wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Thursday, October 6

How to say..




Kelmarin dapat berita. Berita yang mengejutkan dan sangat2 ler terkejut. Its make me feel sadddd.. So sad.. I need to transfer to Kl office. Berat hati ni wehhhh...! Boss kata preparation untuk berkemas ni sampai 15 Oct ni, tinggal berapa hari je lagi weehh.. huhuhu.. Kalau aku ada penyakit athma. Confirm aku dah masuk ward amek oxygen 2 malam. Kalau aku ada penyakit jantung confirm dah jalan dah.. Mengejut sangat berita ni..




Complicated sangat nihhhh!! Aku dengan tak ready apa2.. hati lagi lar kan. Memang tak lah aku nak tinggalkan melaka ni. As you all already know kenapa aku datang sini. Kenapa aku tabahkan hati aku tinggal kat sini... Ni semua sebab anep. Hurrrggghh!! Berat nya macam tangan aku kena gari kat sini. Tapi boss tarik jantung aku pergi KL.. Bukan tarik lagi dah. RENTAP terosss!!




Lepas ni.. Just boleh meseg2 dengan 3G jelar. Kalau laptop ok pastu ada wifi ke boleh ler webcam. Nak keluar macam selalu tu memang tak lar.. Nasib badan kan? :(




Dah lar kalau nak merungut ke menangis air mata darah sekali pon. Tetap kena pergi sana. Tetap kena tinggalkan melaka ni. Sekarang baru boleh cakap GOOD BYE MELAKA...!!



Hari ni 6 Oct.. Esok 7 Oct.. Birthday budak kecik tu. Happy Becoming Birthday!! Aku tau ni terlalu awal untuk wish kat dia.. Tapi takpe lah at least aku wish jugak kira aku ingat lar jugak kan. Sekarang kita dah bersama lagi. Sekarang kita dah tak macam dulu. Kita dengan jalan masing2. Aku harap dia pilih jalan dia yang terbaik. Aku harap dia dah matang untuk pilih jalan dia sendiri sematang umur dia sekarang.. Aku just doakan yang terbaik untuk dia, kebahagiaan dia. aminnnnnn!!


HAPPY BIRTHDAY!
Semoga bahagia di samping keluarga dan juga kawan2..


TO
FARADILA

FROM
ZURIN ZUHIR

this is sincere come from deep in heart..



sekian....


Ada masa aku blogging lagi. Sekarang ni mood nak blogging pon dah tahap kritikal.. byeee....

Tuesday, August 23

Agak menarik.




Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terikat di mata kailmu, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan sakit oleh bisa dari ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.



Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya dia mengingat.



Jika kamu menadah air birlah berpada,
Janganlah terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menggangap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila ia sudah retak.
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula,
Akhirnya ia di buang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.



Begitu jugalah sekiranya kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
Anggaplah dia hanya manusia biasa,
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.



Jika kamu memiliki sepinggan nasi,
yang pasti baik untuk diri kamu,
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu mengimpikan makanan yang lazat.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh lagi memakannya.
Akhirnya kamu menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan,
yang membawa kebaikan kepada dirimu,
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, malah cuba meembandingkannya dengan orang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya ; apabila dia menjadi milik orang lain.
Akhirnya kamu menyesal.



* fikir fikirkan, selamat beramal.. :)


Monday, August 15

Tak sabar rasanya.





Nak tempah tiket dari sekarang boleh? haha!


Friday, July 22

Sorry seem to be the hardest word..




Aku hari ni nak cerita pasal balek kampung for Celebrating Raya Aidilfitri... Yeayyy! Raya is coming. Aku balek kampung raya ni bukan nak sambut raya sangat tapi aku memang hamak sangat nak balek raya ni sebab aku nak rehat sepenuh hati aku kat kampung nanti. Aku nak lampiaskan rasa rindu aku kat mama and ayah.



Cuba korang bayangkan seorang anak dara jauh di perantauan (iaitu jauh dari pandangan mak pak diorang). Sangat hiba ye kawan2.. Lagi hiba bila time nak buka puasa tu. Dulu masa kecik2, aku orang first yang pandang makanan tak pun aku orang first yang pegang sudu. Azan je terus masukkan dalam pinggan. Pantas kan? Sekarang ni aku tak dapat lagi rasa macam tu. Aku just tengok family dok melayan anak2 dorang kat food court. Dok happy2 melayan buka puasa dorang tu..



Mama : Kakak, dah siap meja makan? Dah masukkan lauk kat mangkuk.. Pinggan dah siap? Air dah buat?

Aku : Dah settle. (mak aku tak tahu yang aku dah hadap amek bau lauk tu, kalau tak, confirm kena!)

Adek : Kak! Adek nak yang peha tu tau.

Bangchik : Juin tepi lar sikit. Apa buruk perangai macam tu.

Banglong : Aku cop yang 'tu'.. Siapa amek aku sekeh!

