak berapa bagus bila taip panjang2 yang agak sinis macam ni. Sekurang-kurangnya aku masih sedar yang kau dalam keadaan salah, dan aku masih ada untuk nasihatkan kau macam ni.







Entry ni memang untuk kau. Kau jangan toleh kiri ke kanan ke. Memang kau. Please! you need to understand what I mean in this entry. The most important thing is what should you do.. I think now you are already enough to think and choose the best way.








Monday, May 16






Dear Friday, please come fast.


I can't wait anymore...
















status : coughing! not feeling well.. :(





Pulun habis wehh!

.. May ..


Bulan May ni je aku dah banyak habiskan duit gaji aku untuk beli semua yang aku nak. Hahahahaha! Ni semua atas hasutan hati yang membuak2. Penat kerja then beli baru nampak hasil titik peluh kerja kita selama ni. :P (mana ntah duit nak beli myV.. hihihi!)




3 hari tak hapdet blog rasa macam 3 bulan tak makan. HAHA! tipu je.. Hari rabu minggu lepas, boss ajak aku dengan officemate lain tengok wayang cite "Fast & Furious 5". Aku macam nak mengelak lar kan bukan sebab apa. Sebab aku kerja, so taknak lah cuti sangat bulan ni sebab nak cover duit nak jalan sakan bulan depan. Bulan ni pon dah berhabis sakan beli 2 macam jeans yang beratos ratos tu.




Boss marah aku tahu tak?? Dia kata cuti lar rehat asyik kerja je. Saya belanja lar. BELANJA? BELANJA? Pantangkan dengar perkataan belanja tu? Tapi tu tak dapat lagi nak memenangi hati yang kental ni.. hihi! yelar kalau kerja dapat duit. :P Alaa boss nanti kalau cuti tak dapat duit lar boss. Okay you cakap berapa. Hahahaha! Korang tengok effort boss aku nak ajak tengok wayang. Sanggup tu..




Bila je dengar macam tu, aku apa lagi on lar kan? kan? kan? Tiba je hari jumaat boss kata dia tak dapat join tengok wayang sebab dia ada hal. Dia bagi duit je untuk tengok wayang dengan makan. Duit aku? takda.. :( tipu lar boss ni. Tapi takpa lar dah bagi duit tengok wayang pon kira ok lar..




So hari jumaat tu kitorang tengok wayang bertiga. Aku Dayah dengan Surayah. Besstttt gila tengok cerita tu. Yang aku seram suara si Dom. Umaggg aihh! aku rasa kalau dia tengking aku, pengsan 3 hari kott. Bergegar jantung aku. Cerita dia best! 9/10. Okay nak komen2 ala ala juri Maharaja lawak. Ada banyak unsur2 kelakar. Banyak action saya suka so teroskan. HIHIHI!




Hari sabtu su ajak pergi tengok wayang tapi tak dapat join sebab penat dan takde duit sebenarnya.. Sorry a lott! Next time kita keluar ok.. :)




Okay lepas ni ada plan wayang lain pulak. Cerita "Nur Kasih The Movie". Yang ni aku excited gila nak tengok. Minggu depan hari rabu mungkin. Insyaallah! Yang penting kena bawak tisu. Yelar hati aku ni hati tisu kan? Anep pon ntah2 hati tisu jugak. eleyyhhhh!




Hari ni 16 May, merupakan hari guru. Setelah 4 tahun termasuk tahun ni tak dapat menyambut hari guru. Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik aku dari tadika hingga lar aku menghabiskan pengajian aku. Esspecially to my ayah, Happy Teacher's Day.. :) Senyum yah jangan tak senyum..... :P