wish me together till the end

wish me together till the end
peace but kucarkacir!!

Monday, October 11

Si strawberi dan si anggur



ni lar boyfriend yang kadang mood dia tak menentu..

:)



Tersebutlah kisah di suatu malam, sepasangan kekasih si A dan si R ni sedang seronok berbual dan diselangkan dengan gelak tawa yang menghilai2. Mengalahkan pontianak. Tiba-tiba .....





si R : You... (tesengih2 macam kerang busuk)

si A : Hmm... (apa lagi lar perempuan ni nak)

si R : Hmm.. You dapat tangkap tak apa yang I tengah pikir sekarang ni.. (tesengih lagi)

si A : Tak lar you.. Pe die yang you tengah pikir tu..

si R : Hmm.. I kan.. err.. I nak makan burger lar.. Burger tepi jalan je..

si A : Huhhh? Burger? I Malas lar nak pergi mana-mana. Tadi asal you tak mintak awal2. Nanti nak pergi beli lagi pastu nak lepak sini lagi. Malas lar..

si R : Hahhh? Hmm... (diam dengan perasaan hampa)

si A : Teros membelek2 phone baru dia then compare dengan phone si A..



Dengan perasaan hampa si R pon termenong. Si A pula ambil tak kesah dengan perubahan riak wajah si R. Huaarrgghh! Si R ni sememangnya kuat makan terpaksa menahan nafsu makannya terhadap burger yang membuak2 tu.. -..-" Si A pula kemain seronok membelek phone nya dan bertanyakan bermacam2 soalan. Si R mula sudah mulai rimas dan geram.. grr~



10 minit kemudian....



si R : You.. I dah tak tahan ni. Perasaan nak makan burger ni dah membuak2 ni. Please you!

si A : Ishh! You ni diam kejap boleh..

si R : You ni!! Ishh!



10 minit kemudian...



si A : Jomm!

si R : Nak pergi mana..

si A : Balek lar..

si R : Huhh? Yelarr!!! (aku nak makan burger lar dia ni tak paham2 lg ke?)





Then mereka pon naek motor. Tibe-tibe si A bawak si R ni ikut jalan lain..





si R : Ehh! you nak pergi mana ni. rumah i lalu jalan tu lar. bukan jalan ni.

si A : I nak belikan you burger la ni..

si R : Huh? serious?? Yeayy! (burger..burger..burger daging special..) :)



Sedang mereka melayan perasaan masing-maisng di atas motor.. Tiba-tiba si R bertanyakan soalan pada si A..



si R : You.. Kalau dah kahwen nanti.. I mengidamkan nak makan burger tu dah kira paling senang you nak dapatkan.. Tapi malasnya kemain lagi kan. Kalau I mintak yang you susah nak cari ke susah nak dapatkan ke ntah macam mana la kan..?

si A : Errkk? Hmm.. Cuba you sebut apa benda yang sekarang ni susah sangat nak dapat..

si R : Hmm..(oo.. ko cabar aku yerr).. Haaa! Kalau I tiba-tiba mengidam nak makan strawberi yang I petik sendiri kat pokok dia.. Cam ne plak..?

si A : Hahaha!! (gelak kuat2) Kalau cam tu I bagi you makan buah anggur je.

si R : Eeeuu!! Kedekot nya mamat ni.. (dapat satu cubitan yang tak berapa nak kuat) ishh2! boyfriend siapa lar ni..



Anyway thank for the burger daging special


Wednesday, October 6

money can make people crazy?



Afternoon to everybody. Ok entry aku hari ni sangat tak menahan yer. Hmm. Actually aku memang tengah kekurangan duit. Bila di kira2 balek hutang2 yang ada serta perbelanjaan peribadi adalah sungguh tidak mencukupi berbanding gaji aku yang sangat seciput tu yer. Maka tertimbul atau tercetusnya idea nak buat part time dekat mana2. ehee. Setelah agak sebulan aku dan housemateaku pikir nak kerja (part time kat mana). Setelah membuat kaji selidik di tempat2 yang berdekatan. Kami pon pergi open interview dekat JUSCO yang sangat derdekatan dengan rumah sewa kami.