Aku : Sorry yer! Aku yang tolong mama masak. So, aku boleh pilih yang mana aku suka. :)



Korang bayangkan kalau dalam sebulan tu hari2 kitorang buat perangai macam tu.. Aku rindu saat2 bersama dulu tu. Rindu saat berebut lauk paling sedap. Rindu saat tengok adek menangis kena marah sebab bergaduh tak dapat lauk yang 'tu' (bukan lauk dah habis, tapi nak yang 'tu' jugak). Paling aku suka kenakan adek aku macam tu.



Aku masih lagi menghitung hari ni nak balek raya ni.. Ada 12 hari lagi. Pejam celik pejam celik 12 hari. Jangan pejam celik pejam celik pejam dan teros pejam.. hihihi..



Hari raya mesti salam2 mak ayah. Mintak maaf bagai. Yang ni aku pening sikit. Aku dah 3 ke 4 tahun ntah aku pon tak hingat sangat, aku tak salam ayah cakap sorry, ampun. Bukan aku taknak. Aku nak sangat! Tapi aku takde kekuatan lagi. Aku takot nanti time tu aku hiba sangat2.. Jantung aku time tu mesti bergetar2 bagai nak rak macam nak pegi interview sejuk kaki tangan. hahaha! Demmm takkan nak practice kat sini, ikot step.



Aku pernah rasa nak salam ayah, bila tengok banglong bangchik salam bagai. Aku lari. Sebelum turn aku, sebelum jugak ayah nampak aku. Aku buat lar rajin time tu. Konon basuh pinggan lar. Kemas meja lar, lap tingkap lar sampai semua kata ok jom amek gambar. Ok time tu aku seronok! Kalau time tu aku ngah lap meja, aku akan TINGGALKAN dia sementara waktu atau biarkan jeeee... :D



Ok sekarang aku tengah dengar lagu Nera AF9 - Hatiku milikmu
Sebak hati aku nak balek raya makin bertambah.
Walaupun lagu ni bukan lagu raya.



Akhir kata untuk entry ni hari ni.

Kepada ayah, mama, banglong, bangcik, adek, myn, anep, saudara tercinta, cikgu2 lecturer2, kawan2 rapat (tak kira lar kawan time sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, poly, time praktikal, kawan time kerja airofluid, kawan dekat jusco) musuh2 yang secara sengaja dan juga yang tak sengaja serta sesiapa saje :

Saya zurin binti mohd zuhir, mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri. Mohon maaf sekiranya pernah tersinggung atas segala kekasaran atau pernah tersinggung dengan kata2 yang tajam atau tinggah laku saya yang jelik. Sesungguhnya kebaikan itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kejahatan itu datangnya dari saya sendiri (ayat agak tak tahan sikit).



* Tak sabarnya nak main bunga api. Tak suka mercun!

Tuesday, June 21

new hair.




Rasa macam malumalu je nak tunjuk..








Ni lar rambut baru aku. Tak jadi nak buat macam Scha Alyahya lar. Tapi ada yang kureng sikit rambut ni. Esok petang nak pergi betul kan.. :) By the way aku suka rambut ni. Tapi agak malang susah nak jaga sebab suka sangat dia melentik..




titik noktah atau titik permulaan?





Hari ni aku takde ler nak intro hello hello bagai. Memang tak lar kan? Sakit hati punya pasal semua orang aku makikan hari ni. Sial betol! Hari ni je kau dah buat mood aku hilang lar sial. Sakit hati wehh tapi takpe aku tak lar gelabah kan. Nak tunjuk good2 bagai.












Hari ni aku dapat tahu kau block aku kat facebook. Fyi ini bukan kali pertama tau kau block aku. Mula mula dulu aku ada lar gelabah sikit bila aku search nama kau tak keluar pon. Tapi hari ni aku search je nama kau tak keluar teros je aku cakap shit! Fuck lar. Bajet! Hari ni kau buat aku. Aku tak kesah lar.. Eh apa pulak tak kesah. Kesah ler gila.. Okay kau nak tahu kan aku kesah ke tak. Ni cara aku amek kesah dengan cara kau tu.. "fullstop!"












Kau dah block aku kan? Kira dah okay dah tu jangan nak ubah2 lagi dah.. Dah hensem sangat dah tu. Aku pon tak hingin lar nak kawan dengan orang yang tak berapa nak kawan dengan aku ni. Yelar orang hot. Mana nak kawan dengan aku yang suam2 je. Okay cukup sekali je aku cakap ni. "The end of us."














Aku tak sekeji tu senang2 nak buang kau dalam hati aku. Banyak kali dah aku fikir nak buat keputusan ni. Ini ker yang kau nak sangat huhh? Ini ker? Tapi ni permintaan kau kan? Kau pon pernah mention yang kau tak kesah kalau aku buang kau kan? Hari ni aku tunaikan.











Apa maksud kau block aku?



Apa yang dalam kepala otak kau tu bila aku dah slow dengan kau?



Apa kau fikir aku ni nak terhegeh-hegeh bila orang dah tak suka?



Apa kau fikir kau ni bagus?



Apa kau nak aku yang buat keputusan?



Apa kau ingat aku ni baik hati nak tarik balik apa aku dah cakap?



Last, Apa kau ingat aku heran dengan kau?