Ramai orang tanya tak penat ke pagi kerja balek teros siap pergi part time pulak. Time tu aku hanya balas soalan tu dengan senyuman. Itu lebih baik kan. Then aku cakap saja je cari pengalaman sambil tu nak tambah side income. Dan sebenarnya aku memang dah pikir semua benda tu. Memang penat. Sangat penat! Bukan saja penat tetapi menyakitkan segala yang ada dekat badan. For sure lar tumit dan betis aku teramat perit sekali yer. Dan time ni aku rasa betapa perit nya para ibu bapa di luar sana penat cari duit untuk sara keluarga diorang. And now aku sangat marah kalau anak2 zaman sekarang ni marah kan parents diorang sebab tak dapat duit lebih. For sure mereka akan kena maki dengan aku (kalau ada depan aku lar)..



Awal2 lagi anep dah warning aku pasal aku nak cari kerja part time. Dan dia tersangat tak setuju bila aku cakap aku nak kerja part time dan memang tak nak aku kerja part time. Dan aku dah explain panjang lebar kat dia. Harap dia boleh faham dan sefahamnya. You boleh kan? Yes you can sayang. ehee. I tau you malas dengar keluhan i nanti. Please you. I cuma nak you temankan hari2 i. I nak you dengar luahan hati i. I tak mintak lebih. Kasih sayang you dah cukup.. :)




Friday, September 3

Nak nangis! part 2



My heart not feeling well today. Anyone here please do not make any mistake or anything can make me angry. because my work a.k.a job make me feel preasure. I want to scream out loud. Wherever no one hear my voice. Errgggghh!!



Korang kalau bising2 aku lempang laju2! (Boleh ke cam tu. ntah2 aku kena lempang balek). Huhuhu. Sebenarnya kerja aku ni takde lar sesusah mana yang korang fikir aku sampai nak nangis. Tapi atas tekanan orang atasan yang taknak buat kerja dia pass kerja tu kat aku (Mintak tolong buatkan). So aku yang baru start kerja ni pon setuju je lar.(Dah 2 bulan kerja). Actually bukan mintak tolong tapi lebih kepada arahan. Huhhh!! (Melepaskan keluhan yang agak besar). Ini lar agak nya perasaan orang yang bekerja di bawah arahan orang.



Bukan niat nak memberontak tapi 'orang atasan' ni sikit pon tak bagi peluang atau masa yang sesuai nak bagi kerja yang sebegitu banyak dalam masa yang agak singkat (2 hari). Bak kata Sharon "Hey, you and I ni bukan superwoman tau. Atau robot dia nak settlekan semua ni! hisssh!!." I tau tu Sharon tapi I ni kuli je, ikot je arahan orang atasan.



Aku terpaksa call out lebih dari 130 supplier.Then mintak Copy Statement of Account dari mereka2 tu. Dah tu dorang ni pulak ramai yang cina. Nak cakap bahasa melayu diorang pon sangkut. Nak speaking plak ade yang suruh cakap bahasa melayu. Dah tu kena ulang cakap dua ke tiga kali. Penat tau! tu baru 1 supplier. Kalau lebih dari 130 supplier? Ahaa! Korang jawab ler sendiri. Jari aku ni naek kematu dail number company diorang.





p/s : Anyway kerja demi belajar menimba ilmu and yang paling penting dapat pengalaman.



Tuesday, August 24

Jiwa semakin kental




Hi kawan2. Apa khabar? Baek2 je kan? Tak nakal2 main mercun ke meriam ke kan? Ok gooddd!! Give me five!!



Sejak sudah bergelar wanita bekerjaya ni blog semakin dilupakan, semakin terbiar. I'm so sorry. Kerjaya lebih penting sekarang. And aku perlu kuat untuk terus bekerja. Mengumpul duit sebanyak mungkin (hehehe..takde lar. kerja saja2 je pon.)



Kerja ku semakin lama semakin banyak. Semakin berlambak. Kertas2 semakin hari semakin menimbun. Aku pening. Aku bingung. Ya Tuhan.... Kurang kan lar invoice2 ini ya Tuhan.. Semakin tak menentu hidup ku kini. Jika dahulu, aku pulang ke rumah sharp 5.30. Kini selepas buka puasa pon belum tentu dapat pulang. ouhhh invoice.. Aku perlu pulang kan kau (wahai invoice) secepat yang mungkin.






ouhh!! workaholic........ :)















Monday, August 23

nak nangis laju2!



Hidup ini nampak je mudah. Lagi2 bila tengok orang lain happy senang gembira. Kita pulak time tu rasa kita lar paling malang sebab tak pernah rasa se-happy sesenang segembira orang lain. Padahal kita tak sedar bila kita happy kita tak pernah ingat orang lain yang sedang merasai kesusahan. ouuhh. Dunia oo dunia ini lah realiti kehiduapan. Tak pernah menghargai apa2 pun.