Hati aku dah agak sejuk.. Okay dah, lepas ni jangan nak ambik kesah lagi tentang kita. Untuk tak menambahkan lagi dosa aku dengan mengeluarkan kata kesat yang agak kurang sedap didengar. Better kita berjauhan.










* sedap nya donut yang ada gula tuuu...
** makan nasi lemak bungkus daun pisang...
*** minum pulak air teh O. Teh susu pon ok jugak...






Friday, June 10

Apa kata hati.








Hi everybody!

Do you really miss me?

no?

Okay lar no wonder..

:)









Dua minggu dah aku kat Kolompo yang tak berapa sesuai dengan hati aku ni. Baru hari ni aku dapat lar membebel2 kat blog ni.











First of all, aku nak bagi tau hari ni hari jumaat. Dan aku happyyyy gila nak mati. Untuk sekian lama nya nak tunggu hari ni. Finally, yess I'm going back to Melaka. And hang out with my boo.. Dah dua minggu kot tak manja2 jalan2 ngan dia. Hahaha! okay.. Nampak sangat aku tipu.. Tak! Tak! Aku tak tipu sangat tapi tipu sunat je.. :P Hari tu just keluar teman dia pergi main futsal je. So takde lar manja sangat kan..hmmmmm..........











Rasa tak sabar pulak nak tunggu 5.30 ni.. Balek ni nak teros siap2.. Malam ni macam2 tempat nak singgah.. :D











Okay sebenarnya macam2 benda nak cakap kat blog ni. Tapi bila nak taip je idea aku pappp hilang. Ni yang paling aku benci sekali, aku dah excited gila nak taip tapi bila tangan kat keyboard ni teros blurr macam nothing to say.. Benci kan? Rasa macam nak jerit macam ni, "apa aku nak cakap ni setannnnnn!!"











Anyway thanks to Danisha Suraya Malek sebab menawarkan diri untuk teman aku pergi tengok anep maen futsal haritu. Sambil tengok sambil lah kitorang gosip2.. Biasa lah kami kan, Gossip Girl! hehehehe! Discuss punya discuss, kitorang nak potong rambut macam Scha Alyahya sama2. Tapi dia dah buat dulu.. Nak kena budak ni.. Grrr! Aku nak 3G dia tak dapat sebab phone dia dah takde 3G. Sigh! Kena lah tunggu jumpa kat melaka nanti baru dapat tengok rambut baru dia.. hmmmmmm!!











Ni aku nak cakap pasal duit.. Erggghhhhh!!! Tensionnya lar aku pikir pasal duit. Apasal lah kan bulan ni nafsu aku nak membeli barang tu tinggi.. Apasal huhh? Ushar punya ushar cakap dalam hati. Okay nanti dapat gaji nak beli.. Kalau boleh lah aku listkan apa aku nak beli dalam kertas, hahh! ambek kau 2 3 helai panjangnya.. Gaji pulak kalau 20ribu ke okay gak lar kan? hmmm...............











Cerita pasal rambut Scha kan.. Aku nak rebonding rambut lar.. Hihi nak buat sebijik macam dia. Hahaha! Korang mesti gelak sakan kan sambil cakap muka kau mana sama macam scha.. Biar lar muka tak sama pon. Janji rambut sama kira OK lar kan? hihihihi.. *Nada macam nak perasan sila korang muntah darah secara berjemaah. hihihi!











Aku tak tahu hati aku ni kadang2 macam lar ragam dia. Semua orang tak boleh aku nampak silap sikit. Aku mesti nak meradang. Tapi takde lar aku sound direct kat orang tu "kau apa hal?" Aku just meradang dalam hati lar. Apa yang aku boleh buat membebel lar dalam hati. Kesian kat hati ni.. Sabar sabar..











Kepada seseorang yang dah menyakitkan hati aku sebelum ni. Aku tahu kau ras bersalah kenapa aku senyap je then dah tak banyak gurau2 sengal kan.. Mungkin bila si dia baca entry ni sila jangan salah faham atas apa yang berlaku perubahan kat diri aku ni... You are already know me very well right? So you just give me some of the time to reconcile. Yes I admit, that not easy to cooling down on some of your action. On what I already listen from somebody, I feel like vexed when many people condemn and criticise you. I have already advise you but you never want to listen. Okay lah lepas ni kalau ada orang duduk mengutuk ke mengata ke kan. Aku just lepak dengar je lar kan, malas dah nak panjang lebar penat2 berbuih2 mulut ni nak membebel... Aku ni pon bukan suka sangat nak membebel ni. Macam orang selalu cakap, "Dah besar panjang kan? Dah boleh pikir kan?"











Apa korang rasa bila korang dah excited kan dari semalam pikir nak balek. Bukan semalam lagi dari mula datang lagi dah pikir nak balek. Pagi tadi pon dah cakap kat boss suruh hantar driver ambik aku kat sini 5.30 je aku teros keluar officce. Then petang ni dapat call dari Pak Senin dia tak dapat nak ambik aku. Sekarang pon dah pukul 4.30. So hati aku dah rasa macam nak meletop letop.. Like a SHIT!