Hari ni aku nak isi borang cuti kerja untuk raya aidilfitri tahun ni. Then ... (dialog antara kami..)


aku : Sharon. Inak isi borang cuti raya lar.

Sharon : ea? kejap ea I kira berapa hari tinggal cuti you.

aku : (berkata dalam hati) kire? Rasa2nya baru sehari aku cuti tu pon sebab nak pergi konvokasyen. Takkan tak dapat cuti lama.

aku berkata lagi : I boleh cuti lama kan? seminggu? (gelak2)

Sharon : Seminggu? Comelnya you ni zurinn. :
)

aku : hehe. Berapa lama I boleh cuti.. Kesian kat I tau I da lama tak balek kampung.
Sharon : I da kira you boleh cuti 2 hari je.

aku : 2 hari.. ok.. haaa?? 2 hari je?? alaaa.. macam tak raya je. tak rasa pon raya.. :(
Sharon : hmm.. :)



Ape perasaan korang apabila cuti tahunan korang tinggal hanya 2 hari untuk raya. Rasa nak nangis kan? kan? :'(



huhuhuhu..



Wednesday, August 4

Today is your time.



Entry aku hari ini agak lebih kepada kemarahan atau dendam. So kepada orang di luar sana yang dah buat aku marah pada hari ni atau hari sebelum2 nya. Pastikan akan datang korang akan dapat balasan yang sama. Fair kan camtu. Baru hati rasa lega. Untuk menuntut bela bagi hati yang telah di lukai manusia akan buat apa saja. Manusia tak terlepas dari semua tu. Including me. Aku mengaku semua tu.



And now hati aku dah rasa keperitannya. Sungguh tak adil sekiranya kita dah berbuat baik tapi di balas buruk. Aku tak mintak apa pun yang boleh menyusahkan dia atau hidup dia. Tapi kaalu rasa diri aku ni terlalu menyemakkan its okay. Tell me early. Bagi melegakan hati untuk sementara waktu ni. Aku buat keputusan untuk berdiam diri. Mungkin tak perlu bising2 di awal2 cerita. Aku belum fikir lagi bila hari pembalasan tapi yang penting akan datang ia pasti muncul.



Benda dah pon berlaku dan tak boleh patah balek. So nak mintak maaf pon dah rasa cam terlambat. So apa yang penting sekarang menjaga hati orang lain adalah perlu sekiranya taknak hati sendiri di lukai atau terasa perit.


Friday, July 16

Rumah sewa




heyy kawan kawannnn. Happy tak hari ni..?




HAPPYYY...

alhamdulillahh. kalau happy senyum lar..

:)



Esok saya akan berpindah ke rumah baru. means rumah sewa lar. Selamat tinggal Mak Ngah. Sorry tau Mak Ngah zurin terpaksa tinggalkan rumah Mak Ngah. Mak Ngah baik sangat dengan zurin. zurin tak biasa. Sorry a lottt!! Jangan nangis yer bila zurin dengan ella dah takda kat rumah nanti. nanti bila ada masa terluang zurin dengan ella datang rumah ok. Sayangggg Mak Ngah!! mwuahh mwuahh!!



Dekat rumah baru nanti bermula hidup aku seperti orang bujang. And time tu aku perlu berjimat sejimat yang mungkin. Aku nak kumpul duit banyakkkkk2!! heee... Ada benda yang dah lama aku idamkan. **** uhhh.. please~ I f*cking want youuu..



Duduk menyewakan dekat rumah baru ni tak lar mahal sangat. RM 75 per month.. ok kann????



Situation :

1. Belakang Melaka Mall (dalam bandar so senang nak beli2 barang)

2. 4 orang penyewa (temasuk aku & ella)

3. RM 75 sebulan (tak termasuk bil air + elektrik)

4. Rumah tingkat 2 je. So tak lar penat sangat (exercise lar. Naik turun tangga kan boleh keluarkan peluh)


ok lar..


ouwhh ... wahai kerja ku..




INVOICE



DELIVERY ORDER



PURCHASE ORDER




MATCHING...!




and then can pass to Kamarul then can make payment to supplier..



Nak matching ni yang pening. huhuhu.. penatt.. currently penat!



bye kawannnnn...........



:(


eh tak boleh masam. Kena senyum baru nampak ikhlass...



:)